01/10/2026
🍁Aktiviti Pra Vokasional Bulan September🍁
🌟Part 2🌟
🩷Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk mempelajari kemahiran melalui pengalaman secara praktikal dan hands-on. Sepanjang aktiviti, murid dilatih untuk mengikuti arahan, menyiapkan tugasan mengikut langkah yang diberikan serta menggunakan peralatan dan bahan dengan cara yang betul.
🩷Aktiviti ini turut membantu meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar, koordinasi mata dan tangan, fokus, komunikasi, pengurusan diri serta kemahiran bekerja secara teratur. Murid juga digalakkan untuk membina sikap bertanggungjawab, berdikari, bekerjasama dan yakin dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
🩷Melalui aktiviti yang dijalankan secara konsisten, murid dapat mengembangkan kemahiran dan membina persediaan untuk menjalani kehidupan yang lebih berdikari pada masa akan datang. 💪✨