14/09/2026
Assalamualaikum ....
Pihak Surau Taman Desa Permai ingin mendapatkan sumbangan ikhlas bagi pembelian peralatan seperti di bawah:
1. Yamaha Analog Mixer MG12XU (RM 2,500)
2. HAMRA Vacuum HM61 (RM 8,000)
Mixer sedia ada yang berkhidmat selama beberapa tahun telah rosak dan perlu diganti dengan yang baharu. Mixer ini digunakan untuk laungan adzan, solat, ceramah dan sebagainya.
Surau kami menggunakan vacuum kecil dan telah banyak kali rosak serta sangat kurang berkesan dalam membersihkan ruang solat.
Kami sangat mengharapkan sumbangan orang ramai bagi pembelian peralatan tersebut.
Atau, boleh juga menyumbang dalam bentuk peralatan.
Sumbangan boleh disalurkan kepada Akaun Surau Taman Desa Permai seperti berikut,
Nama Bank : Bank Muamalat
Nama Akaun : Surau Taman Desa Permai
No. Akaun : 01080000733713
Keterangan lanjut boleh berhubung dengan Bendahari Surau Taman Desa Permai ( Rahim - 013 713 5544).
Kami akan memaklumkan sekiranya peralatan tersebut telah diperolehi.
Semoga Allah meluaskan rezeki setiap yang memberi, mudahkan segala urusan dan jadikan sedekah ini bekalan yang tidak putus. Aamiin.