Puteri Pulai Official

Puteri Pulai Official Page Rasmi Pergerakan Puteri Umno Bahagian Pulai 2023-2026

03/08/2026
03/08/2026
🩷Selamat Menyambut Ulangtahun ke-25,  Puteri UMNO 🩷Terus maju membawa suara wanita muda kehadapan,bangun demi majukan ma...
03/08/2026

🩷Selamat Menyambut Ulangtahun ke-25, Puteri UMNO 🩷

Terus maju membawa suara wanita muda kehadapan,bangun demi majukan masa depan negara..

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Nurul Amal Mohd Fauzi
Cik Norakmal Muhammad





Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YB Maira Hasim atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ...
02/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YB Maira Hasim atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 bagi DUN Labu.

Semoga amanah yang diberikan oleh rakyat dapat digalas dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen demi memperjuangkan kebajikan masyarakat serta membawa kemajuan yang berterusan kepada DUN Labu dan Negeri Sembilan.

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Onn Hafiz Ghazi
Nurul Amal Mohd Fauzi
Cik Norakmal Muhammad




02/08/2026

‎لاحول ولا قوة إلا بالله
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Syukur Alhamdulillah. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16.

Sekalung tahniah juga kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional; YB Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sembilan; serta YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Alias, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan atas kepimpinan yang telah membawa kejayaan ini. Tahniah juga kepada seluruh calon yang telah diberikan mandat oleh rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada seluruh jentera BN, kepimpinan parti di semua peringkat, para sukarelawan, penyokong serta setiap insan yang telah berkorban masa, tenaga dan keringat sepanjang tempoh berkempen. Penghargaan khusus juga buat seluruh jentera BN Johor yang telah berkampung di Negeri Sembilan sepanjang tempoh kempen. Kemenangan ini adalah hasil usaha, kesatuan dan semangat juang seluruh keluarga besar Barisan Nasional.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kepercayaan yang diberikan ini bukan sekadar satu kemenangan, tetapi merupakan satu amanah besar untuk terus berkhidmat dengan lebih kuat, lebih pantas dan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Sembilan.

Semoga kepimpinan Barisan Nasional Negeri Sembilan akan terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan petunjuk oleh Allah SWT untuk memikul amanah ini dengan penuh integriti, keikhlasan dan rasa tanggungjawab. Tahniah sekali lagi dan selamat menjalankan amanah. Insya-Allah.

Hobin BN Hobin, Hobin Sampai Monang!
HIDUP BN! HIDUP BN! HIDUP BN!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

02/08/2026

Alhamdulillah, syukur ya Allah.
Selamat Berkhidmat Maira Hasim, wakil rakyat yang kedua daripada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menang bergaya di N. 20 Labu dengan majoriti 5279.

Tahniah dan selamat berkhidmat.

31/07/2026

Watch, follow, and discover more trending content.

31/07/2026

Bersama Melakar Masa Depan Labu.⚖️

Setiap sokongan yang diberikan adalah satu amanah yang akan dipikul dengan penuh tanggungjawab. Marilah kita bersama-sama memberikan mandat kepada Calon No. 3, Maira Hasim, demi meneruskan agenda pembangunan, kesejahteraan rakyat dan kemajuan DUN Labu.

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Puteri Pulai Prihatin




🌸Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai 2026🗓️26 Julai 2026. | 2:00 Petang📍Bertempat di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahma...
27/07/2026

🌸Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai 2026

🗓️26 Julai 2026. | 2:00 Petang
📍Bertempat di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pulai merakamkan penghargaan kepada seluruh perwakilan yang telah bersama menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai. Semoga setiap amanah yang dipikul serta setiap keputusan yang dipersetujui menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perjuangan parti.

PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
Nurul Amal Mohd Fauzi
Ramlee Bohani
Nur Jazlan Mohamed
Cik Norakmal Muhammad



Address

Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat
Johor Bahru
81200

Telephone

+601111488322

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puteri Pulai Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puteri Pulai Official:

Shortcuts

Share