Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dungun, Trg

Call Website Contact the organization

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dungun, Trg Page rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Dungun

Marilah bersama-sama membangun umat beragenda!

❇️ KALAM HIKMAH ❇️إن من أسباب السعادة أن لا تقارن نفسك بالآخرين، وألا تفكر فيما يقوله الناس عنك وراء ظهرك، وألا تغتر بال...
08/10/2026

❇️ KALAM HIKMAH ❇️

إن من أسباب السعادة أن لا تقارن نفسك بالآخرين، وألا تفكر فيما يقوله الناس عنك وراء ظهرك، وألا تغتر بالكلام الجميل الذي يقولونه في حضرتك.

Salah satu kunci kepada kebahagiaan adalah dengan tidak membandingkan diri kamu dengan orang lain, tidak memikirkan apa yang orang katakan tentang dirimu di belakangmu dan tidak tertipu oleh kata-kata manis yang mereka ucapkan di hadapanmu.



M.A.S. 1897: Penempatan yang dirancang untuk masyarakat Melayu Kuala LumpurPada tahun 1897, Malay Agricultural Settlemen...
25/09/2026

M.A.S. 1897: Penempatan yang dirancang untuk masyarakat Melayu Kuala Lumpur

Pada tahun 1897, Malay Agricultural Settlement (M.A.S.) ditubuhkan di Kuala Lumpur dan digazetkan di bawah Selangor Government Gazette No. 20, Section 6 of the Land Rule 1897.

M.A.S. diwujudkan dengan tujuan menyediakan penempatan baharu serta memajukan masyarakat Melayu, khususnya dalam pertanian dan perdagangan.

Ini menunjukkan bahawa ketika Kuala Lumpur berkembang pesat sebagai pusat perlombongan dan perdagangan, pembentukan bandar turut melibatkan persoalan tanah, penempatan dan kehidupan ekonomi masyarakat Melayu.

M.A.S. bukan sekadar sebuah kawasan penempatan. Ia mencerminkan kewujudan ruang yang dirancang untuk masyarakat Melayu membina kehidupan, mengusahakan tanah dan menjalankan kegiatan ekonomi dalam sebuah Kuala Lumpur yang sedang berkembang.

Sejarah Kuala Lumpur bukan hanya tentang bagaimana sebuah bandar dibangunkan, tetapi juga tentang siapa yang membina kehidupan dan ekonomi di dalamnya.

⚽ KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL ISMA DUNGUN ⚽Alhamdulillah, Kejohanan Tertutup Futsal ISMA Dungun telah berlangsung dengan m...
24/09/2026

⚽ KEJOHANAN TERTUTUP FUTSAL ISMA DUNGUN ⚽

Alhamdulillah, Kejohanan Tertutup Futsal ISMA Dungun telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kesukanan. 🏆

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat dan menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut mengeratkan ukhuwah, silaturahim dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain, urus setia serta pihak yang terlibat menjayakan program ini. 👏

Syabas kepada semua pasukan! Semoga ukhuwah terus kukuh melalui aktiviti sukan. 🤝⚽

TAHNIAH JEJAK WARISAN REMAJA 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada Surau Nur Hidayah, KRT, KRIM & NAZIM Dungun atas ke...
18/09/2026

TAHNIAH JEJAK WARISAN REMAJA 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Surau Nur Hidayah, KRT, KRIM & NAZIM Dungun atas kejayaan menganjurkan program Jejak Warisan Remaja di Muzium Bukit Besi.

Semoga usaha murni ini terus diperkasakan dalam membina generasi remaja yang berilmu, berjati diri dan menghargai sejarah serta warisan bangsa.

Teruskan usaha dan komitmen dalam mendidik serta membimbing remaja setempat. Semoga terus istiqamah dan dipermudahkan segala urusan.

ISMA Dungun

❇️ KALAM HIKMAH ❇️الحياة سألت الموت :لماذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمةKehidupan...
18/09/2026

❇️ KALAM HIKMAH ❇️

الحياة سألت الموت :
لماذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت :
ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة

Kehidupan bertanya kepada kematian : Mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
Kematian menjawab: Kerana kau adalah suatu dusta yang indah dan aku adalah suatu hakikat yang memeritkan .

🌿 Kehidupan sementara, maka jangan lupa mempersiapkan diri untuk hakikat kematian.

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam



🏛️ *JEJAK WARISAN REMAJA*“Kenali Sejarah, Hayati Perjuangan Agama & Bangsa, Bina Jati Diri”Assalamualaikum w.b.t. 🌿📣 *PE...
17/09/2026

🏛️ *JEJAK WARISAN REMAJA*

“Kenali Sejarah, Hayati Perjuangan Agama & Bangsa, Bina Jati Diri”

Assalamualaikum w.b.t. 🌿

📣 *PELUANG UNTUK REMAJA!*
Jom sertai Jejak Warisan Remaja dan rasai pengalaman meneroka sejarah, mengenali warisan serta menghayati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.

🎯 *OBJEKTIF PROGRAM*
1️⃣ Memahami sejarah – mengenali sejarah dan warisan bangsa
2️⃣ Mengenali jati diri – membina rasa bangga terhadap identiti, agama, bangsa dan tanah air.
3️⃣ Meneladani perjuangan pejuang kemerdekaan – memahami pengorbanan dan semangat pejuang terdahulu dalam mempertahankan tanah air.

🔥 *AKTIVITI MENARIK*
🏃‍♂️ Larian Eksplorasi Warisan (Explore Race)
🔎 Meneroka lokasi bersejarah
🧩 Menyelesaikan cabaran & tugasan berkumpulan
📚 Mengenali kisah dan perjuangan tokoh ulama terdahulu
🤝 Membina ukhuwah dan semangat kerja berpasukan
🎁 Cenderahati menarik!
🍱 Makanan disediakan!

👦👧 Terbuka kepada remaja berumur 10–17 tahun
⚠️ Tempat TERHAD – hanya 15 peserta terawal!

📅 18 September 2026 (Jumaat)
⏰ 7.45 pagi – 12.00 tengah hari
📍 *[Muzium Bukit Besi]* tempat berkumpul Surau Nur Hidayah, Alor Tempoyak

💰 Yuran penyertaan:
• Umum: RM20
• Ahli: RM15

✨ Jangan biarkan anak-anak hanya membaca sejarah — biarkan mereka MENGALAMI sejarah!

📲 *Daftar sekarang* melalui QR Code pada poster atau
https://tinyurl.com/Jejak-Warisan-Remaja

*JEJAK WARISAN REMAJA*
🌿 Kenali sejarah. Kenali diri. Hargai perjuangan.

Peniaga Awal Kuala Lumpur Terdiri daripada Orang MelayuSebelum Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat,...
16/09/2026

Peniaga Awal Kuala Lumpur Terdiri daripada Orang Melayu

Sebelum Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat, kegiatan perdagangan sudah wujud dalam penempatan awal ini. Menurut catatan Abdullah Hukum, ketika beliau tiba di Kuala Lumpur sekitar tahun 1850, para peniaga yang menjalankan perniagaan tekstil dan makanan terdiri daripada orang Rawa dan Mandailing.

Pada ketika itu, Kuala Lumpur sudah mempunyai dua lorong utama yang kemudiannya dikenali sebagai Java Street dan Market Street. Kedai-kedai yang terdapat di kawasan tersebut dibina daripada atap bertam dan dinding anyaman buluh.

Catatan ini memperlihatkan bahawa masyarakat Rawa dan Mandailing telah terlibat dalam kegiatan perdagangan Kuala Lumpur sejak peringkat awal. Kehadiran mereka menjadi sebahagian daripada sejarah masyarakat yang membentuk kehidupan awal di kota ini.

Sebelum Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah kota metropolitan, kawasan ini hanyalah sebuah penempatan yang tumbuh di ...
14/09/2026

Sebelum Kuala Lumpur berkembang menjadi sebuah kota metropolitan, kawasan ini hanyalah sebuah penempatan yang tumbuh di sekitar kegiatan perdagangan dan perlombongan bijih timah. Dalam sejarah awal perkembangan kota ini, nama Sutan Puasa wajar diberi perhatian.

Baca penulisan penuh disini:
https://t.me/ismamalaysia/5948

KEPELBAGAIAN WARISAN, JANGAN SAMPAI IDENTITI NEGARA CAIR"Hungry Ghost Festival atau Teong Guan Phor Thor telah diwartaka...
14/09/2026

KEPELBAGAIAN WARISAN, JANGAN SAMPAI IDENTITI NEGARA CAIR

"Hungry Ghost Festival atau Teong Guan Phor Thor telah diwartakan sebagai warisan negeri Pulau Pinang. Pengiktirafan itu menimbulkan satu persoalan yang lebih besar daripada soal budaya. Apakah sebenarnya identiti sebuah negeri Pulau Pinang dan negara Malaysia?"

Mohd Nasrul Muhaimin bin Mohd Taib
Naib Presiden ISMA

Baca artikel penuh di sini:
https://isma.org.my/kepelbagaian-warisan-jangan-sampai-identiti-negara-cair/

Kuala Lumpur mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah dan perkembangan Kesultanan Selangor. Sebelum menjadi Wilayah ...
11/09/2026

Kuala Lumpur mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah dan perkembangan Kesultanan Selangor. Sebelum menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1974, Kuala Lumpur merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.

Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511, Selangor berada dalam lingkungan pengaruh Kesultanan Johor. Pada ketika itu, kawasan seperti Klang telah mempunyai struktur pemerintahan tersendiri.

Sekitar tahun 1730, Raja Lumu kemudiannya muncul sebagai pemerintah Selangor dengan gelaran Tuanku Raja Selangor. Namun, pada peringkat awal, kedudukan pemerintah Selangor belum merangkumi keseluruhan wilayah Selangor seperti yang dikenali hari ini. Pengaruh pemerintahan banyak berkait dengan kawasan sungai yang menjadi laluan penting bagi perdagangan dan pergerakan.

Justeru, sejarah Kuala Lumpur perlu dilihat dalam konteks perkembangan Selangor dan jaringan kuasa Melayu yang membentuk rantau ini sejak dahulu.

Address

Dungun
23000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dungun, Trg posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dungun, Trg:

Shortcuts

Share