22/05/2026
Rakan Kebajikan.
Ahli Qariah atau waris yang memerlukan bantuan Katil dan wheelchair, boleh hubungi GTO (Pak Abu Kassim +60 18-955 9476)
GTO PERAK
DAERAH KINTA
Tujuan GTO adalah mewujudkan persaudaraan. Tolong mereka yang memerlukan hanyalah laluan aktiviti untuk capai maksud tersebut.
Fokus kita adalah bina persaudraaan. Natijahnya banyak kebajikan dalam kita terbitkan. Semua ini semata-mata kurniaan Allah.
Semoga Allah SWT menerima amal kebajikan yang dilaksanakan atas dasar Iman dan Persaudaraan.
Semoga Allah merahmati semua yang terlibat dan mencurahkan keampunanNya. Semua adalah kurniaan Allah semata-mata. Dia berikan kepada siapa yang Dia kehendaki.
Semoga lebih banyak keberkatan dan kebajikan dapat dilaksanakan pada masa akan datang dengan Keimanan dan Persaudaraan. Semua dengan tawfiq dan hidayah Allah swt semata-mata.
Jom sertai bersama kongsikan kesenangan kita dengan mereka yang memerlukan.
Sertai kami untuk memulakan kebajikan di sekitar anda di seluruh Malaysia.
Klik request masuk dan tunggu...
Admin akan bertanya NAMA dan LOKASI anda.
https://chat.whatsapp.com/FC6v3SxvySv8jR1O4XZeaQ
_________________________________
Terima kasih!
GTO adalah trademark kerja kebajikan di bawah naungan
Pertubuhan Persaudaraan Ummah Darussalam Malaysia
(SAUDARA)
(PPM-008-08-06082019)
SOKONG KAMI MENGURUSKAN PERTUBUHAN
Pertubuhan Persaudaraan Ummah Darussalam Malaysia
(SAUDARA)
558284 321547
MAYBANK
Sumbangan Online ke Pertubuhan:
https://toyyibpay.com/GTOKINTA1
TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera
TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera
TOLONG SHARE!!! Urgent Perlukan Katil Segera
Mohon sesiapa warga Ipoh khasnya dan seluruh warga Malaysia sesiapa yang ada menyimpan katil pesakit yang telah digunakan setelah kini kembali sihat atau katil yang digunakan oleh ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Katil yang anda simpan itu boleh anda jadikan sedekah jariyyah atau anda boleh menjualnya dengan harga yang berpatutan. Ramai mereka yang memerlukan katil ini sekarang.
Sesiapa yang mahu menyumbangkan wang ringgit untuk membeli katil atau mahu menyumbangkan katil milik sendiri atau keluarga yang dalam simpanan atau mahu menjual katil mohon segera hubungi saya.
Mohon sahabat-sahabat sharekan post ini sebanyak mungkin. Ada banyak kes sedang beratur perlukan sokongan kita. Boleh juga tuan puan sertai group GTO. Wasap segera.
Janji Allah yang disabdakan oleh Rasulullah selawat dan salam atasnya, dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat.
Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan, maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat.
Muslim
Hubungi
Ustaz Rais GTO
011-5551 5421