01/11/2025
Misteri 7 Syarat sempena Colour of Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor dengan kerjasama Mydin Mall Mutiara Rini Johor Bahru yang telah berlangsung pada petang 1 November 2025 di Mydin Mall Mutiara Rini merupakan sebuah karya yang sangat menarik untuk dihayati oleh penontonnya.
sebuah karya Dramatari yang penuh dengan nilai Estetika dan keindahan Sinografi yang sangat menarik perhatian dan visual penonton. sebuah kisah lagenda yang digarap dengan penuh rencah dan ramuannya. setiap babak ditampilkan dengan visual yang menarik dan gerak tari dari babak ke babak dilakukan dengan penuh makna dan mencuit hati penonton
penglibatan Karyawannya terdiri daripada Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN Johor, Kumpulan Satelit dan peserta Program Bimbingan Seni Budaya mampu memberikan persembahan terbaik dalam pementasan Dramatari ini. kualiti persembahan yang ditampilkan memberikan impak yang besar kepada penonton yang rata-ratanya merupakan pengunjung di pasaraya Mydin Mall dan mereka kekal menonton hingga akhir persembahan sudah cukup menggambarkan bahawa pementasan Misteri 7 Syarat ini mampu menarik penonton baru di kalangan pelbagai bangsa.
syabas dan Tahniah kami ucapkan kepada JKKN Johor, terutamanya Pegawai Projek Cik Nurazlin Mazene dan Koreografer Encik Jeremiah serta kesemua yang terlibat di dalam pementasan ini.
tak puas rasanya menonton Dramatari Misteri 7 Syarat ini selama sehari, mungkin pementasan ini wajar di pentaskan lebih kerap di setiap daerah pada masa akan datang. Insha Allah, Aamin.