SURAU TAMAN LAMAN INDAH

SURAU TAMAN LAMAN INDAH Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SURAU TAMAN LAMAN INDAH, Community Service, Johor Bahru.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh penduduk atas segala sumbangan, sokongan dan penglibatan dal...
16/09/2026

Alhamdulillah, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh penduduk atas segala sumbangan, sokongan dan penglibatan dalam menjayakan Majlis Maulidur Rasul Surau Taman Laman Indah. Kehadiran serta kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan menjadi penyeri kepada majlis yang penuh dengan keberkatan ini.

Semoga setiap sumbangan, tenaga dan masa yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Terima kasih atas semangat kebersamaan dan ukhuwah yang telah ditunjukkan. Jazakumullahu khairan kathira atas segala kebaikan dan sokongan daripada seluruh warga Taman Laman Indah. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

๐ŸŒ™ TENTATIF PROGRAM4:30 Petang๐Ÿ“ Ketibaan & berkumpulSelepas Solat Asar๐Ÿ•Œ Solat Asar berjemaah๐Ÿ“‹ Mesyuarat KRT Laman IndahSe...
14/09/2026

๐ŸŒ™ TENTATIF PROGRAM

4:30 Petang
๐Ÿ“ Ketibaan & berkumpul
Selepas Solat Asar
๐Ÿ•Œ Solat Asar berjemaah
๐Ÿ“‹ Mesyuarat KRT Laman Indah

Selepas Solat Maghrib
๐ŸŽ™๏ธ Ceramah Maulidur Rasul

Selepas Ceramah
๐Ÿฝ๏ธ Jamuan & Open Potluck
Selesai Jamuan
๐Ÿค Bersurai
โ€œBersama Menyemarakkan Rasa Cinta Kepada Rasul ๏ทบโ€

๐ŸŒ™ JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ๐ŸŒ™Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dengan penuh kesyukuran, STLI &...
14/09/2026

๐ŸŒ™ JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ๐ŸŒ™
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan penuh kesyukuran, STLI & KRT Laman Indah menjemput seluruh warga setempat untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
๐Ÿ“… Rabu, 16 September 2026
โฐ 4:30 Petang
๐Ÿ“ Surau Taman Laman Indah
๐ŸŽ™๏ธ Ceramah oleh:
Ust Mohd Azri bin Esa
Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, MAINJ
Marilah kita bersama-sama mengimarahkan majlis, memperingati serta menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.
๐Ÿค Semoga majlis ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.
Jom hadir beramai-ramai!
๐ŸŒ™ Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ๏ทบ

๐ŸŒฟPROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU TAMAN LAMAN INDAH BERSAMA IMIGRESEN PEKAN NENAS ๐ŸŒฟAlhamdulillah, telah selesai Program Goton...
13/09/2026

๐ŸŒฟPROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU TAMAN LAMAN INDAH BERSAMA IMIGRESEN PEKAN NENAS ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, telah selesai Program Gotong-Royong Surau Taman Laman Indah yang telah berlangsung:

๐Ÿ“… 12 September 2026
๐Ÿ—“๏ธ Sabtu
โฐ 9:00 pagi
๐Ÿ“ Surau Taman Laman Indah

Program ini melibatkan aktiviti mengemas dan membersihkan seluruh kawasan surau, luar dan dalam, serta mengecat binaan surau yang telah lusuh dan uzur.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah hadir serta bersama-sama menyumbangkan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini. ๐Ÿคฒ

Terima kasih juga kepada pihak Imigresen Pekan Nenas yang telah membantu menyediakan sarapan serta memberikan sokongan kepada pihak surau.
Semoga setiap keringat dan usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah serta mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT. โค๏ธ
Bersama-sama meraikan ibadah.
Bersama-sama meraikan kasih.
Bersama-sama meraikan syukur.
๐ŸŒฟ ุฌูŽุฒูŽุงูƒูู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ๐ŸŒฟ
Tulus ikhlas daripada
Jawatankuasa Surau Taman Laman Indah

๐Ÿ“ข HEBAHAN MAJLIS BACAAN DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN 1448HAssalamualaikum WBT,Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Ma...
16/06/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN MAJLIS BACAAN DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN 1448H
Assalamualaikum WBT,
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun & Awal Tahun 1448H seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 16 Jun 2026 (Selasa)
๐Ÿ•Œ Tempat: Dewan Solat Utama STLI
โฐ Masa: Bermula 6:30pm

Marilah kita bersama-sama mengakhiri tahun dengan doa dan kesyukuran serta memulakan tahun baharu Hijrah dengan penuh keberkatan.
Semua dijemput hadir.

๐ŸŒ™ SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H / 2026MSelesai Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Laman Indah.Mari bersama-sama meraikan...
27/05/2026

๐ŸŒ™ SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H / 2026M
Selesai Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Laman Indah.
Mari bersama-sama meraikan Hari Raya Korban dengan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. serta memperkukuhkan ketakwaan dan ukhuwah sesama masyarakat.
"Meraikan Hari Raya Korban, Meningkatkan Ketaqwaan dan Kepedulian."

๐ŸŒ™ JEMPUTAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H / 2026MAssalamualaikum w.b.t.Muslimin dan muslimat dijemput hadir menunaikan Sola...
26/05/2026

๐ŸŒ™ JEMPUTAN SOLAT SUNAT AIDILADHA 1447H / 2026M
Assalamualaikum w.b.t.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Laman Indah.
๐Ÿ“… Hari: Rabu
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 27 Mei 2026
๐Ÿ•ฃ Masa: 8:30 Pagi
Mari bersama-sama meraikan Hari Raya Korban dengan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. serta memperkukuhkan ketakwaan dan ukhuwah sesama masyarakat.
"Meraikan Hari Raya Korban, Meningkatkan Ketaqwaan dan Kepedulian."
๐Ÿ“ Semua penduduk dan ahli kariah dijemput hadir.

MAKLUMAN PENTINGTIADA SOLAT SUNATHARI RAYA AIDILFITRIdi Surau Taman Laman Indah (STLI)Segala kesulitan amat dikesali.Tua...
20/03/2026

MAKLUMAN PENTING
TIADA SOLAT SUNAT
HARI RAYA AIDILFITRI
di Surau Taman Laman Indah (STLI)
Segala kesulitan amat dikesali.

Tuan/Puan boleh halakan diri ke Masjid Pulai Indah atau Surau Nurussalam

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
โ€“ Jawatankuasa STLI โ€“

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT program ini telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan. Pihak penganjur mera...
08/03/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT program ini telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua AJK, para penduduk, serta para pelajar tahfiz jemputan yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

Sesungguhnya kehadiran, kerjasama dan sokongan semua pihak amat bermakna dalam menghidupkan suasana Ramadan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Semoga segala usaha, masa dan sumbangan yang diberikan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan majlis yang sederhana ini menjadi asbab keberkatan kepada kita semua dan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang, insya-Allah. ๐Ÿคฒ

Address

Johor Bahru
81110

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SURAU TAMAN LAMAN INDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share