Papisma Cawangan Perak

Papisma Cawangan Perak NGO kesihatan & kebajikan

17/06/2026
Korban: Antara Simbolik dan Substantif===============================Saban tahun, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil A...
28/05/2026

Korban: Antara Simbolik dan Substantif
===============================

Saban tahun, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha di mana binatang ternakan dikorban demi sebuah keimanan.
Simboliknya, binatang korban adalah peliharaan yang disayangi - dibela, diberi makan, dijaga dari kecil hingga besar, gemuk, produktif.
Binatang korban boleh menghasilkan susu, beranak pinak untuk menambahkan lagi harta pemiliknya.
Namun, atas dasar iman, umat Islam mengorbankan haiwan ternakan ini bagi memberi makan kepada fakir miskin.
Simbolik - sesuatu yang dijaga, dibaja, diberi kasih sayang, dikorbankan untuk diberi secara percuma kepada fakir.
Substantif - memberikan sesuatu yang kita usaha, jaga, pelihara kepada orang lain tanpa mengharapkan apa² pembalasan kecuali dari Yang Maha Kaya.
Selamat hari raya aidil adha.

Get To Zero========Kembali ke fitrah.Alhamdulillah, Program Training of Trainers (TOT) GTZ Modul Pencegahan telah berjay...
13/05/2026

Get To Zero
========
Kembali ke fitrah.
Alhamdulillah, Program Training of Trainers (TOT) GTZ Modul Pencegahan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar semalam secara online dengan penglibatan para peserta daripada pelbagai latar belakang kesihatan dan komuniti.
Selari dengan usaha amar makruf nahi mungkar, program ini diharap dapat menjadi medium pendidikan, kesedaran dan pencegahan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera, berilmu dan berakhlak.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah, urus setia dan peserta yang telah menjayakan program ini.
Semoga program TOT ini dapat melahirkan lebih ramai pendidik, fasilitator dan penggerak masyarakat yang berilmu, berkemahiran serta berdaya saing dalam menangani isu sosial, seksualiti berisiko, ketagihan dan cabaran semasa secara berhikmah dan profesional.
Semoga segala ilmu dan input yang diperoleh dapat dimanfaatkan.
Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua pihak.




Selamat Hari Ibu==========Tiada kata yang lebih bermakna dari hadis berikut bagi menggambarkan betapa tinggikan keduduka...
11/05/2026

Selamat Hari Ibu
==========

Tiada kata yang lebih bermakna dari hadis berikut bagi menggambarkan betapa tinggikan kedudukan seorang ibu dalam Islam.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW sambil bertanya; "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku berbuat baik kepadanya?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "kemudian siapa lagi?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" dia menjawab: "Kemudian ayahmu." (HR Bukhari No: 5514) Status Hadis Sahih
Kepada semua ibu dia sana.
Selamat hari ibu

Usrah Pasca Syawal================Syawal merupakan bulan di mana hadirnya Aidil Fitri.Aidil Fitri merupakan hari di mana...
20/04/2026

Usrah Pasca Syawal
================

Syawal merupakan bulan di mana hadirnya Aidil Fitri.
Aidil Fitri merupakan hari di mana umat Islam bergembira setelah sebulan berpuasa menahan bukan sahaja lapar dan dahaga, tetapi belajar menakluki nafsu serta amarah.
Alhamdulilah dalam kesibukan urusan jihad masing², Allah hadirkan kesempatan untuk kita bersama berkumpul.
Berkumpul demi mengeratkan ukhuwah, mencari kembali tali pegangan yang kadang longgar akibat ditolak, ditarik, dihentak, dihenyak tipu daya dunia.
Berkumpul untuk mendengar butir-butir nasihat berkaitan akidah, berkaitan penyaksian kita semua di alam roh yang pada asalnya semua menjawab "Ya" ketika ditanya "Apakah aku Tuhan kamu?" Oleh Allah Jalla Jalaluh.
Semoga usrah kali ini menyuburkan jiwa, menyemai bakti serta membaja amal.

PAPISMA PERAK

[Usrah PAPISMA Perak]Alhamdulillah, PAPISMA Cawangan Perak telah mengadakan program Usrah Bulanan PAPISMA pada 7 Mac 202...
08/03/2026

[Usrah PAPISMA Perak]

Alhamdulillah, PAPISMA Cawangan Perak telah mengadakan program Usrah Bulanan PAPISMA pada 7 Mac 2026 (Sabtu) bertempat di Teratak Dr Hanif Ahmad Mazian, Sitiawan, Perak.

Pengisian disampaikan oleh Naqib jemputan Ustaz Syakirin Husin berkaitan "Madrasah Ramadan Mendidik Jiwa".

Majlis di akhiri dengan solat maghrib berjemaah dan juadah berbuka puasa yang disediakan oleh tuan rumah.

Semoga program ini dapat menambahkan tsaqafah ahli PAPISMA Perak disamping mengeratkan tautan ukhuwah.

PAPISMA Perak x JAIP untuk Komuniti Hijrah: Ramadan Untuk Semua===============================Alhamdulillah, pada 28 Feb...
01/03/2026

PAPISMA Perak x JAIP untuk Komuniti Hijrah: Ramadan Untuk Semua
===============================

Alhamdulillah, pada 28 Februari 2026 (Sabtu) telah berlangsung Program Ihya’ Ramadhan Komuniti Hijrah Negeri Perak bermula jam 2.30 petang sehingga 8.00 malam anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
Program ini menghimpunkan seramai 25 orang peserta dari komuniti hijrah dalam suasana harmoni dan penuh penghayatan sempena bulan Ramadhan. Dr. Nasibah Binti Abu Bakar, mewakili PAPISMA Cawangan Perak telah menyampaikan ceramah bertajuk “Kesihatan Mental dan Solusinya” yang menekankan kepentingan kesedaran kendiri, pengurusan emosi, sokongan sosial serta pendekatan biopsikososial dan spiritual dalam menangani cabaran kehidupan.
Sesi diteruskan dengan ceramah dan soal jawab agama oleh Ustaz Fadhil Bin Marhaban, diikuti bacaan tahlil dan doa selamat. Majlis diakhiri dengan iftar, solat Maghrib berjemaah serta penyampaian kit sumbangan kepada para peserta.
Semoga program ini memberi manfaat dan menjadi platform sokongan berterusan dalam memperkukuhkan kesejahteraan mental serta penghayatan Ramadhan dalam kalangan komuniti hijrah.
Terima kasih kepada Bahagian Dakwah JAIPk kerana sudi menjemput wakil PAPISMA serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Cucuk Insulin Merosakkan Buah Pinggang?============================Rata-rata orang awam takut untuk mulakan insulin seba...
27/02/2026

Cucuk Insulin Merosakkan Buah Pinggang?
============================
Rata-rata orang awam takut untuk mulakan insulin sebab takut insulin merosakkan buah pinggang.
Adakah ini fakta atau auta?
Insulin secara amnya dimulakan untuk pesakit kencing manis yang mana tahap gula dah tak terbendung menggunakan ubat makan.
Sbb apa gula tak terkawal?
Selalunya sbb pesakit gagal kawal pemakanan dengan baik atau penyakit kencing manis itu sendiri dah teruk atau pun kedua² faktor ni.
Kadang² lepas dah mula insulin, nampak bacaan buah pinggang tak elok. Adakah insulin puncanya?
Sebenarnya, dalam majoriti pesakit, kerosakan buah pinggang dah bermula sebelum insulin diambil.
Tahap gula yang tinggi dalam badan dah sikit² merosakkan buah pinggang - macam api dalam sekam.
Jadi, bagi yang sihat, mula saring kesihatan sekiranya umur 40 ke atas!
Bagi yang dah diuji dengan kencing manis - dengar nasihat perawat kesihatan anda!
Kawal makan - suku suku separuh
Kekal aktif - 150 minit seminggu
Minum air masak - tolak air manis

Dr Afiq Rohimi
Pakar Perubatan Dalaman Am
PAPISMA Perak

Menyantuni Manusia, Menjiwai Puasa==============================Alhamdulillah, pada 20 Februari 2026 bersamaan 2 Ramadan...
22/02/2026

Menyantuni Manusia, Menjiwai Puasa
==============================

Alhamdulillah, pada 20 Februari 2026 bersamaan 2 Ramadan, PAPISMA telah menyertai program dakwah anjuran Guru Agama Dakwah (GAD) Ipoh bersama golongan gelandangan.

PAPISMA Perak hadir sebagai pasukan perubatan bagi memberikan pemeriksaan dan rawatan asas serta membekalkan ubat-ubatan mengikut keperluan mereka. Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ramai tampil mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan kesihatan.

Program diteruskan dengan sesi berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama para gelandangan.

Semoga usaha ini menjadi sebahagian daripada manifestasi dakwah bil hal dan memperlihatkan Islam sebagai agama yang penuh rahmah, prihatin dan menyantuni semua lapisan masyarakat.

Semoga lebih banyak inisiatif kebajikan dan dakwah seumpamanya dapat dilaksanakan pada masa akan datang.


[Salam Ramadan 1447H]یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَ...
20/02/2026

[Salam Ramadan 1447H]

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

[Surah Al-Baqarah: 183]

Salam Ramadan diucapkan daripada kami PAPISMA Cawangan Perak.

Semoga Ramadan kali ini, membawa seribu satu rahmat serta keampunan buat kita semua. Sama2 kita berdoa agar segala amalan soleh diterima dan Ramadan kali ini menjadi ruang memperbaiki diri.


Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Papisma Cawangan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share