Pekida Kawasan Tiram Daerah Johor Bahru

Directions Website

Pekida Kawasan Tiram Daerah Johor Bahru " AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR "

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمAlhamdulillah 🤲  Selesai sudah Majlis Ibadah Korban PEKIDA Ranting Tiram JB pada Har...
28/05/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah 🤲
Selesai sudah Majlis Ibadah Korban PEKIDA Ranting Tiram JB pada Hari Raya Pertama AidilAdha . 4 ekor lembu selamat dikorbankan.

Terima kasih semua Jemaah & sukarelawan yang bergotong-royong. Daging dah diagih pada asnaf & penduduk UluTiram.

Moga Allah terima ibadah kita. Jumpa lagi tahun depan, insyaAllah.

25/05/2026

Daulat Tuanku.

21/05/2026

PEKIDA DAERAH JOHOR BAHRU
Menyeru seluruh anak bangsa yang masih mempunyai maruah dan cinta pada tanah air!

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam dan bangsa Melayu, untuk berdiri teguh di belakang Institusi Raja-Raja Melayu. Jangan biarkan kedaulatan kita dipijak, jangan biarkan Institusi Diraja dihina!

📌 SERUAN BERHIMPUN
Kita berkumpul bukan untuk kekacauan, tetapi untuk menyatakan solidariti dengan aman, tertib, dan beradab.

Demi agama, bangsa, dan kedaulatan negara!

Ayuh, tunjukkan sokongan anda!

14/05/2026
11/05/2026

PEKIDA Tulang Belakang Ummah, Kerajaan Perlukan Rakan NGO di Akar Umbi

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) disifatkan sebagai antara tulang belakang penting dalam pembangunan masyarakat Melayu-Islam di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor, Hairi Md Shah.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Datuk Pandak Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar ketika merasmikan Majlis Silaturrahim Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Johor Bahru yang dihadiri lebih 1000 jemputan dari seluruh negara.

Hairi turut menegaskan bahawa NGO seperti PEKIDA merupakan rakan strategik kerajaan yang memahami keperluan akar umbi serta berperanan menyantuni masyarakat tanpa mengharapkan balasan, selain menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat di peringkat lapangan.

Beliau menambah, peranan sedemikian membuktikan kepentingan kerjasama erat antara kerajaan dan NGO dalam memperkukuh perpaduan ummah serta pembangunan sosioekonomi masyarakat Islam di Johor dan Malaysia secara keseluruhan.

Majlis berkenaan turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli PEKIDA serta pemimpin masyarakat, selain memperkukuh komitmen bersama dalam agenda pembangunan ummah di negeri ini.

Kehadiran lebih 1000 peserta dari seluruh negara mencerminkan sokongan padu terhadap peranan NGO ini dalam memperkasa masyarakat setempat.

Acara turut disertai pemimpin tempatan Program ini diharap terus menjadi pemangkin perpaduan dan kesejahteraan masyarakat di Johor pada masa akan datang ini juga.

MyJohor
Pandak Ahmad

11/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Ikhlas Dari Pekida Ranting Tiram Daerah Johor Bahru.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pekida Ranting Tiram Daerah Johor Bahru.
11/04/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pekida Ranting Tiram Daerah Johor Bahru.

24/03/2026

🌙 UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum Wbt,

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia.

Pengerusi bersama seluruh Ahli Jawatankuasa
PEKIDA Daerah Johor Bahru ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Kepada seluruh ahli PEKIDA di seluruh Malaysia, khususnya ahli-ahli PEKIDA Daerah Johor Bahru, kami memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan, kesilapan kata dan perbuatan sepanjang kita berukhuwah dan berorganisasi, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga Aidilfitri ini menjadi medan untuk kita terus mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan perpaduan dan memperteguh semangat persaudaraan dalam perjuangan yang kita dokong bersama. 🤝

Kami juga mendoakan agar segala amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT dan semoga kita semua dipanjangkan umur serta diberi peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadan yang akan datang, insya-Allah. 🤲
Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Pengerusi dan Seluruh Ahli Jawatankuasa
PEKIDA Daerah Johor Bahru

24/03/2026

🌙 UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum Wbt

Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan hari yang penuh keberkatan, iaitu Hari Raya Aidilfitri, setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Saya,Tazul Ariffin
selaku
Pengerusi PEKIDA Negeri Johor dan
Pengerusi PEKIDA Daerah Johor Bahru,
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang menjalankan amanah dan berurusan dengan semua ahli, terdapat sebarang kekhilafan, kesilapan kata mahupun perbuatan, sama ada disengajakan atau tidak.

Semoga Aidilfitri ini menjadi titik permulaan untuk kita terus memperkukuhkan ukhuwah, memperteguh perpaduan, dan bersama-sama memelihara nilai perjuangan, adab serta jati diri yang menjadi teras dalam perjuangan kita semua.
Saya juga mendoakan agar segala amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang, insya-Allah. 🤲

Akhir kata, sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kegembiraan bersama keluarga serta sahabat handai.

Sekian,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ikhlas daripada,

Tazul Ariffin
Pengerusi PEKIDA Negeri Johor
Pengerusi PEKIDA Daerah Johor Bahru

Address

Johor Bahru
81800ULUTIRAM

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Kawasan Tiram Daerah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share