Mechy Young Leader Club

Mechy Young Leader Club Mechy Young Leader Club merupakan kelab rasmi bagi pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu.

Tujuan FB Page Mechy Young Leder Club ditubuhkan adalah untuk menyebarkan info, berkongsi cerita dan peristiwa, serta mewujudkan ruang komunikasi antara ahli MYLC, para pelajar PSMZA dan komuniti setempat.

30/09/2025

Koleksi video persembahan sketsa sempena sambutan kemerdekaan 2025

Sambutan Hari Kemerdekaan PSMZA 2025 telah disajikan dengan  persembahan sketsa khas yang dibarisi lakonan oleh pelajar ...
30/09/2025

Sambutan Hari Kemerdekaan PSMZA 2025 telah disajikan dengan persembahan sketsa khas yang dibarisi lakonan oleh pelajar yang menonjolkan bakatnya. Ianya telah diadakan pada 7 September 2025 yang lalu bertempat di Dewan Dagang, PSMZA. Tujuannya untuk memupuk semangat cintakan negara, medan platform untuk pelajar mengasah bakat serta menghargai makna kemerdekaan dengan penuh semangat.

Dengan ini, Mechy Young Leader Club (MYLC) telah menyertai persembahan ini dengan bertemakan permainan tradisional yang mana pelakonnya terdiri daripada AJK dan ahli MYLC.

Persembahan yang mantap dan gaya penceritaan tersusun telah menambat hati juri untuk memilih JKM sebagai penerima tempat pertama bagi persembahan sketsa ini. Tahniah diucapkan kepada AJK dan Ahli yang terlibat kerana mengharumkan nama baik JKM, PSMZA.

Majlis simbolik penyerahan  tabung sumbangan MYLC dari Ketua Penasihat MYLC, En Gadaffi Bin Osman kepada Ketua Jabatan, ...
30/09/2025

Majlis simbolik penyerahan tabung sumbangan MYLC dari Ketua Penasihat MYLC, En Gadaffi Bin Osman kepada Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berlangsung pada 2 September 2025 di Pejabat JKM. Tabung tersebut telah diletakkan di kaunter JKM. Tabung ini diwujudkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan oleh MYLC bagi mengumpul dana yang akan digunakan untuk melaksanakan program-program kebajikan pelajar seperti Pack of Shine, Care & Share Food Station, dan pelbagai lagi aktiviti sokongan yang memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.

Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat bermakna dan mampu memberi impak besar dalam membantu pelajar menghadapi cabaran kehidupan kampus. Terima kasih diucapkan atas keprihatinan dan sokongan penderma. Semoga segala sumbangan diberikan dikira sebagai amal jariah dan diberkati oleh Allah SWT.

Satu perjumpaan bersama ahli baharu MYLC telah diadakan 2 September 2025 (selasa) jam 5 petang bertempat di Dewan Kuliah...
30/09/2025

Satu perjumpaan bersama ahli baharu MYLC telah diadakan 2 September 2025 (selasa) jam 5 petang bertempat di Dewan Kuliah Mekanikal (DKM). Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah sebagai sesi berkenalan antara Exco tertinggi MYLC , mengenali ahli baharu MYLC serta menjalankan proses pelantikan penolong EXCO mengikut portfolio yang telah ditetapkan. Kehadiran semua ahli adalah amat penting bagi memastikan kelancaran organisasi serta memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan ahli.

Dengan penuh rasa prihatin dan semangat kebajikan, Mechy Young Leader Club (MYLC) telah menganjurkan sebuah program keba...
30/09/2025

Dengan penuh rasa prihatin dan semangat kebajikan, Mechy Young Leader Club (MYLC) telah menganjurkan sebuah program kebajikan bertemakan Care and Share Food Station pada 27 Ogos 2025 yang lalu, bermula jam 8.30 pagi bertempat di hadapan Café Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Program ini akan dirasmikan oleh Ketua Jabatan, JKM iaitu En Farih Bin Deraman, dan merupakan inisiatif murni MYLC dalam menyemai nilai-nilai kecaknaan serta keprihatinan dalam kalangan warga pelajar. Sebagai simbol sokongan terhadap usaha ini, sebanyak 200 bungkus makanan percuma yang terdiri daripada nasi lemak dan mee goreng akan diedarkan kepada para pelajar yang hadir. Diharapkan program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah mampu menggalakkan budaya bantu-membantu serta memperkukuhkan ikatan ukhuwah sesama warga politeknik.

Majlis Penghargaan Jawatankuasa (AJK) MYLC SESI II : 2024/2025 telah diadakan pada 30 April 2025 yang lalu bagi meraikan...
08/09/2025

Majlis Penghargaan Jawatankuasa (AJK) MYLC SESI II : 2024/2025 telah diadakan pada 30 April 2025 yang lalu bagi meraikan dan menghargai segala komitmen serta usaha gigih ahli jawatankuasa yang telah menyumbang masa, tenaga dan idea dalam menjayakan pelbagai program sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang terlibat. Semoga segala jasa dan pengorbanan diberkati Allah dan menjadi inspirasi kepada yang lain. Teruskan berbakti dan memberi nilai kepada masyarakat dan organisasi Mechy Young Leader Club .

Pada 16 & 17 Mac 2025 yang lalu giliran JKM menyediakan makanan untuk berbuka puasa.AJK Mechy Young Leader Club tidak ke...
08/09/2025

Pada 16 & 17 Mac 2025 yang lalu giliran JKM menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

AJK Mechy Young Leader Club tidak ketinggalan berganding bahu bersama pensyarah bertungkus lumus menyediakan makanan untuk diberi makan kepada pelajar PSMZA di Pusat Islam.

Semoga kerjasama antara pensyarah JKM dan AJK MYLC dapat diperkukuhkan antara satu sama lain.

Sorotan kenangan aktiviti MYLC 2025Sesi perjumpaan penasihat bersama AJK MYLC telah diadakan pada 26 Februari 2025 yang ...
08/09/2025

Sorotan kenangan aktiviti MYLC 2025

Sesi perjumpaan penasihat bersama AJK MYLC telah diadakan pada 26 Februari 2025 yang lalu bertempat di Bilik TECC, PSMZA

Agenda perjumpaan ini adalah pembentukan Carta organisasi MYLC Tahun 2025/2026 selepas selesainya PIlihan Raya Kampus.

Tahniah kepada AJK yang dilantik , semoga terus menyumbang tenaga & idea untuk pembangunan MYLC pada masa akan datang.

Address

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, POLTEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mechy Young Leader Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share