Women-UC

Women-UC Pertubuhan Perpaduan Budaya Wanita Kinta, Perak telah ditubuhkan pada 6 Mei 2019. Follow Telegram Channel : https://t.me/boost/infowomenuc

Pertubuhan ini lebih dikenali dengan nama Women UC

https://sites.google.com/view/woman-uc-leaningintogether/home

TEMU RAKYAT : PARLIMEN GOPENG 2.0Orang ramai dijemput hadir ke Program Temu Rakyat: Parlimen Gopeng 2.0, sebuah platform...
06/05/2026

TEMU RAKYAT : PARLIMEN GOPENG 2.0

Orang ramai dijemput hadir ke Program Temu Rakyat: Parlimen Gopeng 2.0, sebuah platform mendekati rakyat bagi mendengar aduan, menyampaikan perkhidmatan serta memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat.

Anjuran: Pusat Khidmat Parlimen & DUN Kawasan Gopeng.

📅 Tarikh: 10 Mei 2026 (Ahad)
⏰ Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍Tempat: Taman Reaksi Taman Kinta, Gopeng
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/UCVezriCU8DWzyd59

Antara pengisian menarik:
▪️ Kaunter Aduan Rakyat
▪️ Booth Agensi Kerajaan
▪️ Aktiviti Belia & Wanita
▪️ Kenduri Rakyat

Jemputan terbuka kepada seluruh warga DUN TEJA & Parlimen Gopeng.
Mari hadir beramai-ramai memeriahkan TEMU RAKYAT : PARLIMEN GOPENG 2.0

【Program Hari Saringan dan Kesedaran Kesihatan Parlimen Gopeng】Program pemeriksaan kesihatan anjuran Pusat Khidmat Ahli ...
05/05/2026

【Program Hari Saringan dan Kesedaran Kesihatan Parlimen Gopeng】

Program pemeriksaan kesihatan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen & ADUN Kawasan Gopeng bakal berlangsung! Kali ini, program akan diadakan di Desa Pakatan. Butiran adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: Pasar Pengkalan Desa Pakatan

Berikut adalah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan👇

✨【Ujian Saringan Kesihatan】
✔️ Pemeriksaan kesihatan asas (PERCUMA)
✔️ Suntikan vaksin influenza
🔘Warga emas berumur 60 tahun ke atas (PERCUMA)
🔘Individu berumur 50-59 tahun (PERCUMA)
✔️ Pemeriksaan pergigian (PERCUMA)

👩‍⚕️【Saringan Kesihatan Wanita】
✔️ Mamogram (PERCUMA)
✔️ Ujian HPV DNA (PERCUMA)
✔️ Pemeriksaan klinikal payudara (PERCUMA 60 orang terawal)
✔️ Ujian Pap smear (PERCUMA 50 orang terawal)

🏢【Kaunter Bergerak Agensi Kerajaan】
Majlis Bandaraya Ipoh / PERKESO / Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pejabat Kesihatan Daerah Kinta/ Jabatan Penjara Malaysia

🎉 Turut diadakan: Jualan Rahmah MADANI
Pengunjung boleh membeli barangan keperluan harian pada harga 10%–30% lebih murah daripada harga pasaran 👍

🎁 Aktiviti Istimewa : STICK & WIN!
(Terhad 100 penyertaan terawal sahaja!)
Kumpul sticker di setiap kaunter agensi yang terlibat dan tebus cenderahati di kaunter urusetia. Siapa cepat, dia dapat!

📲 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Shida: 👉 https://wa.me/60142437346

Program Ceria Syawal Women-UC bersama warga emas di Ikhtiar Selesa Villa, Kg Rapat Jaya telah berlangsung dengan penuh k...
11/04/2026

Program Ceria Syawal Women-UC bersama warga emas di Ikhtiar Selesa Villa, Kg Rapat Jaya telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan suasana yang menyentuh hati pada hari ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan pusat jagaan atas kerjasama yang baik. Sekalung penghargaan juga kepada Ahli Parlimen Gopeng, YB Tan Kar Hing serta ADUN Simpang Pulai, YB Wong Chai Yi yang turut hadir memeriahkan program ini. Penghargaan juga kepada semua ahli Women-UC yang hadir dan bersama-sama menjayakan majlis ini.

Melalui aktiviti yang dijalankan, termasuk penyampaian duit raya dan cenderahati serta interaksi mesra bersama warga emas, program ini berjaya menyemai semangat kasih sayang, keprihatinan dan kegembiraan sempena Syawal.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi makna yang besar kepada para warga Ikhtiar Selesa Villa serta mengeratkan lagi nilai kemanusiaan dalam kalangan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨

Majlis Berbuka Puasa Bersama anjuran Women UC yang berlangsung pada 13 Mac 2026 di Gazebo Abg Nash telah berjalan dengan...
14/03/2026

Majlis Berbuka Puasa Bersama anjuran Women UC yang berlangsung pada 13 Mac 2026 di Gazebo Abg Nash telah berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan.

Majlis ini bukan sekadar pertemuan untuk berbuka puasa, tetapi juga menjadi ruang yang bermakna untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyemai semangat kebersamaan, serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Women UC.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, termasuk ADUN Simpang Pulai, YB Wong Chai Yi ; ahli majlis MBI zon Simpang Pulai, Puan Zuraidah Zakaria serta pengerusi women UC, Puan Julie Adam yang turut sama memeriahkan majlis ini dengan semangat serta tema merah yang menyerlahkan keceriaan dan kebersamaan.

Semoga momen indah ini terus menjadi kenangan manis dan menguatkan lagi hubungan kita pada masa akan datang. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mekar, bukan sahaja di bulan Ramadan, tetapi sepanjang masa.

✨🕌 Ramadan Kareem! 🕌✨Semoga setiap detik di bulan mulia ini dipenuhi dengan rahmat-Nya dan doa-doa kita dimakbulkan. 🤲🏻S...
19/02/2026

✨🕌 Ramadan Kareem! 🕌✨

Semoga setiap detik di bulan mulia ini dipenuhi dengan rahmat-Nya dan doa-doa kita dimakbulkan. 🤲🏻

Selamat berpuasa!

ikhlas daripada,
PERTUBUHAN PERPADUAN BUDAYA WANITA KINTA, PERAK
(WOMEN UC)

Happy Chinese New Year!Happiness, health, and harmony—may these blessings be with you all year long! 🌸✨warm wishes,PERTU...
19/02/2026

Happy Chinese New Year!

Happiness, health, and harmony—may these blessings be with you all year long! 🌸✨

warm wishes,
PERTUBUHAN PERPADUAN BUDAYA WANITA KINTA, PERAK
(WOMEN UC)

Address

Ipoh
31350

Opening Hours

10:00 - 04:00

Telephone

+60195100434

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Women-UC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Women-UC:

Shortcuts

Share