Perkim Negeri Melaka

Perkim Negeri Melaka HALAMAN RASMI PERKIM MELAKA (OFFICIAL PAGE) PERKIM Bahagian Negeri Melaka telah ditubuhkan dalam tahun 1970. Mohd Yunus Yatim bekas m***i negeri Melaka sekarang.

Antara individu yang menjadi perintis tertubuhnya PERKIM di negeri Melaka ialah Datuk Hj. Ahmad Manap yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka pada ketika itu dan Hj. Pendaftaran PERKIM Melaka telah didaftarkan di Jabatan Pertubuhan dan telah diluluskan pada 23 Disember 1972 dengan nombor pendaftaran PPP/Mel/1/61 C3. Pada mulanya PERKIM Bahagian Negeri Melaka beroperasi di Pejabat Majli

s Ugama Islam Melaka di Bangunan Merah Jalan Kota, Bandar Hilir Melaka kemudiannya telah berpindah beberapa kali dengan menyewa di bangunan MARA Jalan Hang Tuah, kemudian di Flat 9 Tingkat di Jalan Bendahara berkongsi dengan Klinik Majlis Perbandaran Melaka Tengah (MPMT) dan terkahir sekali menyewa di bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang terletak di Jalan Kee Ann sehinggalah mempunyai bangunan sendiri yang terletak lot 36 di Jalan Munshi Abdullah Melaka. Selari dengan tujuan PERKIM ditubuhkan yang bertujuan untuk menyalur dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan Saudara Muslim, maka PERKIM Bahagian Negeri telah menggunakan motto “Berkhidmat Kepada Masyarakat Menuju Keredhaan Allah S.W.T”.

Address

158/3 Kompleks Munshi Abdullah
Jalan Munshi Abdullah
75100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkim Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkim Negeri Melaka:

Share