06/06/2026
HARI KEDUA TEMASYA BUDAYA TERENGGANU (TBT) 2026: SOKONGAN PADU TERHADAP USAHA PENDIDIKAN DAN KEBUDAYAAN
Reruai Yayasan Felda terus meriah dengan aktiviti promosi kursus TVET dan demonstrasi pembuatan kuih tradisi Puteri Mandi yang mendapat sambutan pengunjung. Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC YBhg. Dato' Mohd Yusri Mohd Yusoff turut hadir meluangkan masa di photobooth Yayasan Felda, disambut oleh Pengurus Kanan Latihan & Akademik Yayasan Felda Encik Mohamad Rizam Hussin.
Kunjungan mesra Pengurus Besar Yayasan Felda Puan Izyani Abdul Rahim ke reruai Yayasan Felda juga menyuntik semangat buat pasukan yang bertugas. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan padu pengurusan tertinggi terhadap kelancaran aktiviti promosi pendidikan serta demonstrasi masakan yang dijalankan sepanjang program berlangsung.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik di sekitar tapak program seperti reruai Persatuan Peranakan Cina Melaka, mini zoo, klinik pergigian, dan perpustakaan bergerak. Tidak ketinggalan, demonstrasi peralatan dapur tradisional, pertandingan Kebaya Cilik, persembahan dikir barat, busking, pertandingan gasing, tarian tradisional serta pelbagai acara sukan tradisi turut memeriahkan suasana TBT 2026.
Izyani Abdul Rahim