Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia

  • Home
  • Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia

Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Non-Governmental Organization (NGO), Pusat kebudayaan Orang Asli Jln Gombak Km24, .

POASM is a registered non-profit and national NGO representing the Aboriginal Peoples (Orang Asli) of Peninsular Malaysia since August 1977, promoting their rights, welfare, and unity through the motto BERSATU BERILMU BERKHIDMAT.

05/06/2026
05/06/2026

๐ŸŽญโœจ Experience the richness of Malaysiaโ€™s cultural heritage at FBM2026 โ€” Festival Budaya Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Step into the Rumah Budaya Orang Asli and discover:
๐ŸŒฟ Cultural Performances
๐ŸŽจ Arts & Handicrafts
๐Ÿน Traditional Blowpipe Experience
๐Ÿงต Interactive Cultural Workshops
๐Ÿ›๏ธ Community Product Bazaar
๐ŸŽฏ Fun Games & Interactive Activities

๐Ÿ“ Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak
๐Ÿ“… 25 โ€“ 28 June 2026

Bring your family & friends and celebrate the beauty of Malaysiaโ€™s diverse cultures together โค๏ธ

05/06/2026

๐ŸŒฟ Kenali Kump**an Kebudayaan Temiar Serayog Kemar! ๐ŸŒฟ

Mewakili masyarakat Orang Asli Temiar dari Hulu Perak, kump**an ini mempersembahkan Tarian Sewang, sebuah tarian tradisional yang sering dipersembahkan dalam majlis keraian, kesyukuran dan penyambutan tetamu.

Keunikan busana yang diinspirasikan daripada alam semula jadi serta alunan muzik tradisional menjadikan setiap persembahan mereka satu pengalaman yang memukau.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan mereka di FBM 2026!

๐Ÿ“… 25 โ€“ 28 Jun 2026
๐Ÿ“ Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh

28/05/2026

TAKLIMAT KRISIS BEKALAN GLOBAL.

'Yang sahih di RTM'

28/05/2026

Tiger milk mushroom returns to native forest.

18/05/2026

โ€œMasalahnya ramai masih lihat pertanian seperti tahun 1990.โ€

Ramai masih bayangkan pertanian sebagai kerja berat bawah panas matahari, lumpur, baja dan cangkul.

Tetapi dunia pertanian hari ini sudah berubah jauh.

Di banyak negara, pertanian kini semakin menyerupai gabungan antara:
teknologi, data, sains biologi, automasi dan pengurusan sistem.

Greenhouse moden hari ini bukan sekadar โ€œrumah plastikโ€.

Ia sudah menjadi pusat kawalan iklim.

Sensor membaca suhu.

Sensor membaca kelembapan.

Sistem AI membantu mengawal pengairan.

Kamera mengesan penyakit daun lebih awal sebelum manusia nampak.

Data baja, EC, pH dan penggunaan air direkod hampir setiap hari.

Di Belanda, banyak greenhouse beroperasi seperti makmal makanan berskala besar.

Di Jepun p**a, ada ladang indoor yang menggunakan lampu LED khas dan sistem kawalan nutrien automatik untuk menghasilkan sayuran secara konsisten sepanjang tahun.

China sedang membina โ€œsmart farming zonesโ€ menggunakan dron, AI dan pemetaan data satelit untuk meningkatkan pengeluaran makanan.

Brazil p**a menjadi antara kuasa besar makanan dunia bukan kerana tanah mereka sempurna, tetapi kerana pelaburan besar dalam penyelidikan pertanian tropika melalui EMBRAPA.

Dunia sedang bergerak ke arah:
precision farming,
bio-agriculture,
climate-smart farming,
dan agriculture intelligence.

Kenapa semua ini berlaku?

Kerana dunia menghadapi tekanan besar:

โ€“ perubahan cuaca
โ€“ kos makanan meningkat
โ€“ kekurangan tanah subur
โ€“ kekurangan tenaga kerja muda
โ€“ masalah air
โ€“ pop**asi dunia semakin besar

Pertanian hari ini bukan lagi sekadar โ€œtanam dan tungguโ€.

Ia semakin menjadi industri pengurusan risiko dan pengurusan data.

Sebab itu negara maju sangat serius melabur dalam:

โ€“ teknologi rumah hijau
โ€“ biostimulant
โ€“ sensor tanah
โ€“ AI pertanian
โ€“ dron ladang
โ€“ pembiakan benih tahan cuaca
โ€“ automasi pengairan
โ€“ mikrobiologi tanah
โ€“ carbon farming

Mereka faham satu perkara penting:

siapa menguasai makanan,
akan menguasai kestabilan ekonomi masa depan.

Di Malaysia, ramai masih melihat pertanian sebagai pilihan terakhir.

Sedangkan di banyak negara lain, pertanian sudah menjadi sektor teknologi tinggi.

Sebab itu ramai anak muda tidak nampak masa depan dalam bidang ini.

Mereka hanya nampak:
kerja penat,
harga tak stabil,
dan imej lama pertanian.

Padahal kalau disusun dengan betul, pertanian moden sebenarnya perlukan:

โ€“ operator sistem
โ€“ analyst data
โ€“ pakar biologi
โ€“ pakar nutrisi tanaman
โ€“ pengurus rantaian bekalan
โ€“ content creator pertanian
โ€“ jurutera automasi
โ€“ pakar greenhouse
โ€“ pakar bio-agri
โ€“ usahawan makanan

Malah sekarang muncul industri baru seperti:

โ€“ vertical farming
โ€“ regenerative farming
โ€“ microbiome agriculture
โ€“ carbon credit farming
โ€“ hydroponic intelligence systems
โ€“ cultured food ecosystem

Pertanian sedang berubah daripada โ€œtenaga ototโ€
kepada โ€œtenaga ilmu dan sistemโ€.

Tetapi perubahan ini tidak berlaku automatik.

Masalah terbesar kadang bukan teknologi.

Masalah terbesar ialah mindset.

Kalau kita masih melihat pertanian seperti tahun 1990,
kita akan terus membina sistem lama untuk menghadapi dunia baru.

Akhirnya kita tertinggal.

Belajar teknologi bukan bermaksud meninggalkan cara tradisional sepenuhnya.

Tetapi kita perlu gabungkan:
pengalaman lapangan + sains + data + sistem moden.

Kerana masa depan pertanian bukan lagi sekadar siapa paling rajin bekerja.

Tetapi siapa paling cepat belajar dan menyesuaikan diri.

Pertanian bukan industri orang kampung lagi.

Ia semakin menjadi industri strategi, sains dan teknologi.

Dan negara yang lambat memahami perkara iniโ€ฆ
mungkin akan bergantung kepada makanan negara lain pada masa depan.

Sumber rujukan:

โ€ข FAO โ€“ Digital Agriculture Transformation Report
https://www.fao.org

โ€ข Wageningen University & Research โ€“ Smart Greenhouse Systems
https://www.wur.nl

โ€ข World Economic Forum โ€“ Future of AI & Agriculture
https://www.weforum.org

โ€ข EMBRAPA Brazil โ€“ Tropical Agriculture Innovation
https://www.embrapa.br

โ€ข OECD โ€“ Climate Smart Agriculture Overview
https://www.oecd.org

โ€ข McKinsey โ€“ Precision Agriculture & Farm Automation
https://www.mckinsey.com

11 ๐‘ด๐’†๐’Š 2026 | ๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ณ๐’–๐’Ž๐’‘๐’–๐’“๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐’ ๐’๐Ž๐‹๐€๐‘ ๐€๐‚๐€๐ƒ๐„๐Œ๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€Berita Baik! Jom Sertai Solar Akademiโ˜€๏ธP...
11/05/2026

11 ๐‘ด๐’†๐’Š 2026 | ๐‘ฒ๐’–๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ณ๐’–๐’Ž๐’‘๐’–๐’“

๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐’ ๐’๐Ž๐‹๐€๐‘ ๐€๐‚๐€๐ƒ๐„๐Œ๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€

Berita Baik!
Jom Sertai Solar Akademiโ˜€๏ธ

Pendaftaran untuk Pengambilan May 2026 kini Dibuka!! ๐Ÿš€
Program selama 6 bulan -12 bulan dan 100% PERCUMAโ€ผ๏ธ

Apa yang anda akan pelajari?

Tenaga Solar โ˜€๏ธ
Pendawaian Asas ๐Ÿช›
Pemasangan Pengecas Kereta Elektrik ๐Ÿš—๐Ÿ”‹
Bahasa Inggeris & Kemahiran digital ๐Ÿ’ป
Pembangunan Peribadi dan kepimpinan โœจ
Kemahiran profesional dan kesediaan kerja๐Ÿ‘ท๐Ÿฝโ€โ™‚๏ธ
dan banyak lagi menanti anda!

๐Ÿ“Œ Terhad kepada 30 peserta sahaja!
(First Come Fist Serve-FIFO)
๐Ÿ‘‰Daftar segera melalui link berikut: https://forms.gle/KBTwLVaEPmvocE7g6

Untuk maklumat lanjut, layari: https://go.sols.foundation/akademi-solar-sols

Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi:
- Nadzif : 019 -305 8942
- Hamdan : 019 -332 4731

๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐” โ€ข ๐๐„๐‘๐ˆ๐‹๐Œ๐” โ€ข ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“







fans

๐๐Ž๐€๐’๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐‡๐€๐Š ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐€๐‹ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š6 ๐‘ด๐’†๐’Š 2026 | ๐‘ฒ๐’๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’– (๐‘บ๐’†๐’„๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’š๐’‚)Persatuan Orang Asli Semenanj...
06/05/2026

๐๐Ž๐€๐’๐Œ ๐’๐„๐‘๐“๐€๐ˆ ๐…๐Ž๐‘๐”๐Œ ๐‡๐€๐Š ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐€๐‹ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š

6 ๐‘ด๐’†๐’Š 2026 | ๐‘ฒ๐’๐’•๐’‚ ๐‘ฒ๐’Š๐’๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’๐’– (๐‘บ๐’†๐’„๐’‚๐’“๐’‚ ๐‘ด๐’‚๐’š๐’‚)

Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) telah dijemput untuk menyertai ๐…๐จ๐ซ๐ฎ๐ฆ ๐‡๐š๐ค ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐€๐ฌ๐š๐ฅ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐’๐”๐‡๐€๐Š๐€๐Œ. Walaupun hadir secara dalam talian, penyertaan ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh jambatan ilmu serta solidariti antara masyarakat peribumi di Semenanjung dan Borneo.

Forum bertemakan "๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’‚๐’”๐’‚ ๐‘ฏ๐’‚๐’Œ ๐‘ด๐’‚๐’”๐’š๐’‚๐’“๐’‚๐’Œ๐’‚๐’• ๐‘ถ๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘จ๐’”๐’‚๐’, ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’†๐’“๐’Œ๐’–๐’Œ๐’–๐’‰ ๐‘ฒ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’•๐’Š, ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐‘จ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’๐’Š๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’”๐’‚๐’”๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’Œ ๐‘จ๐’”๐’‚๐’”๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’–๐’”๐’Š๐’‚" ini telah dirasmikan oleh ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—›๐—ถ๐˜€๐—ต๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ฑ ๐—ฌ๐˜‚๐—ป๐˜‚๐˜€, Pengerusi SUHAKAM.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ฅ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ: ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ง & ๐‡๐š๐ค ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข
Kupasan mendalam dalam Sesi Plenari 1 yang dipimpin oleh Moderator ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜€๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ, Pesuruhjaya SUHAKAM bersama barisan panelis ๐——๐—ฟ. ๐—–๐—ผ๐—น๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—ฐ๐—ต๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜€, Pengasas dan Penyelaras Centre for Orang Asli Concerns (COAC), ๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—ฑ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฒ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด, Pengasas Friends of Village Development Sabah (TONIBUNG) yang juga Bekas Senator di Dewan Negara dan ๐—–๐—ถ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด, Koordinator Projek SAVE Rivers Aktivis masyarakat Orang Asal dari Ulu Baram, Sarawak dan Pertubuhan SAVE Rivers.

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ฅ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ: ๐Š๐ž๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐ˆ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข & ๐๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š
Perbincangan dalam Sesi Plenari 2 mengenai cabaran bahasa dan jati diri dalam negara moden, dikendalikan oleh Moderator ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ผ๐˜, Pesuruhjaya SUHAKAM Sarawak bersama panelis ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—๐—ผ๐—ฎ๐—ป๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, Pengerusi Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐˜‡๐—ฒ๐—น๐˜†๐—ป๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฅ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ, Penyelidik Bahasa Orang Asal Sarawak, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya dan ๐——๐—ฟ. ๐—ฃ๐—ฎ๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ผ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ป๐—ด, Perunding Budaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS)

๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ฅ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ‘: ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ค ๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š
Sesi ini mengupas keperluan kerjasama strategik antara pelbagai pihak dalam memajukan hak masyarakat Orang Asal secara kolektif. Perbincangan yang dikendalikan oleh Moderator ๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด. ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ฅ๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜, Naib Pengerusi SUHAKAM ini, menekankan peranan penting kerajaan melalui ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜ƒ๐—ถ๐—ป ๐—š๐—ฒ๐—ต ๐—ž๐—ถ๐—ฒ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด, Pengarah Seksyen Dasar dan Penyelidkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, perspektif dan peranan signifikan masyarakat sivil menerusi ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ป๐—ฒ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด, Pengarah Eksekutif Partners of Community Organization Trust (PACOS Trust) serta pengukuhan sektor perundangan berkaitan oleh ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐˜€ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ฒ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—บ, Pegawai Tadbir (Majistret) Mahkamah Bumiputera Sarawak Mantan Pesuruhjaya SUHAKAM.

Melalui penyertaan ini, POASM memperoleh input berharga mengenai model pembangunan mampan dan kaedah pemeliharaan warisan budaya yang boleh dijadikan rujukan dalam memperjuangkan aspirasi Orang Asli di Semenanjung. Ilmu dan rangkaian kerjasama yang dibina ini penting bagi memastikan komuniti kita terus bergerak maju selari dengan perkembangan hak asasi di peringkat nasional.

POASM kekal komited sebagai organisasi yang berinformasi, profesional, dan sentiasa proaktif dalam menimba ilmu demi masa depan komuniti.

๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐” โ€ข ๐๐„๐‘๐ˆ๐‹๐Œ๐” โ€ข ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“







fans

05/05/2026

โ€œTanam tanpa tanah nampak moden, tapi asasnya tetap sama: akar mesti cukup air, oksigen dan nutrien.โ€

Teknologi Hidroponik: Jenis, Asal Usul dan Siapa Penciptanya

Hidroponik ialah kaedah menanam pokok tanpa menggunakan tanah, di mana akar mendapat makanan melalui larutan air yang mengandungi nutrien mineral. Dalam ladang biasa, tanah berfungsi sebagai tempat akar berpaut, menyimpan air dan membekalkan sebahagian nutrien. Dalam hidroponik, fungsi ini diganti dengan air bernutrien, sistem sokongan akar dan kawalan yang lebih tepat terhadap pH, EC, oksigen serta aliran air.

Ramai orang tanya siapa pencipta hidroponik. Jawapan paling tepat ialah hidroponik moden tidak lahir daripada seorang individu sahaja. Asas sainsnya bermula pada abad ke-19 melalui kajian saintis seperti Julius von Sachs dan Wilhelm Knop yang mengkaji bagaimana tumbuhan boleh hidup menggunakan larutan nutrien. Wilhelm Knop sering dikaitkan sebagai antara tokoh penting dalam โ€œwater cultureโ€, iaitu asas kepada tanaman tanpa tanah.

Namun, nama yang paling kuat dikaitkan dengan hidroponik moden ialah Dr. William Frederick Gericke dari University of California, Berkeley. Pada sekitar tahun 1929, beliau mula mempromosikan penggunaan โ€œsolution cultureโ€ untuk pengeluaran tanaman secara praktikal, bukan sekadar eksperimen makmal. Beliau juga memperkenalkan istilah โ€œhydroponicsโ€ sekitar tahun 1937, dan bukunya Complete Guide to Soilless Gardening pada tahun 1940 menjadi antara rujukan awal penting dalam tanaman tanpa tanah.

Dari sudut teknologi, hidroponik ada beberapa jenis utama. Sistem paling mudah ialah sistem wick, di mana air nutrien bergerak ke akar melalui sumbu. Sistem ini murah dan sesuai untuk pembelajaran, tetapi kurang kuat untuk tanaman besar kerana aliran nutrien tidak terlalu aktif. Sistem deep water culture p**a meletakkan akar terus ke dalam air bernutrien yang diberi oksigen menggunakan pam udara. Ini sesuai untuk sayur daun seperti salad, sawi dan kangkung kerana akar sentiasa mendapat air dan makanan.

Satu lagi sistem pop**ar ialah NFT atau nutrient film technique. Dalam sistem ini, lapisan air nutrien yang nipis mengalir secara berterusan melalui saluran akar. NFT banyak digunakan untuk sayur daun kerana ia menjimatkan air, akar mendapat oksigen dengan baik dan pertumbuhan lebih seragam jika aliran nutrien stabil. Ada juga sistem ebb and flow, di mana kawasan akar dibanjiri air nutrien secara berkala sebelum air dikembalikan semula ke tangki. Sistem drip p**a lebih sesuai untuk tanaman berbuah seperti cili, tomato, timun dan rock melon kerana nutrien boleh dihantar terus ke zon akar secara terkawal.

Bagi teknologi yang lebih maju, aeroponik menyembur larutan nutrien dalam bentuk kabus halus terus kepada akar. Akar mendapat oksigen yang sangat tinggi, tetapi sistem ini memerlukan kawalan yang lebih teliti kerana jika pam tersumbat atau bekalan elektrik terputus, akar cepat stres. Dalam pertanian moden seperti di Belanda, sistem hidroponik dan fertigasi tertutup banyak digunakan dalam rumah hijau untuk kawal air, nutrien, suhu dan cahaya dengan lebih tepat. NASA juga banyak mengkaji sistem tanaman terkawal dan tanpa tanah untuk sokongan makanan dalam persekitaran tertutup seperti angkasa.

Untuk konteks Malaysia, hidroponik sangat relevan kerana cuaca panas, hujan tidak menentu, tekanan penyakit tanah dan kos baja yang semakin meningkat. Namun, petani tidak boleh melihat hidroponik sebagai jalan pintas semata-mata. Sistem ini hanya berjaya jika akar sihat, air cukup oksigen, nutrien seimbang, pH tidak lari dan suhu air tidak terlalu panas. Pokok boleh nampak hijau pada awalnya, tetapi jika akar lemah atau air nutrien tidak stabil, pertumbuhan akan perlahan, daun kecil, bunga mudah gugur dan hasil tidak konsisten.

Pengajaran penting daripada hidroponik ialah akar ialah pusat hasil. Sama ada petani guna tanah, fertigasi atau hidroponik, prinsipnya tetap sama: akar mesti aktif menyerap, tidak lemas, tidak rosak dan tidak terlalu stres. Teknologi hanya membantu memberi kawalan yang lebih baik. Hasil sebenar datang apabila air, nutrien, oksigen, cahaya dan pengurusan harian berada dalam keseimbangan. Untuk petani kecil di Malaysia, langkah paling praktikal ialah bermula dengan sistem mudah seperti NFT untuk sayur daun atau drip fertigasi untuk cili dan tomato, kemudian naik taraf secara berperingkat apabila sudah faham kos, risiko dan cara kawalan nutrien.

Sumber rujukan:
FAO
University of California, Berkeley
Wageningen University, Netherlands
NASA Controlled Environment Agriculture Research
Kasetsart University Thailand

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ซ๐ข ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š๐ง๐ข ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ atas pelantikan sebag...
04/05/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐’๐ซ๐ข ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š๐ง๐ข ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐€๐ก๐ฆ๐š๐ atas pelantikan sebagai ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐๐š๐ง ๐–๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก (๐Š๐Š๐ƒ๐–). Kepimpinan YBhg. Datoโ€™ Sri amat signifikan dalam memperkukuh tadbir urus inklusif bagi menyantuni aspirasi Masyarakat Orang Asli (MOA), berteraskan kerangka Akta 134.

POASM sentiasa bersedia sebagai rakan strategik yang berperanan sebagai jambatan penghubung untuk menyumbang perspektif akar umbi, serta bertindak sebagai rakan pelaksana bersama pihak Kementerian, JAKOA, dan semua agensi berkaitan dalam merealisasikan solusi yang tuntas, demi menjamin kesejahteraan komuniti Orang Asli yang lestari dalam arus pembangunan negara.

Ikhlas daripada, Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan seluruh warga Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM).

๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐” โ€ข ๐๐„๐‘๐ˆ๐‹๐Œ๐” โ€ข ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“








fans

Address

Pusat Kebudayaan Orang Asli Jln Gombak Km24

53100

Telephone

+60196695583

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share