27/01/2026
10 Januari 2026 | Kursus Umrah Masuria Travel ✨
Alhamdulillah, Kursus Umrah anjuran Masuria Travel telah berlangsung di Surau Al-Barakah, Bank Rakyat sebagai persediaan rohani dan praktikal buat jemaah Umrah Premium Private.
Pengisian kursus telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hasnil bin Abu Bakar, Pengarah Yayasan Nur Ramlah, berlandaskan buku Sayangi Makkah, Kiblat Kita. Antara penekanan utama ialah kefahaman rukun dan wajib umrah, larangan ihram, adab dan akhlak sesama jemaah, serta penghayatan doa dan zikir di tempat-tempat mustajab.
Kursus ini turut mengingatkan bahawa perjalanan umrah bukan sekadar ibadah fizikal, tetapi latihan kesabaran, disiplin dan penyucian hati dalam suasana yang mencabar.
Semoga setiap langkah jemaah dipermudahkan dan setiap doa dimakbulkan Allah SWT 🤲🏻