06/01/2026
I LOVE SCHOOL 2026 💜📸
Alhamdulillah, pada 6 Januari 2026, Nisa’ Jerantut telah melaksanakan Program I Love School bagi penerima yang memerlukan di sekitar Jerantut, khususnya di Kuala Tembeling.
Menerusi program ini, Nisa’ Jerantut berjaya menyalurkan sumbangan kepada 30 orang pelajar berupa beg sekolah serta wang tunai bernilai RM100 bagi pembelian keperluan sekolah untuk sesi persekolahan 2026.
Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban keluarga dan menyuntik semangat kepada para pelajar untuk melangkah ke sekolah dengan lebih yakin, ceria dan bersemangat.
Nisa’ Jerantut juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya yang memberi sumbangan ke dalam Tabung I Love School kali ini. Tanpa sokongan dan keprihatinan para dermawan, program ini mungkin tidak dapat dilaksanakan.