Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka, Jerantut, Pahang

  • Home
  • Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka, Jerantut, Pahang

Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka, Jerantut, Pahang Rural Transformation Centre - "Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan"

24/07/2024

Send a message to learn more

Moh Deme !!Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur Tarikh : 𝟱 - 𝟳 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 - 𝗔𝗵𝗮𝗱) Tempat :𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮...
04/07/2024

Moh Deme !!

Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur

Tarikh : 𝟱 - 𝟳 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 - 𝗔𝗵𝗮𝗱)
Tempat :𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻, 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴

TEMUDUGA CALON PELAJAR (LEPASAN SPM 2023) Course : Diploma in Logistic Management  ( berkaitan bidang perkapalan maritim...
28/06/2024

TEMUDUGA CALON PELAJAR (LEPASAN SPM 2023)

Course : Diploma in Logistic Management
( berkaitan bidang perkapalan maritim oil and gas)

Tarikh : 7.7.2024 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tghari
Tempat : Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka

** Jemputan kepada semua lepasan SPM 2023

Moh pejuang Subuh! Kita Rapatkan Saf..Penuhkan Masjid kita..Mulakan hari anda dengan bersama-sama hadir dan memeriahkan ...
17/05/2024

Moh pejuang Subuh! Kita Rapatkan Saf..Penuhkan Masjid kita..

Mulakan hari anda dengan bersama-sama hadir dan memeriahkan Program Subuh Warrior, Subuh Macam Jumaat bersempena Program PKD Mobile Jerantut, Pahang pada 24 Mei 2024 di Masjid Felda Sungai Retang, Jerantut, Pahang.

Kuliah Subuh akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Penceramah Bebas.

Sarapan pagi akan disediakan kepada tetamu yang hadir.

Moh kita jangan lepaskan peluang! Moga mendapat keberkatan 🤲🏻




17/05/2024
PROGRAM OUTREACH KWSP @ Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka Kaunter KWSP akan dibuka pada tetapan berikut :Tarikh : 7.3.2024 (...
05/03/2024

PROGRAM OUTREACH KWSP @ Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka

Kaunter KWSP akan dibuka pada tetapan berikut :

Tarikh : 7.3.2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Jom datang beramai-ramai 👍

PERMOHONAN BAHARU KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPMPermohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Se...
29/02/2024

PERMOHONAN BAHARU KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi Akademik 2025/2026 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2024 Hingga 30 April 2024

https://eprasekolah.moe.gov.my

📆 TARIKH PERMOHONAN
a. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024
b. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2024 hingga 31 Mei 2024

✅ SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN
a. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
b. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon.

💡 PEMILIHAN SEKOLAH
Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu pilihan sekolah sahaja

Jemput datang beramai2 ke PKD ULU CHEKA, JERANTUT pada  KHAMIS DAN JUMAAT (  08 & 09hb Februari 2024 ) bagi urusan penda...
01/02/2024

Jemput datang beramai2 ke PKD ULU CHEKA, JERANTUT pada KHAMIS DAN JUMAAT ( 08 & 09hb Februari 2024 ) bagi urusan pendaftaran sistem PADU.

Nota : Ketua isi rumah perlu membawa kad pengenalan, telefon bimbit, maklumat akaun bank, maklumat isi rumah

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN NEGERI PAHANG (i-PUSH) FASA 3Tarikh permohonan akan dibuka dari 1 Januari 2...
21/12/2023

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN NEGERI PAHANG (i-PUSH) FASA 3

Tarikh permohonan akan dibuka dari 1 Januari 2024 hingga 31 Januari 2024.

Permohonan boleh dibuat di https://smu.pahang.gov.my


PROGRAM MyLESEN B2TAHUN 2024 📣Impak Program :• Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kel...
19/12/2023

PROGRAM MyLESEN B2
TAHUN 2024 📣

Impak Program :
• Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
• Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan
Lesen Memandu.
• Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
KUOTA 35,000 PESERTA !!!

SYARAT PESERTA :
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di alamat e-mel :
[email protected]

DAFTAR SEKARANG !!

Address

Kg. Ulu Cheka

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka, Jerantut, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Komuniti Desa Ulu Cheka, Jerantut, Pahang:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share