Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih

Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih Kami berdiri sebagai pelindung dan pembela kepada anak-anak yatim, anak-anak asnaf, serta anak-anak yang terabai.
(2)

Misi kami adalah untuk memberi kasih sayang, perlindungan dan peluang masa depan yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan. 🌱❤️ Misi kami adalah untuk memberi kasih sayang, perlindungan dan peluang masa depan yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan. Bersama, kita boleh membawa perubahan dan menyemai harapan. 🌱❤️

23/07/2025

Ibu bebel tanda sayang..
Displin dn jati diri tu penting..

14/06/2025

“Manusia diuji bukan ketika dia tiada apa-apa… tetapi ketika dia ada segalanya.”

Dulu… kita pernah berdoa, minta diberi rezeki.
Kita minta diberi bahagia.
Kita mohon diberi cinta, kasih, dan harta.
Dan bila Tuhan beri semua itu… di situlah ujian sebenar bermula.

Ujian bukan lagi tentang sabar dalam kekurangan,
Tapi ujian syukur dalam kelimpahan.
Adakah kita masih tunduk?
Adakah kita masih ingat untuk sujud?
Atau kita mulai alpa,
Terlupa siapa yang beri semua rasa?

Ramai jatuh bukan kerana miskin,
Tapi kerana terlalu kenyang hingga lupa rasa lapar itu pernah ada.

Jangan tunggu hilang baru nak sedar.
Jangan tunggu sunyi baru nak cari Tuhan.

Kerana manusia selalu diuji,
bukan ketika dia tiada…
Tapi ketika dia ‘ada segalanya’…

14/06/2025

Kun fayakun…

Kita hanya menjalanj takdir Allah dgn IKHLAS. Jangan tanya mengapa. Kerana Allah tahu yang terbaikkk untuk setiap hambanya…

13/06/2025

Dalam BERJUANG Allah titipkn LELAH agar kita ingat betape mahalnya ISTIQOMAH..

Kronologi Part 2Setahun menyewa terpanggil iklan jualan bangunan tepi@end lot..harga jauh beza lebih murah..direct owner...
12/06/2025

Kronologi Part 2

Setahun menyewa terpanggil iklan jualan bangunan tepi@end lot..harga jauh beza lebih murah..direct owner..
Harga dr EM 1.47 juta dijual pada RM 1.3juta..
Dengan bantuan Allah nasihat peguam kami..maka bermula perjanjian jual beli bangunan asrama ank ank .

Hasil dari kutipan dana utk bangunan tengah kami terus pindahkan kepada empunya bangunan tepi..

Hanya Allah yg memberikan kekuatan serta kesabaran..
Apabila "owner@caveat property " mendapat tahu kami membeli bangunan tepi bermula la kisah ugut mengugut..
- kami diarah kluar dlm masa tempoh 24 jam
- ingin melapurkn aktiviti kami kpda pihak polis/bukit aman/sprm dn Jkm
- mengugut utk sebarkan bahawa kami menyalah gunakan sumbangan orang ramai

Bila semua perkara diatas tidak dapat dilaksanakan kerana kami tidak gentar malah kami ada Allah yg tidak tidur..Allah Maha Melihat ..maka bermula lagi cerita dongeng
- bahawa bangunan tengah ini telah ada pembeli
- dijual pada harga RM 1.5 Juta
- bila bila masa sahaja bayaran deposit akan diterima.
- sekiranya jika kami ingin teruskan pembelian harga tetap juga dijual RM 1.8 Juta😔 no compromise!!!
- sekiranya ingin menyambung kontrak sewa kami perlu membayar sewa dari RM 7000 sbln kepada RM 14000 sbln dn byran hendaklah dilaksanakn sekali gus utk 7 bulan lagi berjumlah RM 108 ribu dn deposit pembelian RM 300 ribu..
🤦😞😩😡

Ini dh macam broker samseng dh macam Ah long x berlesen..
Maka kami keluar dn mengosongkan bangunan tersebut bermula 25hb Jun 2025 seperti yg diarahkan sebelum 31/5/2025..

Pada kami dr kami kehilangan jutaan ringgit yg akhirnya bangunan tersebut bukan hak milik Rjk maka kami bercadang utk KELUAR dan menyambung sewa selama 5 bulan dibangunan tepi yg kami beli ini dgn kadar sewa RM 5000 sahaja..

Maka bermula perjalanan hijrah kami pada 9 Zulhijjah 1446 bersamaan Jumaat 5hb Jun 2025.
KAMI PERLU MENGUMPULKAN RM 400 RIBU LAGI SEBELUM OKTOBER 2025 BAGI BAIKPULIH SEPENUHNYA UTK TUJUAN PENDAFTARAN SEMULA YG DH TERTANGUH 10% SAHAJA LAGI DARI BANGUNAN SEBELAH..

Hasbunallah Wanikmal Wakil..
Robbisrohli sodri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatammil lisani yafqohu qouli.

Semoga penghijrahan ini adalah yg terbaik buat ank ank kami Rumah Jalinan Kasih.

Bismillah..

Bismillah..Sesuatu yg berlaku pasti terselit hikmah..Kisah perjalanan Rumah Jalinan Kasih..Ringkas dn padat.. Kronologi....
12/06/2025

Bismillah..
Sesuatu yg berlaku pasti terselit hikmah..
Kisah perjalanan Rumah Jalinan Kasih..
Ringkas dn padat..

Kronologi..

Bangunan asrama yg dijual RM 1.8 Juta
- terlalu bnyk hidden story dr owner
- 2 nama 2 kali hanya sbgi caveat property
- pertukaran nama 12 thn masih tdk dpt dilaksanakan
- bangunan dn title dipegang oleh UOB

Beri peluang kpda " caveat property " utk melaksanakn pertukaran nama dn kami decide utk sewa dan laksanakn kempen pencarian dana.

Bangunan yg buruk seperti bangunan tinggal diubah suai menjadi serba "baru" bgi keselesaan ank² utk tinggal..

Masih lagi meneruskn dana pencarian dgn harapan bangunan yg dirancang beli ini menjadi hak milik ank ank syurga Jalinan Kasih..

Alhamdulillah..
Allah Maha HEBAT lagi Maha Mengetahui..


PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.WAKTU ARAB SA...
04/06/2025

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - KHAMIS - 5 Jun 2025
Zuhur 🇸🇦 12:22pm
Maghrib 🇸🇦 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - JUMAAT - 6 Jun 2025
Waktu 🇲🇾 5:22pm
Waktu 🇲🇾 12:04am

Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada Hari KHAMIS di kira puasa hari Tarwiyah manakala *Puasa pada hari JUMAAT 6/6/2025 (9 Zulhijjah 1446H) dikira Puasa Arafah.*

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”

Ya Allah, siapa pun juga yang komen Aamiin dan menekan butang Share LIMPAHKANLAH REZEKI Kepadanya, SIHATKANLAH Badannya, PANJANGKANLAH Umurnya.

Kun Fayakun. Balaslah dengan menulis Aamiin 🤲

Aamiin Ya Rabbul Alamin.

04/06/2025

Lautan mana x ditimpa gelora
Selagi bernama manusia selagi itu diuji..diuji tanda Allah sayang dn terpilih sbgi hambaNya..
Namun bersyukur sangat² kerana Allah pelihara kami dr menjadi scammer penjualan hartanah..
Jalan terus..Man jadda wa jada..

Address

11g, Jalan Sutera 4
Cheras
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share