10/05/2025
Hari ini pada 10 Mei 1974, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pendidikan, Tun Abdul Razak telah merasmikan Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak.
Politeknik Ungku Omar (PUO) merupakan institusi pendidikan teknikal dan vokasional pertama di Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pembangunannya dibiayai oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dengan peruntukan sebanyak RM24.5 juta, satu jumlah yang besar pada era itu meliputi kawasan seluas 22.6 hektar. Nama institusi ini p**a diabadikan sempena Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad, tokoh perintis penyelidikan perubatan tempatan yang jasanya dalam bidang sains kekal dikenang hingga hari ini.
Jom baca dengan lebih lanjut berkenaan sejarah Politeknik Ungku Omar ini pada artikel di ruangan komen di bawah