14/05/2023
MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI PENDUDUK TAMAN ZAMRUD, BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023.
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri ini adalah aktiviti gotong-royong yang telah menjadi acara tahunan bagi seluruh penduduk Taman Zamrud , Batu Kikir, Negeri Sembilan apabila menjelangnya bulan Syawal pada setiap tahun bertujuan memupuk kerjasama dan menanam semangat kesepakatan yang erat antara penduduk.
Aktiviti ini akan diadakan secara giliran oleh para penduduk yang menetap di Jalan Zamrud 09, Jalan Zamrud 10, Jalan Zamrud 11, Jalan Zamrud 12 dan Jalan Zamrud 13. Untuk giliran tahun ini, Jalan Zamrud 11 telah dilantik sebagai tuan rumah bagi menjadi pengelola majlis pada tahun ini.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para penduduk Jalan Zamrud 11 dan semua penduduk Taman Zamrud yang telah bersama-sama dalam menjayakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Penduduk Taman Zamrud Tahun 2023. Semoga aktiviti yang baik ini akan terus diadakan bagi menjalinkan talian persaudaraan yang lebih erat dikalangan penduduk Taman Zamrud di masa akan datang.
ACARA DIPERTANDINGKAN PADA TAHUN INI :
1. KELUARGA SEDONDON
2. PAKAIAN LELAKI TERCANTIK
3. PAKAIAN WANITA TERCANTIK
4. PAKAIAN PASANGAN SEDONDON TERCANTIK
5. KANAK-KANAK LELAKI TERCANTIK
6. PAKAIAN KANAK-KANAK PEREMPUAN TERCANTIK