11/05/2025
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ،
Renungan Subuh Isnin 14 1446H / 12 May 2025M.
عن عبد الله رضي الله عنه قال : كأني أنظر إلى النبي صلى الله عليه وسلم ، يحكي نبيا من الأنبياء ، ضربه قومه فادموه ، وهو يمسح الدم عن وجهه ويقول : اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون .
رواه البخاري .
Saidina Abdullah RA berkata " Sekarang ini saya seolah-olah masih nampak Rasulullah SAW sdg menceritakan perihal seorang nabi yg telah dipukul begitu sekali oleh kaumnya sehingga dia berlumuran dgn darah dan nabi itu menyapu darah dari mukanya sambil berkata," Ya ALLAH, ampunilah kaumku krn sesungguhnya mereka tidak mengetahui." ( Peristiwa seumpama ini pernah berlaku kepada Baginda SAW sendiri semasa di medan Uhud).
Hadis riwayat Bukhari.