25/09/2026
🕌 JOM BINA RUMAH ALLAH SWT DI ACEH UTARA
Satu sumbangan mungkin kecil bagi kita, tetapi besar nilainya di sisi Allah swt.
Alhamdulillah, pembinaan Masjid Ummatin Saidina Muhammad SAW di Sawang, Aceh Utara, Aceh sedang dilaksanakan.
Masjid ini bakal menjadi tempat masyarakat setempat untuk menunaikan solat, menuntut ilmu melalui pengajian kitab dan berkumpul dalam suasana ukhuwah.
Namun, masih RM200,000 diperlukan bagi menyiapkan pembinaan masjid ini.
Oleh itu, Pertubuhan Rakan Professional Prihatin (ProCare) dengan kerjasama Pertubuhan Kasih dan Prihatin Al-Ikhlas (Ikhlas Care) mengajak muslimin dan muslimat sekalian untuk sama-sama menjayakan misi ini.
🤲 Ayuh kita bersama-sama menyumbang melalui derma, wakaf dan infaq.
Tidak kira RM10, RM50, RM100 atau lebih — setiap ringgit yang disumbangkan insya-Allah menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
💚 SALURKAN SUMBANGAN ANDA:
MAYBANK
Pertubuhan Rakan Professional Prihatin (ProCare)
No. Akaun: 564098547651
Ref: Infaq Bina Masjid
📲 Hubungi: 010-5233713 (Irpan)
Bersama membina dan bersama berkongsi pahala.
🤲 Jom wakafkan sedikit daripada rezeki kita untuk sebuah rumah Allah. Semoga menjadi bekalan kita menuju ke syurga. Aamiin.