KRT Taman Sri Intan Dungun

KRT Taman Sri Intan Dungun KRT Taman Sri Intan Dungun merupakan satu Jawatankuasa dibawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Dungun.

Kewujudan KRT Taman Sri Intan Dungun dengan tujuan untuk mewujudkan kesatuan, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan komuniti/penduduk setempat. Perpaduan yang erat akan memberikan impak yang besar dalam perhubungan disesuatu kawasan khususnya dalam bekerjasama dalam melakukan pelbagai aktiviti. Taman Sri Intan merupakan pecahan daripada Kampung Balai Besar, Kampung Alor Tempoyak dan Kampung Paya yang mana boleh dihubungi melalui jalan darat iaitu jalan pintas Kuala Terengganu ke Kemaman melalui Balai Besar-Gong Pasir. Semua komuniti adalah berbangsa Melayu seramai hampir 985 orang dimana sosioekonomi adalah kakitangan kerajaan, swasta, peniaga serta pesara. Pelbagai kemudahan boleh didapati seperti sekolah rendah, sekolah menengah, taska, tadika, masjid, balai raya dan pusat komuniti.

25/09/2026
PERJUMPAAN PENGERUSI KRT BERSAMA PASUKAN BADMINTON. πŸ“… 22 Ogos 2026 | SelasaSatu perjumpaan bersama Pasukan Badminton KRT...
22/09/2026

PERJUMPAAN PENGERUSI KRT BERSAMA PASUKAN BADMINTON.

πŸ“… 22 Ogos 2026 | Selasa

Satu perjumpaan bersama Pasukan Badminton KRT Taman Sri Intan telah diadakan pada 22 September 2026.

Perjumpaan yang dipimpin oleh En.Tarmizi Muhamad , Pengerusi KRT Taman Sri Intan telah mengumpul seramai 10 orang pemain daripada komuniti Taman Sri Intan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi KRT Taman Sri Intan Mohd Rahimie Razak dan Pengerusi Warga Emas (PAWE) CW Zakaria.

Pertemuan ini menjadi ruang penting untuk memperkukuh hubungan, menyelaras program akan datang (Zon/Daerah) serta bertukar pandangan bersama barisan kepimpinan KRT Taman Sri Intan.




🀝 SEPAKAT BERBAKTI, BERSAMA MEMPERKUKUH PERPADUANAlhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Skuad Uniti Daerah Dungun telah d...
20/09/2026

🀝 SEPAKAT BERBAKTI, BERSAMA MEMPERKUKUH PERPADUAN

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Skuad Uniti Daerah Dungun telah diadakan dengan dipengerusikan oleh En. Mazedi Mukhtar, Pengerusi Skuad Uniti Daerah Dungun.

Turut hadir ialah YM Tengku Mazilawati Tengku Muhamad, Pegawai Perpaduan Daerah Dungun, bersama Penolong-Penolong Pegawai Perpaduan serta ahli jawatankuasa Skuad Uniti Daerah Dungun.

🌟 Di meja mesyuarat kita menyatukan pandangan, di lapangan kita menghulurkan bantuan. Semoga kebersamaan ini terus memperkukuh semangat kesukarelawanan dan khidmat kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir atas masa, pandangan dan komitmen yang diberikan. Setiap sumbangan tenaga dan idea amat bermakna dalam menggerakkan usaha bersama.

πŸ’™ Sepakat dalam tindakan, ikhlas dalam perkhidmatan.
πŸ‡²πŸ‡Ύ BERSAMA MEMBINA NEGARA BANGSA

SELAMAT HARI MALAYSIA KEPADA JAWATANKUASA KRT TAMAN SRI INTAN  Semoga barisan jawatankuasa yang dilantik dapat melaksana...
19/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA KEPADA JAWATANKUASA KRT TAMAN SRI INTAN

Semoga barisan jawatankuasa yang dilantik dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh komitmen serta terus berbakti kepada masyarakat melalui penganjuran aktiviti yang bermanfaat demi kesejahteraan komuniti setempat.

Diharapkan KRT Taman Sri Intan terus maju dan aktif serta sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam memperkukuhkan semangat kejiranan dan perpaduan masyarakat.




KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATANKRT TAMAN SRI INTAN πŸ†šKRT BALAI BESAR 2Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahaba...
18/09/2026

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN

KRT TAMAN SRI INTAN πŸ†šKRT BALAI BESAR 2

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan Men’s Doubles antara dua KRT dalam suasana penuh semangat, persaingan dan ukhuwah!

πŸ† KEPUTUSAN PENUH
πŸ”΄ KRT TAMAN SRI INTAN β€” 2
🟑 KRT BALAII BESAR 2 β€” 3

Tahniah kepada KRT Balai Besar 2 atas kemenangan! Dan syabas kepada KRT Taman Sri Intan yang memberikan saingan hebat.

Yang paling penting, bukan sekadar menang atau kalah β€” ukhuwah, networking dan semangat badminton terus kita kukuhkan!

Terima kasih kepada En. Wan Hafizol Wan Aziz, Pegawai Zon Rantau Abang dan Tuan Haji Zulkifli Bin Ali Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALP) yang sudi menyampaikan hadiah kepada Pasukan yang bertanding pada hari ini.




UCAPAN TAHNIAH PEGAWAI JBPM TERIMA DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PAHANGSetinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kep...
18/09/2026

UCAPAN TAHNIAH PEGAWAI JBPM TERIMA DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PAHANG

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Antara penerima daripada JBPM ialah:

πŸ”Έ Tok Muda PPjB Wan Ahmad Fadillah bin Dato' Haji Wan Abdul Rahman
Timbalan Pengarah JBPM Negeri Pahang
Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) – Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia Peringkat ketiga.

KRT Taman Sri Intan mengucapkan setinggi -tinggi tahniah dan syabas kepada Tuan Wan Ahmad Fadilah dan YBhg Tok Puan Norhayati Ab Rahim

*LAPORAN RONDAAN SRS KRT TAMAN SRI INTAN DUNGUNβ€πŸ“† Tarikh: 17 Sept 2026 ( Khamis )⏰ Waktu bertugas: 9.00mlm - 1.00 pagiπŸ“T...
17/09/2026

*LAPORAN RONDAAN SRS KRT TAMAN SRI INTAN DUNGUN”

πŸ“† Tarikh: 17 Sept 2026 ( Khamis )
⏰ Waktu bertugas: 9.00mlm - 1.00 pagi
πŸ“Tempat berkumpul: Kabin KRT/SRS Taman Sri Intan

Ketua Peronda: Hamli Ismail
Kekuatan Anggota SRS adalah seramai: 8 lelaki.

1. Fauzi Mamat
2. Nordin Said
3. Hairi Ibrahim
4. Sharul Anuar Arif
5. Mohd Rahimie Razak
6. Amran Zakaria
7. Mazlan Ahmad


LAPORAN RONDAAN: Disepanjang rondaan keadaan terkawal, tiada sebarang masaalah dan aktiviti yang mencurigakan serta tiada sebarang unsur dan kejadian yang tidak diingini berlaku dipersekitaran kawasan perumahan disepanjang rondaan.




16/09/2026

BACAAN YAASIN | Mohon kesembuhan.

πŸ“… Rabu, 16 September 2026
πŸ•‘ 11.00 malam
πŸ“ Rumah Aktiviti KRT Taman Sri Intan

Pesakit
1.Ahmad Sabri Ismail (Barah)
2.Norhafiza (ketumbuhan)
3.Adik Kak Zazai. (ICU)

Semoga Allah mengangkat doa kita dan diberikan kesembuhan buat mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Aminn




KLIK - KLIK KRT TAMAN SRI INTANAlhamdulillah, pagi ini KRT Taman Sri Intan bersama-sama menyertai Program Brisk Walk Har...
16/09/2026

KLIK - KLIK KRT TAMAN SRI INTAN

Alhamdulillah, pagi ini KRT Taman Sri Intan bersama-sama menyertai Program Brisk Walk Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Masjid Balai Besar sempena sambutan Hari Malaysia ke-63.

Program berlangsung meriah dengan penyertaan yang begitu ramai daripada masyarakat setempat. Selain menggalakkan gaya hidup sihat, program seperti ini turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Semoga penganjuran program sebegini dapat terus menyatukan masyarakat serta menyemarakkan semangat cintakan negara dalam suasana yang sihat dan penuh ukhuwah.




LANGKAH MERDEKA 2026πŸ“… 16 September 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ Bersempena Sambutan Hari MalaysiaKRT Taman Sri Intan kongsikan beberapa moment...
16/09/2026

LANGKAH MERDEKA 2026

πŸ“… 16 September 2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ Bersempena Sambutan Hari Malaysia

KRT Taman Sri Intan kongsikan beberapa moment menarik dan gelagat peserta sepanjang program ini berlangsung. Meriah sungguh pagi tadi!

Mana tahu ada gambar anda, keluarga atau kawan-kawan yang turut serta. Jom tengok, kot-kot terselit dalam koleksi gambar ini!

Terima kasih kepada semua yang memeriahkan Langkah Merdeka Mega 2026. Jumpa lagi di program akan datang.

Address

TAMAN SRI INTAN
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Taman Sri Intan Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share