23/07/2026
22 Julai 2026: Perjumpaan kali kedua penggal baharu 2026-2027 dijalankan mengikut aturcara yang disusun awal.
Walaupun kehadiran kurang menggalakan di atas sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis in tetap meriah, bermakna dan berkesan.
Tema, "Suara membawa perubahan" menarik kerana kuasa kata-kata dapat masyarakat. Sebagai Toastmasters kami harus bijak bertutur, berkomunikasi secara berkesan dan bermatlamat bagi mewujudkan suasana positif, berinspirasi yang memanafaatkan diri sendiri, keluarga, dan komuniti.
Perkataan hari ini, ' wibawa' atau 'kewibawaan: dipilih. Seorang pemimpin yang berwibawa akan dihormati dan dipercayai.
Semoga kelab in dapat menarik orang ramai untuk hadir dalam perjumpaan di masa akan datang.
Tahniah kepada Toastmaster Hjh Kamariah yang berjaya ucapan projek beliau dari Laluan Penguasaan Penyampaian , Aras 1, projek kedua, " Menulis ucapan dengan matlamat". Tajuknya, 'harmoni'.
Terima kasih kepada penilai ucapan Nithianandan DTM yang juga berperanan sebagai penilai perdana dan penilai bahasa..
Kepada tetamu kami Puan Doris yang kurang fasih bercakap dalam Bahasa Melayu , inilah peluang untuk berlatih memperbaiki diri sendiri.
Bagi semua yang di Taiping , kami jemput untuk hadir bersama di perjumpaan atau aktiviti akan datang.
Hubungi Presiden Kelab Toastmasters Bahass Melayu Perak , Aileen Oon Lay Wah, DTM.
HP: 019 5962347.