Kelab Remaja ISMA - KRIM Johor Bahru

Call Website

Kelab Remaja ISMA - KRIM Johor Bahru KRIM menawarkan pembangunan merangkumi aspek fizikal, rohani dan kemahiran. Peribadi muslim,
10 muwasafat tarbiyah:

1. Salimul 'aqidah (akqidah sejahtera)
2.

Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jati diri dalam diri remaja itu sendiri. shahihul ibadah (ibadah yang sah)
3. Matinul khuluq (akhlak yang ideal)
4. Qadirun 'alal kasni (mampu berdikari)
5. Utsaqaful Fikri (fikiran berpengetahuan)
6. Qawwiyul Jismi (kuat tubuh badan)
7. Mujahidun Linafsihi (bersungguh melawan nafsu)
8. Munazhamun fi syu'unihi (tersusun urusan)
9. Harisun "ala Waqtihi (tersusun waktu)
10.Nafi'un Lighairihi (manfaat kepada orang lain)

10/09/2026

🇲🇾 Bingkisan Program Futsal Merdeka | 21 Ogos 2026

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal. Hari ini, cabaran kita turut hadir dalam bentuk pemikiran dan pengaruh yang semakin dekat dengan kehidupan seharian.

Dalam bingkisan ini, Bro Haikal, Naib Pengerusi KRIM JB, mengupas perbezaan cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia dan saudara kita di Palestin, serta kepentingan menyedari dan menghadapi pengaruh pemikiran yang kian berkembang dalam masyarakat Malaysia pada masa ini.

🇲🇾

📢GELOMBANG PERHIMPUNAN REMAJA BERSKALA NASIONAL BAKAL BERMULA‼️1,000 peserta. 6 zon pelaksanaan serentak. 1 matlamat nas...
12/08/2026

📢GELOMBANG PERHIMPUNAN REMAJA BERSKALA NASIONAL BAKAL BERMULA‼️

1,000 peserta. 6 zon pelaksanaan serentak. 1 matlamat nasional.

Kelab Remaja ISMA (KRIM) Johor Bahru dengan kerjasama strategik i-GURU dengan bangganya mengumumkan penganjuran JAMBORI REMAJA ISLAM (JIRIM) 2026 – ZON SELATAN.

JIRIM 2026 bukan sekadar perkhemahan biasa. Ia merupakan platform pembangunan jati diri, kepimpinan, dan pengukuhan ukhuwah yang dihimpunkan khas untuk membina generasi muda berdaya saing, berakhlak, dan berjiwa pemimpin.

“Dengan Ruh Ukhuwah dan Tarbiyah yang Konsisten, Kita Kembalikan Kejayaan Umat.”

📌 HIGHLIGHT PROGRAM:
• Serentak Seluruh Negara: Dijalankan di 6 Zon Utama seluruh Malaysia.
• Penghimpunan Mega: Menghimpunkan 1,000 remaja terpilih.
• Pelancaran Identiti IKON: Simbol pemutus generasi pemimpin rakan sebaya.
• Modul Bersepadu: Pengalaman aktiviti lasak, sahsiah, kerohanian, dan kepimpinan.

INI MASA KITA.

Khas buat para remaja berumur 13 hingga 16 tahun di Zon Selatan—persiapkan diri anda untuk sebuah pengalaman yang bakal mengubah lipatan sejarah usia muda anda.

🔔 Langkah Seterusnya:

1. Turn on Post Notifications akaun Kelab Remaja ISMA Johor Bahru

2. Share poster ini kepada rakan-rakan, pihak sekolah, dan ahli keluarga anda.

3. Nantikan pengumuman rasmi tarikh pendaftaran tidak lama lagi.

Cuti Sekolah: Waktu terbaik membentuk sahsiah remaja
05/06/2026

Cuti Sekolah: Waktu terbaik membentuk sahsiah remaja

CUTI SEKOLAH: WAKTU TERBAIK MEMBENTUK SAHSIAH REMAJA

Setiap kali cuti sekolah tiba, ramai remaja akan ada banyak masa lapang. Dalam dunia hari ini, masa lapang tanpa bimbingan boleh jadi sangat merbahaya.

Hari ini, cabaran remaja bukan macam dulu. Dulu, ibu bapa risau anak keluar rumah. Hari ini, anak duduk dalam rumah pun belum tentu selamat.

Telefon di tangan dan internet tanpa batas. Konten lucah, budaya pergaulan bebas, permainan video melampau, media sosial yang merosakkan pemikiran. Semuanya masuk perlahan-lahan ke dalam jiwa anak-anak tanpa kita sedar.

Akhirnya ramai remaja membesar tanpa arah yang jelas. Sebab itu cuti sekolah bukan sekadar musim berehat, tetapi musim paling kritikal dalam pembentukan jiwa remaja.

Realiti pada cuti sekolah, ramai remaja mula tidur tidak tentu waktu, hidup tanpa rutin, ketagih dengan permainan video dan melepak menjadi kutu embun. Lebih membimbangkan, ada yang mencari “keseronokan” di tempat yang salah kerana kekosongan jiwa dan kurang perhatian.

Oleh sebab itu, cuti sekolah tidak boleh dibiarkan kosong tanpa pengisian. Remaja yang tidak diisi dengan perkara baik, maka akhirnya mereka akan diisi dengan perkara yang melalaikan dan merosakkan.

Bawa mereka dekat dengan masjid. Libatkan mereka dengan aktiviti-aktiviti masyarakat, program-program jati diri, projek kemahiran hidup dan paling penting pastikan rumah ada suasana agama.

Semoga cuti sekolah kali ini bukan sekadar cuti berehat daripada belajar tetapi permulaan lahirnya generasi remaja yang lebih kuat iman, akhlak dan jati diri.

Mohammad Hafiz bin Johar
Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Johor Bahru

🌱 Anak makin membesar… tapi adakah mereka benar-benar bersedia menghadapi alam remaja?                                  ...
19/05/2026

🌱 Anak makin membesar… tapi adakah mereka benar-benar bersedia menghadapi alam remaja?

Dalam dunia hari ini, anak-anak terdedah kepada pelbagai pengaruh tanpa tapisan.

💡 REPROALERT hadir membantu remaja memahami perubahan diri, menjaga maruah dan membina keyakinan dengan panduan yang betul & mesra remaja.

✨ Santai • Interaktif • Sesuai untuk remaja lelaki & perempuan
👨‍👩‍👧 Ibu bapa tenang, anak pun lebih faham diri sendiri.

📅 23 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Surau As-Sholawati Hikmah
💰 RM10 sahaja
🍽 Sarapan disediakan

📲 Tempat terhad! Daftar sekarang melalui QR pada poster.

Daftar di link di bawah:
https://forms.gle/ex1RiigUg4wXjokbA

Dia, Suaranya mungkin biasa,Namun ilmunya membina jiwa.Dia, Penatnya kadang tidak terlihat mata,Namun tetap tenaganya di...
16/05/2026

Dia,
Suaranya mungkin biasa,
Namun ilmunya membina jiwa.

Dia,
Penatnya kadang tidak terlihat mata,
Namun tetap tenaganya dicurahkan sentiasa.

Dia,
Tidak mengejar pujian dunia,
Hanya mahu lihat anak bangsa berjaya.

Dia,
Hadirnya sederhana,
Namun jasanya luar biasa.

Dia,
Kadang tegasnya disalah erti,
Namun setiap teguran lahir dari hati yang peduli.

Dia,
Menanam ilmu penuh harapan,
Lahir generasi memimpin masa depan.

Dialah guru,
Yang juga pahlawan,
Walau tidak berperang di medan.

Cikgu Zulaikha Ammelia
Setiausaha
Kelab Remaja ISMA Johor Bahru

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik🌷Terima kasih para guru yang tak pernah penat membentuk generasi. Semoga seti...
15/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik🌷

Terima kasih para guru yang tak pernah penat membentuk generasi.

Semoga setiap ilmu yang diberi menjadi saham akhirat yang tak pernah putus.

Selamat Hari Guru!

REPROALERT : MENUJU AKIL BALIGHAkil baligh bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi bermulanya fasa taklif (tanggungjawab...
14/05/2026

REPROALERT : MENUJU AKIL BALIGH

Akil baligh bukan sekadar perubahan fizikal, tetapi bermulanya fasa taklif (tanggungjawab syarak) dalam Islam. Pada fasa ini, setiap perbuatan mula dicatat sebagai amal, jadi bimbingan yang betul sangat penting supaya remaja tidak terikut dengan pengaruh negatif yang merosakkan 📉.

Jom sertai kami untuk faham lebih dalam tentang persediaan emosi, perubahan diri, dan penjagaan maruah sebagai seorang Muslim 🛡️.

Butiran Program: 📝
• Anjuran: Kelab Remaja ISMA Johor Bahru
• Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
• Masa: 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
• Tempat: Surau As-Sholawatil Hikmah
• Yuran: RM 10 sahaja

Daftar Segera: 📲
🔗 https://forms.gle/ex1RiigUg4wXjokbA

Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi:
📞 Puan Zulaikha: 012-7782014

"Persediaan hari ini, penentu sahsiah masa depan anda." ✨

20/03/2026

Takbir bergema tanda kemenangan jiwa buat kita semua 🥹✨

Semoga kita jumpa pada Ramadan tahun hadapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

13/03/2026

MEMBINA GENERASI AL-QURAN, MEMIMPIN TAMADUN

Al-Quran tidak diturunkan hanya untuk dibaca. Bahkan merupakan petunjuk hidup yang membimbing manusia dalam membina peribadi, masyarakat, negara dan seterusnya sebuah ummah.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus."

(Surah al-Isra': 9)

Petunjuk yang dimaksudkan dalam ayat ini merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk pembentukan akhlak, pengurusan keluarga, kepimpinan masyarakat dan sehinggalah kepada pembinaan sebuah peradaban yang berasaskan nilai-nilai Islam.

Generasi sahabat yang dididik secara langsung oleh Rasulullah SAW bukanlah sekadar generasi yang banyak membaca al-Quran, mereka adalah generasi yang hidup dengan al-Quran.

Ayat-ayat wahyu bukan hanya dilafazkan di bibir, tetapi dihayati dan dijadikan panduan dalam setiap keputusan kehidupan. Inilah pendekatan yang akhirnya melahirkan generasi yang bukan sahaja kuat imannya tetapi memiliki kemampuan memimpin dan membina sesebuah tamadun.

Hasilnya, umat Islam berjaya membina sebuah tamadun yang luar biasa. Unggul dari segi keilmuan, sistem sosial, kepimpinan dan pembangunan masyarakat. Semua ini berakar daripada satu sumber yang sama iaitu Al-Quran.

Para pejuang Palestin yang mempertahankan tanah air mereka adalah antara bukti paling hampir bahawa al-Quran adalah bahan bakar sebuah perjuangan. Para pejuang ini membesar dalam suasana yang dekat dengan al-Quran seperti, menghafal sejak kecil, berterusan membaca dan menjadikannya sumber kekuatan dalam menghadapi tekanan dan perjuangan yang panjang.

Pada setiap celahan terowong, di bawah hujanan bom yang tidak henti-henti, mereka masih membaca dan mengulang hafazan al-Quran. Al-Quran bukan sekadar memberi mereka semangat, bahkan membentuk cara fikir terhadap pengorbanan dan perjuangan. Inilah yang membezakan pejuang yang ditempa oleh al-Quran dengan manusia biasa.

Persoalan yang perlu kita renungkan ialah sejauh manakah hubungan kita sendiri dengan al-Quran pada hari ini? Ramadan sebagai bulan diturunkannya al-Quran. Inilah masa terbaik untuk memperbaharui hubungan kita dengan al-Quran.

Membina tamadun berasaskan al-Quran tidak akan terjadi dengan perubahan besar secara tiba-tiba. Tetapi, bermula dengan individu yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, kemudian membina keluarga yang berteraskan nilai wahyu, seterusnya melahirkan sebuah Ummah Fadhilah.

Mohammad Hafiz bin Johar
Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Johor Bahru

Address

Taman Mutiara Indah
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Remaja ISMA - KRIM Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share