Pertubuhan Seni Silat Lincah Negeri Pulau Pinang

Pertubuhan Seni Silat Lincah Negeri Pulau Pinang Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA.

Sesuai sebagai pertubuhan silat yang bukan sahaja mengutamakan gerak langkah dan semangat tempur ‘Hang Jebat’, Pada tahun 1972 Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia telah berjaya mengembangkan sayap dengan membuka gelanggang-gelangang di dalam negeri Pulau Pinang. Jurulatih yang telah diberikan amanah untuk membuka gelangang di dalam negeri Pulau Pinang pada ketika itu ialah Cikgu Zainal Abidin at

au pun lebih di kenali dengan panggilan Cikgu Ujang oleh ahli-ahli dan jurulatih Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

Selamat Hari Pekerja 2026“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026
“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”

🔥 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN PSSLMPP DI KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN PIALA SRIWANGSA 2026 🔥Pada 9 hingga 12 April 2026, berte...
12/04/2026

🔥 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN PSSLMPP DI KEJUARAAN SILAT KEBANGSAAN PIALA SRIWANGSA 2026 🔥

Pada 9 hingga 12 April 2026, bertempat di Kompleks Cmart, Changlun, Kedah Darul Aman, telah berlangsungnya Kejuaraan Silat Kebangsaan Piala Sriwangsa 2026 yang menghimpunkan pesilat-pesilat terbaik dari seluruh negara.

PSSLMPP tampil dengan kekuatan seramai 32 orang pesilat, membawa semangat juang tinggi dan komitmen yang luar biasa.

✨ Keputusan yang membanggakan:
🥇 8 Pingat Emas
🥈 8 Pingat Perak
🥉 6 Pingat Gangsa

Lebih manis, seorang pesilat wanita kategori Dini telah berjaya dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik Kejohanan — satu pencapaian yang cukup membanggakan!

Kejayaan ini adalah hasil daripada latihan berterusan, disiplin tinggi dan semangat juang tanpa henti daripada para pesilat serta bimbingan padu barisan jurulatih.

💪 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pesilat dan jurulatih PSSLMPP atas pencapaian yang cemerlang ini!

🙏 Tidak dilupakan, ribuan terima kasih kepada para waris yang setia hadir dan memberi sokongan sepanjang 4 hari kejohanan. Sokongan anda adalah sumber kekuatan buat para pesilat.

PSSLMPP terus melangkah maju, mengorak langkah ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir BatinIkhlas dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang
22/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Ikhlas dari Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia Negeri Pulau Pinang

Pada 21 Februari 2026 bersamaan 3 Ramadan, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena sambu...
23/02/2026

Pada 21 Februari 2026 bersamaan 3 Ramadan, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin dan Tahlil sempena sambutan Ramadan serta memperingati kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tan Sri Hj Omardin Mauju, Mahaguru dan Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).

Majlis tahunan ini dianjurkan oleh Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin bersama keluarga sebagai tanda penghormatan dan mengenang jasa Allahyarham, di samping memperingati ahli keluarga, guru-guru PSSLM serta seluruh muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah.

Selain mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penganjuran majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan ahli serta memperkukuh semangat persaudaraan.

PSSLM Negeri Pulau Pinang juga telah hadir bagi memeriahkan dan bersama-sama menyantuni majlis penuh bermakna ini.

Semoga segala amalan dan doa yang dipanjatkan diterima Allah SWT serta roh-roh yang dirahmati ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

17/02/2026
TAHNIAH PSSLM NEGERI PULAU PINANGKejohanan Warisan Dato’ Maharajalela UTP 2026 yang berlangsung pada 11–15 Februari 2026...
15/02/2026

TAHNIAH PSSLM NEGERI PULAU PINANG

Kejohanan Warisan Dato’ Maharajalela UTP 2026 yang berlangsung pada 11–15 Februari 2026 di Universiti Teknologi PETRONAS, Seri Iskandar, Perak menyaksikan penyertaan 24 orang pesilat PSSLM Negeri Pulau Pinang dalam kategori Tanding Terbuka, IPT, Remaja, Pra Remaja dan Dini.

Alhamdulillah, PSSLM Negeri Pulau Pinang berjaya meraih 3 Pingat Emas & 3 Pingat Gangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Pengerusi atas sokongan padu, barisan jurulatih dan pengurus pasukan atas komitmen berterusan, serta ibu bapa dan waris atas sokongan sepanjang kejohanan berlangsung.

Tahniah dan syabas kepada semua pesilat!

Selamat Menyambut tahun baru 2026
31/12/2025

Selamat Menyambut tahun baru 2026

Pada 18 Disember 2025 Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP), Yang Berbahagia Dato’ Abdu...
30/12/2025

Pada 18 Disember 2025 Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP), Yang Berbahagia Dato’ Abdul Aziz, bersama rombongan sektor kejurulatihan dan pentadbiran negeri telah mengadakan lawatan ke kediaman Cikgu Badri bin Yusof bagi menyampaikan sumbangan kerusi roda serta bantuan kewangan.

Cikgu Badri, yang merupakan ahli PSSLMPP Gelanggang Kampung Jawa sejak awal tahun 1990-an, pernah mencatat kejayaan cemerlang dengan memenangi pingat emas dalam Pertandingan Silat Olahraga SUKMA 1998 di Selangor.

Bantuan ini diberikan hasil daripada kutipan sumbangan ikhlas ahli-ahli PSSLMPP, bertujuan meringankan beban keluarga beliau, yang kini menghadapi masalah kesihatan buah pinggang, sekaligus mencerminkan keprihatinan dan solidariti PSSLMPP terhadap ahli yang memerlukan sokongan.

Turut hadir ialah Penasihat, Timbalan Pengerusi, Ketua Jurulatih, Timbalan Ketua Jurulatih negeri serta Exco Kejurulatihan dan Pentadbiran Negeri.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan kekuatan kepada Cikgu Badri dan keluarganya dalam menghadapi cabaran kesihatan.

Pada 06 hingga 07 Disember 2025, Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP) telah menyertai Kejohanan ...
30/12/2025

Pada 06 hingga 07 Disember 2025, Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP) telah menyertai Kejohanan Silat Pantai 2025 bagi kategori Dini & Pra Dini, Piala Tuan Muhammad Hamdi bin Md Noor, Penyelaras KADUN Permatang Pasir.

Seramai 18 orang ahli PSSLMPP telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dan berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan kutipan pingat seperti berikut:

🥈 5 Pingat Perak
🥉 7 Pingat Gangsa

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pesilat dan jurulatih atas usaha, komitmen serta semangat juang yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melahirkan pesilat muda yang berdisiplin dan berprestasi tinggi.

Pada 04 hingga 07 Disember 2025, bertempat di Kompleks Silat Batu Uban, Pulau Pinang, Pertubuhan Silat Seni Lincah Malay...
29/12/2025

Pada 04 hingga 07 Disember 2025, bertempat di Kompleks Silat Batu Uban, Pulau Pinang, Pertubuhan Silat Seni Lincah Malaysia Pulau Pinang (PSSLMPP) telah menyertai Pertandingan Pencak Silat Antarabangsa Pesta Pulau Pinang anjuran Persekutuan Silat Negeri Pulau Pinang.

Dalam kejohanan tersebut (acara Silat Tanding), pasukan PSSLMPP telah berjaya memperolehi :

🥇 2 Pingat Emas
🥈 6 Pingat Perak
🥉 6 Pingat Gangsa

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pesilat dan jurulatih atas komitmen, disiplin serta semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekalung ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Abdul Aziz Siekh Ahmad, Presiden PSSLMPP, atas kesudian menaja makan dan minum para pesilat sepanjang tiga (3) hari pertandingan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin kejayaan pasukan.

Address

Seberang Jaya
George Town
13700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Silat Lincah Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Seni Silat Lincah Negeri Pulau Pinang:

Share