Seruan Hikmah

Seruan Hikmah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Seruan Hikmah, Non-Governmental Organization (NGO), Pusat Kegiatan Dakwah, Ipoh.

1- Menyampaikan keindahan dan kebaikan Islam yang sebenar kepada masyarakat belum Islam.
2- Menyantuni dan membimbing saudara-saudara Islam yang tersalah langkah dalam kehidupan.
3- Membantu golongan yang memerlukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

06/04/2026
06/04/2026
Kami Guru Agama Dakwah Negeri Perak mengucapkan _*Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin*_Semoga setiap amalan kita diter...
20/03/2026

Kami Guru Agama Dakwah Negeri Perak mengucapkan _*Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin*_

Semoga setiap amalan kita diterima dan semoga berjumpa lagi bulan Ramadan yang akan datang.

21/02/2026

đź’˘ : : ORANG RAMAI DIINGAT SUPAYA MENGHORMATI BULAN RAMADAN : : đź’˘

IPOH, 19 Feb 2026 – Anggota penguat kuasa agama daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini telah menjalankan operasi pemantauan serta memberi nasihat dan amaran kepada premis makanan berkaitan penjualan makanan kepada masyarakat Islam pada waktu siang sepanjang bulan Ramadan.

Operasi yang dijalankan di sekitar bandar Ipoh ini bertujuan memberi peringatan kepada peniaga agar mematuhi peraturan sedia ada serta mengamalkan nilai dan etika untuk menghormati dan memuliakan bulan Ramadan serta tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Menurut pihak JAIPk, pendekatan yang diambil adalah berbentuk pencegahan dan pendidikan, dengan menekankan kepentingan memahami kewajipan berpuasa serta menghormati kemuliaan bulan Ramadan. Tindakan ini juga dilihat sebagai usaha membendung perbuatan yang boleh mencemarkan kesucian bulan tersebut.

Orang ramai khususnya peniaga makanan diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa agama demi menjaga keharmonian serta sensitiviti umat Islam sepanjang Ramadan.

08/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:

Yang Berbahagia Sahibus Samahah
Dato’ Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh
M***i Kerajaan Negeri Perak

atas segala bakti, jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Ikhlas daripada:

Pengarah &
Warga Kerja Jabatan Agama Islam Perak.

08/01/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Haji Saiful Azizi Bin Abdul Manap atas penempatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

03/12/2025

Jom sertai kami sempena tahun baru ini!

30/11/2025
Jom sama2 jaga aurat...
26/11/2025

Jom sama2 jaga aurat...

26 Nov. 2025 | Alhamdulillah, Guru Agama Dakwah Daerah Ipoh melaksanakan program “Bimbingan Rohani dan Bimbingan Ibadah ...
26/11/2025

26 Nov. 2025 | Alhamdulillah, Guru Agama Dakwah Daerah Ipoh melaksanakan program “Bimbingan Rohani dan Bimbingan Ibadah Mesra Pesakit” di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.

GAD Ipoh menyantuni pesakit-pesakit di Wad Perubatan (Medical) 7A & 7B dengan memberi bimbingan spiritual supaya dapat meringankan sedikit ujian yand sedang dihadapi oleh pesakit serta penjaga pesakit.

Selain itu, GAD Ipoh juga memberi bimbingan cara melakukan ibadah ketika dalam keadaan sakit seperti mengambil wuduk dan solat.

Semoga semua pesakit, penjaga dan petugas-petugas kesihatan diberikan kesihatan yang baik, kekuatan dalam menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan. Aamiin…

https://vt.tiktok.com/ZSf5tbvKB/

* *

Address

Pusat Kegiatan Dakwah
Ipoh
30000

Telephone

+6052084800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seruan Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Seruan Hikmah:

Share