BAIDURI_Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak

BAIDURI_Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak BAIDURI adalah singkatan bagi Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak. BERJASA
BERBUDI
BERBAKTI

Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 13 Disember 1983 hasil usaha YM Raja Puan Sri Dato’ Noora Ashikin bt Raja Abdullah yang seterusnya menjadi Yang DiPertua (YDP) BAIDURI pertama, YDP BAIDURI ke-2 adalah YBhg Puan Sri Datin Seri DiRaja Dato’ Kamariah bt Mokri, YDP BAIDURI ke-3 adalah YBhg Datin Seri DiRaja Saripah bt Zulkifli & YDP BAIDURI ke-4 adalah YBhg Datin Seri Aezer bt Zubin sehingga kini



Tujuan :

1) Menjalankan kerja amal dan kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan dari kump**an sasar.
2) Menjalankan program-program bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
3) Mengeratkan ukhwah bersama masyarakat.

MUTIARA JUMAAT
12/06/2026

MUTIARA JUMAAT

SEMINAR WANITA DAN KENEGARAAN 2026  12 Mei 2026  Laman Seri Ridzuan, Ipoh  Seminar Wanita dan Kenegaraan 2026 bertemakan...
19/05/2026

SEMINAR WANITA DAN KENEGARAAN 2026
12 Mei 2026
Laman Seri Ridzuan, Ipoh

Seminar Wanita dan Kenegaraan 2026 bertemakan “Menyemarakkan Cinta Kepada Negara” telah dianjurkan oleh BAIDURI dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia bagi menyampaikan ilmu kenegaraan serta menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta.

Program ini telah dimulakan dengan sesi interaktif kenegaraan serta forum bertajuk “Peranan Wanita Dalam Membangunkan Malaysia Madani”. Forum tersebut menampilkan panel-panel iaitu Prof. Madya Datuk Dr. Zulkarnain bin Abdul Rahman dan Muhammad Haziq Naim bin Abdul Wahed.

Majlis penutupan p**a telah disempurnakan oleh Pn. Jamilah binti Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita & Masyarakat Negeri Perak.

KELAS PENGAJIAN AGAMA BAIDURI5 MEI 2026LAMAN SERI RIDZUANDISAMPAIKAN OLEH USTAZ MUHAMMAD ARIFF BIN ABDUL AZIZ
19/05/2026

KELAS PENGAJIAN AGAMA BAIDURI
5 MEI 2026
LAMAN SERI RIDZUAN
DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MUHAMMAD ARIFF BIN ABDUL AZIZ

PROGRAM ZIARAH KASIH BAIDURIProgram Ziarah Kasih BAIDURI telah diadakan sempena Turun Padang YAB Menteri Besar Perak  Da...
05/05/2026

PROGRAM ZIARAH KASIH BAIDURI

Program Ziarah Kasih BAIDURI telah diadakan sempena Turun Padang YAB Menteri Besar Perak Daerah Kerian pada 3 dan 4 Mei 2026.

Program ini bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat di samping menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Program ini juga merupakan satu inisiatif dalam memperkukuh hubungan antara BAIDURI dan komuniti setempat serta memupuk semangat keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.

Address

Ipoh

Telephone

+6052410378

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAIDURI_Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BAIDURI_Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak:

Share