PKBM KEDAH

PKBM KEDAH Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM Kedah)

Plse like n share new page...Following
31/05/2026

Plse like n share new page...
Following

PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA (KEDAH)

24/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan sepanjang menerajui perkhidmatan awam serta memacu kecemerlangan Jabatan Kerja Raya.

Dedikasi, komitmen dan pengalaman yang dicurahkan menjadi inspirasi serta teladan buat seluruh warga kerja. Segala bakti yang ditinggalkan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta rahmat berpanjangan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti.




22/04/2026
SALAM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA YDP MAJLIS DAERAH KUBANG PASU
31/03/2026

SALAM TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA
YDP MAJLIS DAERAH KUBANG PASU

30/03/2026

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) mendedahkan lebih 100 projek infrastruktur dan pembangunan tidak dapat berjalan, ekoran kontraktor sudah ‘mengangkat bendera putih’ susulan kenaikan mendadak harga bahan api ekoran konflik di Asia Barat.

30/03/2026

Kerajaan mengambil maklum secara serius terhadap implikasi kenaikan kos pembinaan susulan perkembangan geopolitik di Timur Tengah, termasuk penutupan Selat Hormuz yang memberi kesan langsung kepada kestabilan rantaian bekalan tenaga global.

Kenaikan kos ini perlu ditangani dalam kerangka yang menyeluruh memandangkan sektor pembinaan mempunyai kebergantungan yang signifikan terhadap harga bahan api seperti petrol dan diesel, di samping kos logistik dan bahan binaan yang berkait rapat dengan pasaran antarabangsa.

Memandangkan punca utama adalah faktor geopolitik global di luar kawalan domestik, kesan tekanan kos ini turut dialami oleh kebanyakan negara. Sehubungan itu, pendekatan yang diambil perlu bersifat strategik, bersasar dan berasaskan data.

Dalam hal ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan penilaian menyeluruh bersama agensi berkaitan serta pihak industri bagi mengenal pasti mekanisme mitigasi yang bersesuaian, termasuk dari aspek pelaksanaan projek, struktur kos dan daya tahan rantaian bekalan sektor pembinaan.

Pada masa yang sama, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan memperkukuh peranan sebagai penyelaras industri dengan menggerakkan kerjasama strategik bersama agensi berkaitan dan pemain industri bagi merangka cadangan dasar serta langkah intervensi yang pragmatik dan berimpak tinggi.

Kerajaan komited untuk memastikan kesinambungan pelaksanaan projek pembangunan negara serta mengekalkan kestabilan sektor pembinaan melalui pendekatan dasar yang responsif, adaptif dan berorientasikan kelestarian jangka panjang.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 22 Mac 2026 | 1 Syawal 1447 H Maaf Zahir dan Batin.Semoga Syawal ini membawa keberkatan, ke...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
22 Mac 2026 | 1 Syawal 1447 H

Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan mengeratkan silaturahim.
Selamat menyambut hari kemenangan dengan penuh kesyukuran bersama keluarga tercinta.

AZRUL ABDUL AZID
Pengerusi Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Negeri Kedah

Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia - Official HQ

17/02/2026

Address

NO 11 TINGKAT TAMAN TANJUNG
Jitra
06000

Telephone

+6049161669

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKBM KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share