Muafakat MRSM Dungun

Muafakat MRSM Dungun Page rasmi Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT MARA) Cawangan MRSM Dungun.

28/09/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون
Salam takziah daripada seluruh warga MUAFAKAT MARA Malaysia buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali di atas kepulangan beliau ke negeri abadi.

Kami turut berdukacita di atas pemergian ini. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah dan menempatkan rohnya di kalangan para salihin.

Al-Fatihah.

MUAFAKAT MARA Malaysia

25/09/2026

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARA.

Semoga pelantikan ini menjadi titik mula kepada kepimpinan yang terus membawa MARA melangkah ke hadapan dalam memperkasa pendidikan, keusahawanan dan pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus diberi kekuatan serta kebijaksanaan dalam menerajui MARA ke arah kecemerlangan yang lebih bermakna.


Selamat bersara Dato’ Seri KP! Terima kasih atas khidmat yang diberikan 🫡
24/09/2026

Selamat bersara Dato’ Seri KP! Terima kasih atas khidmat yang diberikan 🫡

𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 | SATU ENTITI, SATU SEMANGAT, SATU LEGASI.

36 tahun menabur bakti bersama MARA, meninggalkan jejak kepimpinan, jasa dan legasi yang bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan buat YBhg. Dato’ Seri Zulfikri Osman atas segala dedikasi dan khidmat bakti dalam memimpin MARA.

Dalam semangat Unified Entity, legasi ini akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kita.

Jasamu dikenang, baktimu disanjung, legasimu diteruskan.

Selamat bersara, YBhg. Dato’ Seri.


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Buat warga MRSM Dungun dan semua rakyat Malaysia.Sempena Hari Malaysia ini, marilah ...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Buat warga MRSM Dungun dan semua rakyat Malaysia.

Sempena Hari Malaysia ini, marilah kita sama-sama menghayati erti sebenar perpaduan, menghargai pengorbanan para pejuang serta memperkukuhkan lagi semangat kebersamaan.


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita ...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita saling menghormati, saling membantu dan bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita.

Kita mungkin berbeza latar dan pandangan, tetapi Malaysia 🇲🇾tetap rumah kita bersama.

Selamat Hari Kebangsaan! Merdeka! Merdeka! Merdeka!



AssalamualaikumSelamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat islam khususnya kepada warga MRSM Dungun.Selaw...
25/08/2026

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat islam khususnya kepada warga MRSM Dungun.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda.

Semoga kita sentiasa menghayati Al-Quran, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan sunnah Rasulullah SAW.

MUAFAKAT MRSM DUNGUN*

TAHNIAH ANAK-ANAK MRSM DUNGUN!🌟 Tahniah atas Usaha dan Keputusan Peperiksaan Semester 1 Tahun 2026! 🌟Kejayaan bukan hany...
19/06/2026

TAHNIAH ANAK-ANAK MRSM DUNGUN!

🌟 Tahniah atas Usaha dan Keputusan Peperiksaan Semester 1 Tahun 2026! 🌟

Kejayaan bukan hanya diukur melalui keputusan yang diperoleh, tetapi juga melalui usaha, disiplin dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan pembelajaran.

Teruskan melangkah dengan yakin, memperbaiki kelemahan dan mengukuhkan kekuatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Kejayaan adalah hasil usaha yang berterusan, bukan sekadar destinasi.”

MUAFAKAT MRSM DUNGUN

Address

MRSM Dungun
Dungun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat MRSM Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share