29/04/2026
Tahniah Penghulu kami.
Memang layak sangat dengan usaha dan komitmen yang tak pernah putus dalam berkhidmat untuk masyarakat kita khususnya buat Komuniti Kampung Matang Kenanga.
Kadang-kadang koi 2 pagi baru balik kalau ada program di kampung kami.
Sekalung tahniah diucapkan kepada En Mohd Amran Bin Hanafiah, Penghulu Mukim Jerlun atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perkhidmatan Awam Negeri Kedah 2025.
Semoga terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan kekal menjadi contoh terbaik kepada penduduk setempat.
Ikhlas daripada:
Komuniti Kampung Matang Kenanga