Masjid Sungai Ramal Luar

Call Contact the organization

Masjid Sungai Ramal Luar Assalamualaikum
Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kami untuk memakmurkan MSRL.

Dengan membuat hebahan melalui media sosial ini agar komuniti sekitar lebih mesra dan hadir solat berjemaah di masjid dan mengikuti segala program yang dijalankan.

📢 MAJLIS ISTIADAT PENYERAHAN BENGKONGKelas Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Gelanggang Masjid Sunga...
26/09/2026

📢 MAJLIS ISTIADAT PENYERAHAN BENGKONG
Kelas Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) Gelanggang Masjid Sungai Ramal Luar (MSRL) 🥋

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi pada 10 Rabiulakhir 1448H bersamaan 24 September 2026 (Khamis), sejurus selepas solat Isyak, seramai 37 orang pesilat telah menerima Bengkong beserta sijil kelulusan ujian dengan jayanya. 🎉

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:
🔹 Yang Dipertua PSSPGM Negeri Selangor, Tok Kelana Cikgu Anuar bin Abd Rahman
🔹 Pengerusi Majlis Gurulatih Selangor PSSPGM, Cikgu Muhammad Firdaus Ismail bin Mahmad Fuad
🔹 Seluruh gurulatih dan jurulatih yang turut hadir menyempurnakan majlis ini

Tahniah kepada semua anak Gayong yang berjaya! Semoga bengkong yang diterima menjadi pendorong untuk terus tekun berlatih demi Agama, Bangsa dan Negara. 💪🇲🇾

Lenggang bertapak seni memandang,
Memohon tahjud menadah sentiasa,
Tegap menapak teguh menjulang,
Hanya sujud ke hadrat yang Esa.

Moga makin berisi makin menunduk, makin berilmu makin tawaduk 🤲 In shaa Allah, mudah-mudahan Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat.



اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ🕌🤲 5 Adab Menjaga Masjid Menurut IslamMasjid ...
26/09/2026

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

🕌🤲 5 Adab Menjaga Masjid Menurut Islam

Masjid ialah tempat yang mulia. Jadi, apabila berada di rumah Allah, marilah kita sama-sama menjaga kebersihan, adab, ketenangan dan kemudahan masjid. 🌿

Bukan hanya datang untuk solat, tetapi turut berusaha memakmurkan masjid dengan ilmu, zikir, tazkirah dan aktiviti kebaikan. ❤️

Semoga masjid sentiasa menjadi tempat yang mendekatkan kita kepada Allah SWT dan menjadi pusat kebaikan untuk seluruh masyarakat. 🤲

👇 Apa adab di masjid yang paling selalu kita ajarkan kepada anak-anak?

*KARNIVAL AULAD CINTA RASUL 2026**Masjid Sungai Ramal Luar | 19 September 2026 | 8:00 Pagi - 12:30 Tengah Hari*Alhamduli...
19/09/2026

*KARNIVAL AULAD CINTA RASUL 2026*
*Masjid Sungai Ramal Luar | 19 September 2026 | 8:00 Pagi - 12:30 Tengah Hari*

Alhamdulillah, Karnival Aulad Cinta Rasul 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 September 2026 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari di Masjid Sungai Ramal Luar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dan menerima penyertaan yang amat menggalakkan antaranya:
- Pertandingan Bercerita Kisah Nabi
- Pertandingan Mewarna
- Persembahan Qasidah ikeh Kumpulan Habibul Mustafa
- ⁠Gerai Jualan

Kemuncak majlis ialah sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi:
- Pertandingan Mewarna Pra Sekolah dan sekolah rendah
- ⁠Pertandingan Video Pendek
- Pertandingan Komik
- Pertandingan Bercerita Kisah Nabi
- Pertandingan Futsal kategori U10, U12 dan U15 (termasuk hadiah kepada Jawatankuasa futsal iaitu RWFC (Red Wolf Futsal Club).

Pada masa yang sama turut diadakan *Pameran Kenali Nabi Kita* dan *Kuiz Kenali Rasulullah SAW* beserta hadiah misteri yang disediakan oleh pihak penganjur.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh *Ustaz Muhammad Haiqal bin Azalan, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Hulu Langat dan turut dihadiri oleh Ketua Kampung iaitu En Nor Azwan bin Pardi*

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK, para peserta, ibu bapa, sukarelawan, tetamu jemputan, pihak RPWP dan semua yang menjayakan karnival ini.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati segala usaha kita dalam menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Sekian, terima kasih.

*Urusetia Karnival Aulad Cinta Rasul 2026*
Masjid Pembina Generasi Cintakan Rasulullah

Jangan lupa malam ni program forum kita bersama Ustaz Hariri, Ustaz Zulramli, IMAM MUDA Asyraf, PU Amin
19/09/2026

Jangan lupa malam ni program forum kita bersama Ustaz Hariri, Ustaz Zulramli, IMAM MUDA Asyraf, PU Amin

19/09/2026

Karnival Aulad MSRL 1448H 2026M

*FUTSAL PIALA NAZIR MASJID SG RAMAL LUAR**Sempena Karnival Aulad Cinta Rasul 2026*Alhamdulillah, Perlawanan Futsal Piala...
16/09/2026

*FUTSAL PIALA NAZIR MASJID SG RAMAL LUAR*
*Sempena Karnival Aulad Cinta Rasul 2026*

Alhamdulillah, Perlawanan Futsal Piala Nazir sempena Karnival Aulad Cinta Rasul 2026 telah berlangsung dengan jayanya hari ini 16 September 2026. Sebanyak 22 pasukan berentap iaitu kategori U10, U12 dan U15.

*Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan selawat oleh Imam Haris*, diikuti ucapan aluan oleh Nazir MSRL iaitu Tn Hj Kidzbullah Mohd Redzuan.

Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh *Ketua Kampung, Kapten Kusno bin Slamet* yang memberikan kata-kata semangat kepada para peserta.

Program ini telah dirasmikan oleh *YB Ustaz Shafie Ngah, ADUN Sg. Ramal*. Gimik pelancaran ialah sepakan penalti oleh YB. Kehadiran ramai *ibu bapa yang memberi sokongan padu kepada anak-anak* amat dihargai dan memeriahkan lagi suasana.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
1. YB Ustaz Shafie Ngah selaku perasmi.
2. Tuan Nazir & AJK Masjid Sg Ramal Luar atas kerjasama dan sokongan padu.
3. Red Wolf Futsal Club (RWFC) yang diterajui oleh presidennya Tn Hj Yazid Abdullah atas kolaborasi dan pengurusan teknikal yang cemerlang.
4. ⁠Semua peserta yang menyertai pertandingan ini.

Semoga futsal ini terus menjadi *wadah penyatuan ummah*, mengeratkan silaturrahim belia kariah dan mengimarahkan masjid.

Sekian, jazakumullahulhairan.

Urusetia Futsal Piala Nazir 2026
Masjid Sg Ramal Luar
Kajang

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448HMASJID SG RAMAL LUARAlhamdulilah pujian dan syukur kepada Allah telah berlangsung denga...
12/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H
MASJID SG RAMAL LUAR

Alhamdulilah pujian dan syukur kepada Allah telah berlangsung dengan penuh meriah dan lancar Sambutan Maulidur Rasul SAW pada hari ini.

Antara pengisian program:

1. Perarakan Maulidurrasul yang disertai 10 kontinjen kalangan ahli kariah Masjid Sg Ramal Luar
Laungan selawat bergema di jalan sekitar Masjid menghidupkan suasana dan menggamit kecintaan kepada baginda Rasullullah SAW.

2. Majlis Tahnik & Aqiqah Perdana
Meraikan kelahiran generasi Aulad Cinta Rasul ini di sertai oleh 16 peserta akikah termasuk peserta tahnik yang ditahnik oleh Imam MSRL dan Imam Surau kariah. Turut menyerikan majlis ialah kumpulan marhaban dari Surau Tholabiah dewasa dan kanak-kanak.

3. Penyampaian Hadiah
Hadiah disampaikan oleh Tuan Nazir Kepada para peserta perarakan dan pemenang.

4. Jamuan Makan Maulidurrasul
Jamuan istimewa buat semua jemaah yang hadir dengan menu Kari Kambing & Kurma Daging yang air tangan unit sajian MSRL dan kerjasama warga Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) yang sama membantu. Terima kasih peserta akikah yang menyemarakkan majlis dengan sajian makan tengahari. Semoga Allah kabulkan hajat mereka dan cahaya mata membesar menjadi pejuang agama.T.ksh RPWP menyumbang daging segar & KEMAS Bangi menyumbang bubur lambuk.

Alhamdulillah, program berjalan lancar, teratur dan menepati masa. Kehadiran para jemaah dan penduduk kariah sangat menggalakkan.

Pihak Masjid Sg Ramal Luar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK, petugas dan jemaah yang hadir. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan redha Allah SWT serta syafaat Rasulullah SAW.

Masjid Membina Generasi Pencinta Rasulullah SAW

* * * * * *

11/09/2026
SUMBANGAN BAKUL MAKANAN KEPADA ASNAF KARIAH MSRLAlhamdulillah, dengan izin Allah SWT, telah berlangsung Majlis Penyeraha...
24/08/2026

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN KEPADA ASNAF KARIAH MSRL

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan kepada Asnaf Kariah Masjid Sungai Ramal Luar (MSRL) pada Sabtu, 22 Ogos 2026, bertempat di Masjid Sungai Ramal Luar.

Sumbangan ini merupakan Dana Fidyah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang disalurkan dalam bentuk kotak/bakul makanan untuk diagihkan kepada asnaf yang layak dalam kalangan kariah MSRL.

Pihak pengurusan Masjid Sungai Ramal Luar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas keprihatinan, sokongan dan sumbangan yang diberikan kepada para asnaf.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban serta memberi manfaat kepada para penerima dan keluarga mereka. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathira. 🤲

🌹 Terima kasih MAIS atas keprihatinan terhadap kebajikan asnaf.







Address

Kampung Sungai Ramal Luar
Kajang
43000

Telephone

+60387404674

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Sungai Ramal Luar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Sungai Ramal Luar:

Shortcuts

Share