Pertubuhan Jutraa Qalha

Pertubuhan Jutraa Qalha Pertubuhan kebajikan masyarakat di Jitra, Kedah, membantu golongan memerlukan dengan kasih dan peduli. [email protected]

13/01/2026

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan dirakamkan kepada pihak-pihak yang sudi meluangkan masa menghadiri Majlis Pelancaran kami:
• Pejabat Veterinar Kubang Pasu
• Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kubang Pasu
• Anggota Pertahanan Awam Kubang Pasu
• PEKIDA Kubang Pasu
• Bustana Kucing
Kehadiran serta sokongan yang diberikan amat kami hargai dan merupakan satu penghormatan besar kepada pihak penganjur.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat serta kelestarian komuniti setempat.
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas kesudian hadir serta sokongan yang diberikan

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan dirakamkan kepada para tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa men...
12/01/2026

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan dirakamkan kepada para tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis kami:
YBhg. Dato’ Mahazi Ibrahim
Pegawai Daerah Kubang Pasu
Encik Fadzli bin Abu Bakar
Pengarah Bahagian Perancang Bandar dan Desa
Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP)
Puan Anies Suzana
Pegawai Kebajikan Masyarakat
Daerah Kubang Pasu

Kehadiran serta sokongan yang diberikan amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan besar kepada pihak penganjur.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diperkukuhkan demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan komuniti yang mampan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih atas kesudian hadir serta sokongan berterusan yang diberikan.

MAJLIS PERASMIAN PERTUBUHAN JUTRAA QALHADengan penuh rasa syukur, kami melakar sejarah apabila Pertubuhan Jutraa Qalha t...
12/01/2026

MAJLIS PERASMIAN PERTUBUHAN JUTRAA QALHA

Dengan penuh rasa syukur, kami melakar sejarah apabila Pertubuhan Jutraa Qalha telah dirasmikan secara rasmi.
Majlis ini menandakan permulaan sebuah perjuangan, berteraskan nilai kemanusiaan, kebajikan dan tanggungjawab sosial demi kesejahteraan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir terutama Ybhg Dato' Mahazi Ibrahim, Pegawai Daerah Kubang Pasu kerana menyokong dan mendoakan perjalanan pertubuhan ini.
Semoga setiap langkah yang diatur menjadi asbab kebaikan, memberi manfaat berterusan dan diberkati Allah SWT.
🤝 Bersama kita membina komuniti yang lebih prihatin.



18/12/2024

Kami amat berbesar hati memperkenalkan Pertubuhan Jutraa Qalha, sebuah organisasi kebajikan masyarakat berpusat di Jitra, Kedah. Dengan misi menyemai kasih sayang dan membantu golongan yang memerlukan, kami komited menjalankan program kebajikan seperti bantuan makanan, pendidikan, dan sokongan bencana.

Bersama-sama, kita mampu membawa perubahan positif dalam kehidupan komuniti setempat. Sertai kami sebagai sukarelawan, penyumbang, atau sekadar menyebarkan kasih sayang. Mari kita bersama-sama menjayakan misi ini!

Ikuti kami untuk kemas kini program dan aktiviti terkini.
❤️ "Bersama Kita Peduli, Bersama Kita Membantu." ❤️

Address

Jitra

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Jutraa Qalha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share