Ascendra 2529 Sekolah Tun Fatimah

Ascendra 2529 Sekolah Tun Fatimah Ascendra means 'to rise', and rise we shall. Driven by excellence and united in purpose,
we are destined to soar beyond all limits together.

Derived from the Latin word ascendere, meaning “to rise,” Ascendra symbolizes elevation, ambition, and forward momentum. It embodies our collective spirit of aspiration, growth, and boundless potential. We are more than just a batch — we are a sisterhood, driven by dreams, bonded by strength, and united in purpose. Rooted in the spirit of STF’s Ascendra 2529, this platform is a tribute to our shared excellence, unbreakable unity, and unwavering pursuit of rising together.

🔥LEGASI KECEMERLANGAN PPIM STF TERUS GEMILANG🔥22 Ogos 2026 – Tahniah buat warga PPIM Sekolah Tun Fatimah yang telah meng...
26/08/2026

🔥LEGASI KECEMERLANGAN PPIM STF TERUS GEMILANG🔥

22 Ogos 2026 – Tahniah buat warga PPIM Sekolah Tun Fatimah yang telah mengharumkan nama sekolah sempena Karnival Tautan Ukhwah Puteri 2026 anjuran PPIM Daerah Johor Bahru di SMK (P) Sultan Ibrahim (SIGS).

Tatacara Perjumpaan & Penutup — JOHAN
Johan 2 Tahun Berturut-turut!

Lebih membanggakan, 7 daripada 15 peserta pasukan Johan merupakan pelajar Ascendra 2529:
1. Nisha Qairina binti Khamarul Sany
2. Raihanah Auni binti Hisham
3. Nur Amni Humaira binti Mohd Khaizul
4. Nur Faghira Safiy binti Mohd Affandi
5. Nuranis Nasuha binti Mohd Afizul Hakim
6. Dhiya Nurmalihah binti Syarifuddin Hafiz
7. Huda Khairani binti Ahmad Razali
Guru Pembimbing: Amirah Aliah binti Ahmad Hanif

Turut menggalas cabaran:

1. Bushraa Humairaa binti Mat Kamil - 2 Tegas
Kategori: Tilawah Al-Quran
Guru Pembimbing: Pn. Faridah binti Marmut

2. Aisha binti Suhairul – 2 Setia
Kategori: E-Mimbar Daie Cilik
Guru Pembimbing: Pn. Faridah binti Marmut

3. Nurfarra Hafeeza binti Amir Hafiz – 2 Jujur
Kategori: Live Infografik Canva
Guru Pembimbing: Pn. Intan Shafarina binti Jefridin

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Bonda Pengetua, barisan guru pembimbing, guru-guru serta ibu bapa atas segala sokongan, dorongan dan doa yang tidak pernah putus.

Tahniah buat semua peserta atas usaha dan komitmen yang diberikan. Dua tahun berturut-turut bergelar Johan adalah satu pencapaian yang membanggakan dan wajar diraikan. Semoga kejayaan ini terus menjadi pencetus kepada lebih banyak kecemerlangan dan mengharumkan nama STF.

📷 Kredit foto: Sekolah Tun Fatimah


🏑 Pasukan Floorball STF Muncul Naib Johan Kejohanan Floorball Sekolah Malaysia 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada p...
26/08/2026

🏑 Pasukan Floorball STF Muncul Naib Johan Kejohanan Floorball Sekolah Malaysia 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan floorball Sekolah Tun Fatimah (STF) atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Kejohanan Floorball Sekolah Malaysia 2026 yang telah berlangsung pada 20 hingga 23 Ogos 2026 di Kompleks Sukan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pencapaian Pasukan STF:
🥈 Naib Johan P18
🏅 Pemain Terbaik P18: Qaisara Alisha binti Mohamad Ariff (2 Tegas)

Pasukan ACES STF yang diwakili oleh 20 orang pemain telah mempamerkan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang kejohanan sehingga berjaya melangkah ke pentas final dan muncul sebagai Naib Johan.

Penyertaan pelajar Ascendra turut membanggakan apabila 5 orang murid Ascendra 2529 berjaya mewakili pasukan ACES STF:
1. Izzara Imani binti Mohd Naszri (2 Setia)
2. Qaisara Alisha binti Mohamad Ariff (2 Tegas)
3. Nuralisya Amani binti Bembangherimato (2 Feminin)
4. Nur Amni Alya Qaisara binti Mohd Haffis (2 Feminin)
5. Nur Saffa’ Auni binti Mohd Yasir (2 Jujur)

Kejayaan pasukan turut diserikan apabila Qaisara Alisha binti Mohamad Ariff (2 Tegas) dinobatkan sebagai Pemain Terbaik P18, hasil persembahan cemerlang sepanjang kejohanan. Tahniah atas pencapaian yang amat membanggakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, guru pengiring, jurulatih serta ibu bapa yang sentiasa memberikan doa, sokongan dan semangat kepada pasukan ACES STF

Syabas buat seluruh pasukan ACES STF. Tahniah atas persembahan yang begitu membanggakan sepanjang kejohanan. Semangat juang, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan sehingga ke perlawanan akhir amat wajar dipuji. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan bersama pada masa akan datang.

📸 Kredit: Sekolah Tun Fatimah & Penang Floorball Association



🥈🎺🎷🥁🪇🪈🪘🎼🎵🎶🥈Tahniah diucapakan kepada Pasukan Pancaragam STF atas kejayaan merangkul Silver Award dalam pertandingan Fest...
26/08/2026

🥈🎺🎷🥁🪇🪈🪘🎼🎵🎶🥈

Tahniah diucapakan kepada Pasukan Pancaragam STF atas kejayaan merangkul Silver Award dalam pertandingan Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2026 (SBP WOC) yang telah diadakan pada 10-13 Ogos 2026 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Pasukan STF Band yang terdiri daripada 54 orang ahli telah mempersembahkan dua buah lagu iaitu Hujan di Tengah Hari dan Invicta telah memberikan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan dan guru-guru STF Band.

Ascendra Band Girls :
1. Erynna Farisya Binti Mohd Fariz
2. Fahm Ann Nur Binti Syamsul Ariffin
3. Nur Eryna Safiyya Binti Mohd Khairi
4. Nur Irdina Auni Binti Mohd Azruul
5. Nurul Amni Binti Mohd Helmi
6. Zara Alya Binti Ahmad Zaki
7. Nik Nur Jannah Binti Nik Muhammad Hafiezi
8. Nur Adrianna Batrisyia Binti Mohd Eddy Zulfadly
9. Hanna Soraya Binti Amir Helmi
10. Nik Khayla Jazmina Binti Nik Hisyamudin
11. Nadine Jasmine Binti Mohd Hatta
12. Zaraa Adelya Binti Mohamad Azis
13. Putri Airyssya Insyirah Binti Abd Rahim
14. Adnin Nur Amina Bt Azmir
15. Aira Nisrina Binti Muhammad Azhar
16. Siti Athirah Qaireen Binti Mohd Shahrin
17. Siti Fathimah Az-Zahrah Binti Mohamed Hafiz
18. ⁠Fatin Sasqia Binti Senu

Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih juga kepada Bonda Pengetua Pn Hjh Radziah binti Mohd Din, barisan pentadbir dan semua guru STF Band :
1. En Noor Azam bin Noor Salleh @ Mohamed
2. Pn Reeza Haida binti Miskam
3. En Mohd Kamaru Hakimi bin Razali
4. Cik Nor Syazrina binti Abd Razak
5. Pn Noor Shamira Emalin binti Che Kamal

📸 Kredit: Sarana STF Band, Sekolah Tun Fatimah


✨Pertandingan Esei Hadiah Rahim & Ibrahim (PEHRI) 2026 – Category B: English✨Alhamdulillah, with gratitude to Allah SWT,...
17/08/2026

✨Pertandingan Esei Hadiah Rahim & Ibrahim (PEHRI) 2026 – Category B: English✨

Alhamdulillah, with gratitude to Allah SWT, we are proud to celebrate the achievement of our Ascendra girl, Nurfarra Hafeeza Binti Amir Hafiz (2 Jujur), Sekolah Tun Fatimah, who secured 5th Place in Category B – English at the national-level Pertandingan Esei Hadiah Rahim & Ibrahim (PEHRI) 2026.

Her achievement reflects her dedication, creativity, and passion for writing while showcasing meaningful ideas on environmental awareness and sustainability. Special appreciation goes to Sir Abdul Rashid Bin Yacob for his guidance, encouragement, and invaluable support throughout her writing journey.

ABOUT PEHRI
Held in conjunction with World Environment Day on 5 June, PEHRI aims to nurture environmental awareness while developing students’ language proficiency, writing skills, critical thinking, creativity, and effective communication. First established in 1989 and historically held at Malay College Kuala Kangsar, the competition continues today with the support of Yayasan Wiba Prima (YWP) and the Ministry of Education, Malaysia through BSKK.

Our sincere appreciation goes to Bonda Pengetua, teachers, parents, and everyone for their continuous support, guidance, prayers, and encouragement. May this achievement inspire us all to write with purpose, create with passion, and use our voices to make a meaningful difference.

Photo Credit: Yayasan Wiba Prima


Pasukan Dodgeball STF Raih Tempat Ke-4 Kejohanan Dodgeball B17 Peringkat Negeri 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada ...
16/08/2026

Pasukan Dodgeball STF Raih Tempat Ke-4 Kejohanan Dodgeball B17 Peringkat Negeri 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan dodgeball Sekolah Tun Fatimah (STF) Lynx atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 dalam Kejohanan Dodgeball B17 SMK Permas Jaya Tahun 2026 Peringkat Negeri yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Dodgeball Arena, Dewan Jauhari, SMK Permas Jaya.

Pencapaian Pasukan STF:
🏅Tempat Ke-4

Pengurus Pasukan:
1. Pn. Intan Shafarina binti Jefridin
2. Pn. Sarina binti Ismail

Jurulatih:
1. Coach Megat Hanif bin Megat Ali

Pasukan Lynx STF telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang kejohanan. Walaupun berdepan pasukan yang turut dibarisi pemain dodgeball Malaysia, para pemain tetap memberikan saingan sengit dan berjaya bangkit pada penghujung perlawanan dengan usaha sepenuhnya.

Penyertaan murid Ascendra turut membanggakan apabila 3 daripada 13 orang pemain pasukan Lynx STF merupakan murid Tingkatan 2, iaitu:
1. Farhah Naqibah binti Frin – 2B
2. Nur Awadah binti Azman – 2T
3. Nur Irdina Kaiyisah binti Muhammad Muhyiddin – 2F

Ketiga-tiga murid ini telah menunjukkan keberanian, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi apabila bersaing dalam kejohanan peringkat negeri bersama pemain-pemain yang lebih berpengalaman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan doa, sokongan dan semangat kepada pasukan Lynx STF. Semoga pasukan terus bersemangat dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Kredit 📸: Sekolah Tun Fatimah


Alhamdulillah, selesai sudah Program SGE ASCENDRA: GERAK HATI JUARA yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2026 bertempat d...
15/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program SGE ASCENDRA: GERAK HATI JUARA yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2026 bertempat di Dewan Bestari, Sekolah Tun Fatimah.

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling STF ini telah menyediakan pengisian yang amat bermakna dalam membentuk dan memperkukuh jati diri anak-anak Ascendra. Semoga segala ilmu, pengalaman serta nilai yang dikongsikan sepanjang program ini menjadi bekalan berharga untuk mereka terus membina peribadi yang unggul, berintegriti dan berdaya saing dalam melangkah ke masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa atas doa, sokongan dan dorongan yang sentiasa diberikan.

Penghargaan turut dirakamkan kepada pihak Nestlé Malaysia atas sumbangan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga segala kerjasama dan usaha semua pihak terus memberi manfaat kepada para pelajar serta menyumbang kepada kecemerlangan mereka pada masa hadapan.



Pasukan Hoki STF Muncul Naib Johan Kejohanan Hoki SBP Peringkat Kebangsaan 2026.Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasu...
07/08/2026

Pasukan Hoki STF Muncul Naib Johan Kejohanan Hoki SBP Peringkat Kebangsaan 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan hoki Sekolah Tun Fatimah (STF) atas kejayaan meraih Naib Johan dalam Kejohanan Hoki SBP Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 2 hingga 6 Ogos 2026 di Stadium Hoki, UniKL MFI.

Pencapaian Pasukan STF:
🥈 Naib Johan
🧤 Penjaga Gol Terbaik: Nur Keisya Sophia binti Ahmad Farid (4 Bersih)

Guru Pembimbing:
1. Pn. Norhafiza binti Ideris
2. Pn. Faridah binti Marmut
3. Cik Fatin Amirah binti Omran

Pasukan hoki STF diwakili oleh 18 orang pemain yang mempamerkan semangat juang, disiplin dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang kejohanan sehingga berjaya muncul sebagai Naib Johan Kebangsaan.

Penyertaan pelajar Ascendra sekali lagi membanggakan apabila empat orang murid berjaya mewakili pasukan hoki STF:
1. Qaisara Alisha binti Mohamad Ariff (2 Tegas)
2. Nuralisya Amani binti Bembangherimato (2 Feminin)
3. Nur Amni Alya Qaisara binti Mohd Haffis (2 Feminin)
4. Nur Aini Safiyya binti Syahrul Azar (2 Bersih)

Kejayaan pasukan turut diserikan apabila Nur Keisya Sophia binti Ahmad Farid (4 Bersih) dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik hasil persembahan cemerlang sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan doa, sokongan dan semangat kepada pasukan hoki STF. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk pasukan terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Sekolah Tun Fatimah.

Kredit 📸: Sekolah Tun Fatimah


PERTANDINGAN PETAH KPM: CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026Lafaz yang mantap, intonasi yang berkesan serta...
05/08/2026

PERTANDINGAN PETAH KPM: CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2026

Lafaz yang mantap, intonasi yang berkesan serta keserasian persembahan berjaya mengangkat pasukan Choral Speaking Sekolah Tun Fatimah (STF) muncul sebagai Johan dalam Pertandingan PETAH KPM: Choral Speaking Peringkat Daerah Johor Bahru 2026 yang berlangsung di SMK Medini, Iskandar Puteri pada 5 Ogos 2026.

Pencapaian:
🥇 Johan
🧕🏻 Konduktor Terbaik – Sophia Lavenea Yasmina binti Ahamad Zafrullah (2J)

Pasukan ini dianggotai oleh 21 orang peserta, dengan 5 orang daripadanya merupakan wakil Ascendra 2529:
1. Sophia Lavenea Yasmina binti Ahamad Zafrullah (2J)
2. Medina Raihana binti Harman (2J)
3. Adrianna Merican binti Muhammad Shafie (2J)
4. Qadriyya binti Ashraf Kamal (2B)
5. Nur Alisha Zara binti Mohamad Yazid (2B)

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru pembimbing, Puan Nur Atikah Batrisyia binti Azhar, atas komitmen, kesabaran dan bimbingan berterusan sepanjang sesi latihan sehingga pasukan berjaya meraih kejayaan yang membanggakan.

Kejayaan ini membuktikan semangat kerjasama, disiplin serta dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh semua peserta sepanjang persiapan dan pertandingan. Pasukan Choral Speaking Sekolah Tun Fatimah seterusnya akan mewakili Daerah Johor Bahru ke Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Johor pada 15 September 2026.

Terima kasih kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan doa kepada anak-anak Sekolah Tun Fatimah. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan seterusnya.

Kredit foto: Sekolah Tun Fatimah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izin Allah SWT, Majlis Bacaan Yasin P...
01/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan izin Allah SWT, Majlis Bacaan Yasin Perdana anjuran Sarana Ascendra 2529 telah berlangsung dengan lancar pada 1 Ogos 2026 secara dalam talian melalui Google Meet, dengan kehadiran seramai 65 orang ibu bapa.

Majlis yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Asif bin Saharuddin, Pengerusi Sarana Ascendra 2529, diteruskan dengan Sesi Bersama Sarana Ascendra yang membincangkan beberapa perkara penting berkaitan Dana ASF, halatuju kewangan Ascendra, isu keselamatan, CCTV, WiFi, SUFAZ serta Surat Aku Janji Kepatuhan. Perbincangan ini mencerminkan komitmen dan permuafakatan ibu bapa dalam memastikan kebajikan, keselamatan serta pembangunan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa atas kehadiran, sokongan dan kebersamaan yang diberikan. Semoga setiap doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT serta menjadi asbab kejayaan, perlindungan dan keberkatan buat anak-anak Batch Ascendra.

"Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai." Semoga permuafakatan antara ibu bapa dan pihak sekolah terus subur, menjadi tunjang kepada kecemerlangan anak-anak Batch Ascendra serta mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah dalam keluarga besar Sekolah Tun Fatimah.



IIUM ROBOT COMPETITION (IRC) 2026📍 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak🗓️ 24–26 Julai 2026Semangat inov...
27/07/2026

IIUM ROBOT COMPETITION (IRC) 2026
📍 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak
🗓️ 24–26 Julai 2026

Semangat inovasi, kreativiti dan daya saing terus menyerlah apabila pasukan robotik Sekolah Tun Fatimah berjaya mencipta kejayaan membanggakan dalam IIUM Robot Competition (IRC) 2026, sebuah pertandingan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan penyertaan daripada sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi serta peserta dari Indonesia dan Jepun.

Sekolah Tun Fatimah menghantar 11 pasukan yang dianggotai oleh 33 orang murid bagi menyertai enam kategori pertandingan iaitu 500g RC Robot Sumo, 500g Auto Robot Sumo, 1kg Auto Robot Sumo, 3kg Auto Magnetic Robot Sumo, Rush Time Robot dan Soccer Robot.

🏅 Pencapaian Pasukan STF:
1. Kategori 1kg Auto Robot Sumo – Naib Johan
2. Kategori Rush Time Robot – Johan

Walaupun kejayaan podium kali ini diraih oleh murid Tingkatan 3 dan 4, penyertaan cemerlang murid-murid Ascendra turut menjadi kebanggaan apabila mereka berpeluang bersaing di pentas antarabangsa bersama pasukan-pasukan berpengalaman. Pengalaman ini menjadi platform penting dalam membina kemahiran pengaturcaraan, penyelesaian masalah, pemikiran kritis serta keyakinan untuk terus mengembangkan potensi dalam bidang robotik dan STEM.

👏 Wakil Ascendra 2529
1. Bushraa Humairaa binti Mat Kamil (2T)
2. Dhia Qisminarullah binti Norhalim (2T)
3. Nur Danisha Azzahra binti Rosli (2T)
4. Nur Dhiaa Arissa binti Ridzuan (2T)
5. Raisya binti Ihsan (2S)
6. Helena Zahra binti Mohd Hanafee (2J)
7. Aleesa Rizqyn binti Mohd Razif (2F)
8. Nur Iman binti Muhammad Syazwan (2F)
9. Nur Syifa Safiyya binti Mohd Rajiee (2F)

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Mat Kamil bin Deraman atas bimbingan dan komitmen yang berterusan dalam membimbing pasukan robotik STF. Ucapan terima kasih juga kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, warga STF serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan doa sepanjang penyertaan pasukan ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dan terus menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga Ascendra.

Kredit foto: Sekolah Tun Fatimah


Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ascendra 2529 Sekolah Tun Fatimah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share