NADI Felda Serting Hilir 1

NADI Felda Serting Hilir 1 ☞ Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
☞ Internet & Kelas IT
☞ Kelas Usahawan Digital
☞ Perkhidmatan Percetakan

29/05/2026

📢 Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! 📱✨

Anda hanya perlu:

✅ Download aplikasi NADI
✅ Daftar sebagai ahli NADI
✅ Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



29/05/2026
28/05/2026

MCMC Cawangan Kuching telah menganjurkan Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Kuching 2026 di Tropics City, Kuching yang telah disempurnakan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi.

Sebagai karnival komuniti pertama seumpamanya yang dianjurkan di Kuching, Sarawak, program ini berlangsung dengan jayanya dan berjaya menarik kehadiran lebih 800 pengunjung, sekali gus membuktikan komitmen masyarakat setempat dalam menyokong usaha memperkukuh kesedaran keselamatan dalam talian.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah diadakan sepanjang program berlangsung, termasuk sesi ceramah berkaitan keselamatan internet yang disampaikan oleh MCMC, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan TikTok Malaysia. Selain itu, pameran turut melibatkan Jabatan Penerangan Malaysia, Pos Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Kuching, NADI Kuching serta NADI on Wheels.

Kempen Internet Selamat merupakan inisiatif berterusan MCMC dalam memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran untuk melayari dunia digital secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.


📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI FELDA SERTING HILIR 1 📢Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa operas...
26/05/2026

📢 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI FELDA SERTING HILIR 1 📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Serting Hilir 1 akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 🕌✨

📅 NADI akan beroperasi semula pada: 28 Mei 2026 (Khamis)

Segala kesulitan amat dikesali dan kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh komuniti.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 Pengurus NADI – 011-21727102
📞 Pen. Pengurus NADI – 019-6821981
📞 NADI – 011-65608540

Program Cashless Society Train-the-Trainers (CS3T) 2026 telah berjaya membuka tirainya di NADI Kota Marudu, Sabah dan se...
26/05/2026

Program Cashless Society Train-the-Trainers (CS3T) 2026 telah berjaya membuka tirainya di NADI Kota Marudu, Sabah dan selesai dilaksanakan pada penghujung April 2026.

Program ini melibatkan empat Pusat NADI iaitu NADI Pekan Matunggong, NADI Kampung Tandek, NADI Kampung Tingkalanon dan NADI Simpang Tiga Langkon, dengan penyertaan seramai 58 peserta yang telah berjaya dilatih sebagai agen penggerak komuniti digital.

Melalui pendekatan berteraskan komuniti, CS3T memperkasa Pengurus NADI sebagai pemimpin setempat dalam membimbing masyarakat ke arah penggunaan platform digital dan transaksi tanpa tunai yang selamat, beretika serta bertanggungjawab. Inisiatif ini turut memperkukuh literasi digital dan kewangan komuniti, selaras dengan aspirasi ekonomi digital negara serta pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).

Terima kasih kepada semua Pengurus NADI dan peserta yang menjayakan program ini di Kota Marudu. Siri latihan CS3T kini sedang berlangsung di Melaka dan akan diteruskan ke Wilayah Persekutuan serta Johor sepanjang tahun ini.

24/05/2026
22/05/2026

Satu klik. Seribu kemungkinan.

Apa yang anak-anak lihat di media sosial hari ini boleh mempengaruhi cara mereka berfikir, berinteraksi dan membuat keputusan pada masa hadapan.

Daripada kandungan bermanfaat hinggalah kepada risiko seperti buli siber, maklumat palsu dan kandungan tidak sesuai, setiap pendedahan digital memberi kesan kepada perkembangan mereka.

Bimbing penggunaan Internet mengikut usia, pantau aktiviti dalam talian dan jadilah sebahagian daripada perjalanan digital mereka. Masa depan digital yang lebih selamat bermula dengan langkah kecil hari ini.


21/05/2026

Address

Bersebelahan Bangunan Tabika Felda Serting Hilir 1
Jempol
72120

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Serting Hilir 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Felda Serting Hilir 1:

Share