Penyelaras Dun Gemencheh

Penyelaras Dun Gemencheh Pejabat Dun N35 Gemencheh. Menyantuni & meraikan segala permasalahan rakyat dengan matlamat kesejahteraan warga Gemencheh.

30/05/2023
26 Mei 2023GemenchehPenyelaras Dun Gemencheh, Tn Hj Abd Latif A Tambi memenuhi jemputan bagi Majlis Santapan dan Jalinan...
26/05/2023

26 Mei 2023
Gemencheh

Penyelaras Dun Gemencheh, Tn Hj Abd Latif A Tambi memenuhi jemputan bagi Majlis Santapan dan Jalinan Kasih bersama Ke Bawah Kaus Y.T.M Undang Luak Johol, Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato Muhammad bin Hj Abdullah tengahari tadi.

Majlis anjuran Masjid Kariah Kg Gedok serta MPKK Kg Gedok turut dihadiri Dato Baginda Luak Johol,Hj Sahabuddin b Hj Ibrahim, Pengerusi MPKK Kg Gedok, Puan Aishah dan Setiausaha , Puan Rosnah, Pengerusi MPKK Kg Mantai, Puan Aliah dan Pengerusi MPKK Kg Tenai, Encik Arizam.

Dimajlis lain, Tn Hj Abd Latif turut memenuhi undangan bagi Majlis Jamuan Aidilfitri KRT Gemencheh Baru petang tadi.

Terima kasih diucapkan atas jemputan yang diterima.



25/05/2023
23 Mei 2023GemenchehPenyelaras Dun Gemencheh, Tn Hj Abd Latif A Tambi berkesempatan turut serta dalam Program Ziarah Kas...
23/05/2023

23 Mei 2023
Gemencheh

Penyelaras Dun Gemencheh, Tn Hj Abd Latif A Tambi berkesempatan turut serta dalam Program Ziarah Kasih peringkat kedua anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Tampin yang bertempat di kediaman peserta pagi tadi.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memantau dengan lebih dekat keadaan sebenar keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar serta melihat jenis keperluan yang dapat disalurkan kepada golongan tersebut.

Turut bersama Penghulu Kanan Mukim Repah Tn Haji Azzian, Penghulu Mukim Gemencheh, Encik Muhammad Syafiq, Pengerusi MPKK Gemencheh Lama, Encik Abu Talib dan Pengerusi MPKK Kg Jelawai, Encik Abdul Rahman.



17/05/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JUALAN HARGA LADANG NISMILAN PRIHATIN DUN GEMENCHEH

TARIKH : 19 MEI 2023 | JUMAAT
MASA : 8.30 PAGI SEHINGGA JUALAN SELESAI
TEMPAT : DATARAN KG TENGAH, GEMENCHEH

20-30 % Murah dari pasaran

Antara barangan yang dijual adalah :-

• Ayam : RM 13/ ekor / 1.7 hingga 2.0kg tanpa pemotongan -
*limit seorang 2 ekor*
• Telur :
Gred B (RM12.00)
Gred C (RM11.00)
Gred D (RM10.00)
• Minyak masak – RM 2.00/paket
*limit seorang 2 PAKET*
• Ikan
• Sayur-sayuran
• Beras 5kg – RM 11.50
*limit seorang 2 KAMPIT*
• Gula CSR – RM2.50
*limit seorang 2 KAMPIT*
• Tepung Ros – RM2.40
*limit seorang 2 KAMPIT*

SELAGI STOK MASIH ADA!




Address

Gemencheh
73200

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Telephone

+60193245005

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyelaras Dun Gemencheh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share