02/05/2024
Teega mempunyai keluasan hampir 10 ekar dengan pelbagai tanaman pokok landskap. Rutin harian pihak penyelenggara tanaman landskap yang dilantik akan membuat kutipan daun kering bagi menjaga kebersihan kawasan sekitar dan mampu mengumpul sebanyak:-
a. Ranting kering - 4kg sehari
b. Daun kering - 5kg sehari
c. Rumput kering - 1kg sehari
Semua hasil kutipan bahan kering ini dikumpulkan dan setiap minggu pihak penyelenggara tanaman landskap akan menempah lori muatan 3 tan untuk dibuang ke tapak pelupusan sampah. Pihak kami bercadang untuk mengurangkan kos penempahan lori dan kos bayaran bagi buangan di tapak pelupusan. Cadangan untuk membeli mesin kisar bahan tanaman kering bagi proses menjadikan kepada baja kompos serta menerapkan program kesedaran alam sekitar, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk pemprosesan sisa daun kering. Komuniti dalam kawasan Teega juga menghadapi masalah menangani pengurusan sisa daun kering. Diharap projek ini akan menghasilkan pengurangan yang ketara dalam pengumpulan sisa daun kering dan dapat diolah semula kepada bentuk atau medium yang bermanfaat, serta menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan dalam komuniti.