24/10/2026
300 Pek Makanan, 300 Rezeki Dikongsi!
Alhamdulillah, Cinta Gaza Malaysia dengan kerjasama Global Ehsan Relief telah mengagihkan sebanyak 300 pek makanan percuma berserta air balang kepada para jemaah di Masjid Mu’adz bin Jabal, Setiawangsa pada Jumaat, 23 Oktober 2026
Setiap hidangan yang diagihkan adalah hasil keprihatinan para penyumbang yang memilih untuk berkongsi rezeki dengan insan lain.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua.
Rezeki dikongsi, senyuman diberi.
InfaqJumaat