03/09/2026
22 Rabiulawal 1448H - 4/9/26
Jumaat Penghulu Segala Hari.
Alhamdulillah, pagi ini saya bersama-sama Tok Hj Surip Abdulilah Pegawai Khas kepada YB ADUN Perling, Ustaz Abd Halim Bajuri Pengerak Masjid dan Surau Dun Perling, Tok Razak Ketua Kg Skudai Kiri, Tok Zaini Ketua Kg Pasir, Sdr. Aziz hadir Program Semarak Subuh di Masjid Jamek Ungku Mohamad Skudai Kiri.
Syukur melihat sambutan yang begitu baik daripada masyarakat setempat yang hadir bersama-sama mengimarahkan rumah Allah pada pagi subuh ini.
Semoga amalan solat subuh berjemaah, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Mudah-mudahan surau kita terus makmur, ukhuwah terus erat dan keberkatan Allah SWT sentiasa mengiringi kehidupan kita. Insya-Allah, kita terus istiqamah menyemarakkan solat subuh bersama-sama. π€²π»
Abdullah