JPKK Sg Sekamat

JPKK Sg Sekamat JPKK PENGGAL 2024/2025

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sk Seri Sekamat Kajang kerana telah menganjurkan Program Kejo...
23/01/2026

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sk Seri Sekamat Kajang kerana telah menganjurkan Program Kejohanan Merentas Desa SK Seri Sekamat Tahun 2026 pada hari ini.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan yang diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Sekamat untuk turut serta dalam menjayakan program ini.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti setempat serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Jadi diucapkan kepadaMohamad Afiq Zailan,Setiausaha JPKK Kampung Sungai Sekamat,semp...
17/01/2026

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Jadi diucapkan kepada
Mohamad Afiq Zailan,
Setiausaha JPKK Kampung Sungai Sekamat,
sempena ulang tahun kelahiran pada 17 Januari 2026.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dilimpahi rezeki, serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah dan khidmat bakti kepada masyarakat Kampung Sungai Sekamat.

Daripada:
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
Kampung Sungai Sekamat

Ikhlas,
Tok Anas Ataillah
Ketua Kampung JPKK Kg Sungai Sekamat

Salam Israk Mikraj 2026 buat seluruh warga Kampung Sungai Sekamat.​Semoga momentum peristiwa agung ini memberi inspirasi...
17/01/2026

Salam Israk Mikraj 2026 buat seluruh warga Kampung Sungai Sekamat.

​Semoga momentum peristiwa agung ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk:
​Menjaga kualiti solat lima waktu.
​Mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampung.

​Terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.
​Mari kita jadikan pengajaran Israk Mikraj sebagai panduan dalam menguruskan kehidupan seharian dengan lebih berkat.

​Salam hormat,
JPKK Kampung Sungai Sekamat
"Kampung Sejahtera, Penduduk Bahagia"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani,​Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana ...
11/01/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani,

​Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita melangkah ke sesi persekolahan tahun 2026. Saya bagi pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Sekamat ingin mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada semua anak-anak kariah, para guru, dan ibu bapa.

​Kepada anak-anak "Orang Sungai Sekamat" yang Tok sayangi:

• ​Mulakan dengan Niat: Pasangkan niat yang betul untuk menuntut ilmu. Jadikan sekolah sebagai medan untuk membentuk peribadi dan mencapai cita-cita.

• ​Hormati Guru: Keberkatan ilmu datangnya daripada adab kita terhadap guru. Jagalah disiplin dan nama baik keluarga serta kampung kita.

• ​Terus Berusaha: Tahun 2026 membawa cabaran baharu, namun dengan azam yang kuat, tiada gunung yang tidak boleh didaki.

​Kepada para ibu bapa dan guru, terima kasih atas pengorbanan yang tidak terhingga dalam mendidik anak-anak kita. Pihak JPKK akan sentiasa menyokong usaha pendidikan demi memastikan generasi masa depan Kampung Sungai Sekamat cemerlang dan berbakti.

​"Ilmu itu pelita hidup, adab itu perhiasan diri. Mari kita jadikan tahun 2026 tahun kecemerlangan buat anak-anak Sungai Sekamat!"

​Selamat belajar dan selamat maju jaya!

​Ikhlas daripada,
​Tok Anas Ataillah
Pengerusi JPKK Kampung Sungai Sekamat

Terima kepada YB David Cheong atas sumbangan Beg Sekolah kepada anak² penduduk kg sg sekamat 🙏
10/01/2026

Terima kepada YB David Cheong atas sumbangan Beg Sekolah kepada anak² penduduk kg sg sekamat 🙏

Selamat Tahun Baru 2026​Indah nian pohon keramat,Tempat berteduh si burung nuri;Buat warga Sg Sekamat,Selamat Tahun Baru...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026

​Indah nian pohon keramat,
Tempat berteduh si burung nuri;
Buat warga Sg Sekamat,
Selamat Tahun Baru kami tititpi.

​Muafakat dibawa jadi pegangan,
Kampung ceria penduduk selesa;
2026 penuh harapan,
Moga bahagia sepanjang masa.

Ikhlas daripada: JPKK Sg Sekamat

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL&TAHUN BARU 2026​"Menzahirkan Perpaduan, Memperteguh Keharmonian"​Tulus Ikhlas:JPKK SUNGAI S...
25/12/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL
&
TAHUN BARU 2026
​"Menzahirkan Perpaduan, Memperteguh Keharmonian"

​Tulus Ikhlas:
JPKK SUNGAI SEKAMAT

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sult...
11/12/2025

𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔

Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 11 Disember 2025 Bersamaan 20 Jumadal Akhirah 1447H.

Sembah Takzim Daripada:

JPKK KAMPUNG SUNGAI SEKAMAT

RABU | 3 December 2025KEMAS KINI LAPORAN BANTUAN KELUARGA ENCIK GAFAR, SG SEKAMAT1. Lawatan Disahkan: Tok Anas telah mel...
03/12/2025

RABU | 3 December 2025

KEMAS KINI LAPORAN BANTUAN KELUARGA ENCIK GAFAR, SG SEKAMAT

1. Lawatan Disahkan: Tok Anas telah melawat keluarga Encik Gafar bin Alamsyuddin (65 tahun).

2. Tindakan Awal: Sumbangan awal telah disampaikan oleh Tok Anas.

3. Pengesahan Isu (Kritikal): Tok Anas diberitahu keluarga ini menghadapi:

Kesihatan: Encik Gafar (Parkinson) tidak mampu bekerja sepenuh masa, hilang punca pendapatan.
Tanggungan: Menjaga 2 orang cucu yatim (hanya bergantung Bantuan Zakat).
Infrastruktur: Rumah sering banjir kilat kerana tiada longkang yang betul.

4. Permohonan Tindakan: Mohon tindakan susulan segera bagi mengatasi masalah pendapatan keluarga dan membaiki isu saliran rumah bagi mengelakkan banjir berulang.




Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat India yang meraikannya.Semoga cahaya Deepavali menerangi kehi...
19/10/2025

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat India yang meraikannya.
Semoga cahaya Deepavali menerangi kehidupan kita semua dengan kebahagiaan, kedamaian, dan kejayaan yang berpanjangan.

Perayaan ini menjadi simbol kemenangan cahaya mengatasi kegelapan serta kebaikan mengatasi kejahatan.
Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum dalam masyarakat majmuk kita.

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
Kampung Sungai Sekamat

📢 MAKLUMAN RASMISelesai sudah Program Klinik Penulisan Resume yang telah dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM)...
28/09/2025

📢 MAKLUMAN RASMI

Selesai sudah Program Klinik Penulisan Resume yang telah dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Sekamat berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat, Kajang.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 September 2025 (Sabtu), bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Klinik ini memberi fokus kepada pendedahan dan latihan berkaitan penulisan resume yang berkesan, khususnya kepada para belia dan pencari kerja, bagi meningkatkan keyakinan serta peluang kerjaya pada masa hadapan.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk hadir, serta kepada fasilitator dan tenaga pengajar daripada UPM yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Tidak dilupakan juga, penghargaan diberikan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran program ini dari awal hingga akhir.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang hadir, menjadi titik tolak kepada pembangunan diri dan kerjaya, serta mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.

Moga segala usaha ini mendapat keberkatan, seterusnya memberi impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat.

Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama JPKK Sungai Sekamat akan menganjurkan Klinik Penulisan Resume: First Im...
25/09/2025

Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama JPKK Sungai Sekamat akan menganjurkan Klinik Penulisan Resume: First Impression Fix

📅 Tarikh: 27 September 2025
🕘 Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Dewan Orang Ramai, Sungai Sekamat, Batu 12 ½ Kajang

✨ Konsultasi Percuma:
✅ Merangka & menulis resume
✅ Elemen utama, bahasa & format
✅ Bimbingan individu
✅ Tip penggunaan AI

🎁 Cabutan Bertuah Menanti Anda!
Hadiah menarik seperti scooter, handphone, TV, air fryer, kipas angin & hamper

🌱 BONUS: Sesi agro bersama pakar UPM

Jangan lepaskan peluang ini untuk tingkatkan skil penulisan resume anda dan rebut hadiah menarik!

👉 Daftar Sekarang!
imbas QR code atau tekan link di bawah

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdLhm6kzBi9DjGUCGTYi4C10uccXFOe2VNj6mS0v51ZMyC1_w/viewform

Address

Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Sg Sekamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share