Gemaputera Rasmi

Gemaputera Rasmi Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera & Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia

Kunjungan Hormat Exco Utama Gemaputera ke Perbadanan Melaka - MCORP dan UDA Holdings Berhad.
07/04/2025

Kunjungan Hormat Exco Utama Gemaputera ke Perbadanan Melaka - MCORP dan UDA Holdings Berhad.

25/02/2025
Perbadanan Melaka - MCORP, selaku Exco Biro Latihan GEMAPUTERA, telah menganjurkan Program "AI FUNDAMENTALS: APPLYING AR...
02/09/2024

Perbadanan Melaka - MCORP, selaku Exco Biro Latihan GEMAPUTERA, telah menganjurkan Program "AI FUNDAMENTALS: APPLYING ARTIFICIAL INTELLIGENCE IN YOUR PROFESSIONAL ENVIRONMENT" selama dua hari, bermula pada 20 hingga 21 Ogos 2024, bertempat di Hotel Copthorne Cameron Highlands.

Program ini dihadiri oleh 32 peserta yang terdiri daripada 7 wakil Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) serta UDA Holdings Berhad. Antara objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan teori serta aplikasi praktikal kepada peserta mengenai asas-asas AI, serta memperkenalkan aplikasi AI yang dapat digunakan untuk memudahkan tugasan dengan amalan terbaik dan beretika.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs Encik Zulkifli Bin Ismail, Setiausaha Kehormat GEMAPUTERA sesi 2023/2024. Program ini lebih bermakna dengan perkongsian pintar teknologi daripada wakil JCORP mengenai pengurusan "Big Data" melalui aplikasi AI. Disertakan bersama momen-momen sepanjang program berlangsung.

04/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selaras dengan Kejohanan Sukan GEMAPUTERA 2024 yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada Julai 2024, Penang Development Corporation (PDC) bakal melancarkan Logo GEMAPUTERA XVII PENANG 2024 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 5 Februari 2024
Hari : Isnin
Masa : 8.30 Pagi

Pelancaran ini akan diadakan secara langsung dan disertakan pautan untuk makluman semua pihak. https://www.facebook.com/SukanGemaputeraXVIIPulauPinang2024?mibextid=LQQJ4d

Oleh itu, tuan dan puan adalah dijemput hadir bagi menyaksikan pelancaran ini sebagai tanda sokongan terhadap pihak penganjur.

Sekian, terima kasih.

PDC Sports Club

Mesyuarat Agung Tahunan Gemaputera Kali Ke-29 telah diadakan pada 8 Disember 2023 di Hotel AnCasa Kuala Lumpur yang dipe...
13/12/2023

Mesyuarat Agung Tahunan Gemaputera Kali Ke-29 telah diadakan pada 8 Disember 2023 di Hotel AnCasa Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Aziz Bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif PDC Merangkap Yang Dipertua Gemaputera Bagi Sesi 2023-2024.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah wakil Timbalan Y.Dipertua dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), Setiausaha Kehormat dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Bendahari Kehormat dari Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) dan barisan EXCO iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Melaka Corporation (MCorp), UDA Holdings Bhd (UDA) serta wakil-wakil daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dari seluruh Malaysia iaitu Johor Corporation (JCORP), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

1) Pembentangan perkara-perkara berbangkit
2) Laporan Setiausaha, Jawatankuasa EXCO dan laporan kewangan serta pembentangan Laporan Kewangan Gemaputera untuk Tahun Berakhir 31 Disember 2022.
3) Usul pindaan perlembagaan Gemaputera dan pemerkasaan Gemaputera
4) Perbincangan isu-isu semasa berkaitan dengan Gemaputera.

Terima kasih diucapkan kepada semua wakil Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) yang hadir.

Dikongsikan bersama momen sepanjang mesyuarat berlangsung.

Melaka Corporation (MCORP), Exco Latihan GEMAPUTERA telah mengadakan Seminar "SUSTAINABLE DEVELOPMENT – ESG PRELIMINARY ...
20/10/2023

Melaka Corporation (MCORP), Exco Latihan GEMAPUTERA telah mengadakan Seminar "SUSTAINABLE DEVELOPMENT – ESG PRELIMINARY AND ADVOCACY" pada 19 Oktober 2023 bertempat di Hotel Shareton Imperial Kuala Lumpur. Seminar ini telah dihadiri seramai 21 orang wakil setiap Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Objektif seminar tersebut adalah untuk membantu peserta, organisasi, atau pihak berkepentingan tentang kepentingan faktor ESG dan bagaimana ia boleh dimasukkan ke dalam strategi perniagaan dan amalan untuk mempromosikan kelestarian dan tingkah laku korporat yang bertanggungjawab. Dikongsikan bersama momen-momen sepanjang seminar tersebut berlangsung.

Mesyuarat ke-2 bagi tahun 2023 telah diadakan di Pejabat Johor Corporation (JCORP) pada 9 Oktober 2023 yang dihadiri ole...
20/10/2023

Mesyuarat ke-2 bagi tahun 2023 telah diadakan di Pejabat Johor Corporation (JCORP) pada 9 Oktober 2023 yang dihadiri oleh semua wakil Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) masing-masing dengan matlamat untuk berbincang tentang rancangan program dan aktiviti GEMAPUTERA untuk tahun 2023. Untuk itu, dikongsikan momen-momen semasa mesyuarat tersebut berlangsung.

Seiring dengan perubahan Exco baharu yang dipimpin oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai Yang Dipertua ...
02/10/2023

Seiring dengan perubahan Exco baharu yang dipimpin oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai Yang Dipertua GEMAPUTERA bagi tempoh 2022 hingga 2024, Mesyuarat pertama untuk tahun 2023 telah berlangsung di Pejabat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada 23 Mei 2023 dengan tujuan membincangkan pelan program dan aktiviti GEMAPUTERA untuk tahun 2023. Kami ingin berkongsi beberapa momen semasa mesyuarat tersebut.

Ayuh kita saksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Badminton Amatur Selangor 2023
08/09/2023

Ayuh kita saksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Badminton Amatur Selangor 2023

Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Badminton Amatur Selangor...

Assalamualaikum WBT & Salam SejahteraJom ikuti Siaran LangsungMINI GEMAPUTERA BADMINTON AMATUR SELANGOR 2023Perbadanan K...
07/09/2023

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jom ikuti Siaran Langsung

MINI GEMAPUTERA BADMINTON AMATUR SELANGOR 2023
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Badminton Amatur Selangor 2023 yang akan diadakan pada 06 – 08 September 2023 (Rabu-Jumaat) bertempat di Dewan Seri Delima, Kompleks Sukan PKNS SS7 Kelana Jaya.

SENARAI PASUKAN BERTANDING:
1. PMINT
2. SEDC
3. MCORP
4. JCORP
5. PKNS
6. PDC

Sila Klik Pautan Di Bawah Untuk Menonton :
https://youtube.com/live/vmQ998vRaag?feature=share

Siaran Langsung Ini Dibawakan Khas Kepada Anda Oleh :
Bahagian Transformasi Digital PKNS

Jangan Lupa Subscribe, Like & Share Channel BTM PKNS
Channel BTM, Informasi Untuk Anda Semua

Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjadi tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan Mini Gemaputera Badminton Amatur Selangor...

Address

TOWER BLOCK PERTAMA COMPLEX
Jalan Munshi Abdullah
50100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60183511534

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gemaputera Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gemaputera Rasmi:

Share