26/03/2025
Izinkan saya menulis, sekali lagi, hanya kali ini saya memilih berbeza pendapat dengan rakan rakan FB yang lain.
Sewaktu rusuhan yang berlaku tahun 2018 di Kuil Sri Maha Mariamman yang berlaku bulan November, antara penyebab rusuhan itu adalah perasan tidak setuju jawatankuasa kuil termasuk pengikutnya terhadap pemilik sebenar tanah kuil apabila mereka diminta berpindah.
Kerana kuil itu didirikan atas tanah bukan milik kuil, tetapi milik syarikat swasta yang ingin membangunkan tanah berkenaan.
Hasil rusuhan, kita terdengar berita kematian ahli bomba dari Kedah, secara spesifiknya, dari Tebengau, Kuala Kedah iaitu Allahyarham Tuan Muhammad Adib.
Hasil kedua, kerajaan Selangor terpaksa campur tangan yang akhirnya pihak kuil menerima tanah ganti kemudian sejumlah pampasan.
Tahun 2025, kuil itu masih gah di lokasi sama walaupun tanah ganti dapat dan pampasan telah diterima.
Dan tahun 2025 juga, berita seperti ini muncul sekali lagi. Malaysia didirikan dengan perlembagaan yang direka cermat bagi membolehkan rakyatnya hidup aman damai. Set undang undang negara juga merangkumi keadilan bagi semua rakyat yang bernaung di bawah nama Malaysia.
Bagi mendirikan masjid atau surau, kebanyakkan didirikan atas tanah wakaf yang disedekahkan oleh pemiliknya bagi tujuan kemakmuran masyarakat. Ada kes surau didirikan atas tanah kerajaan, selepas sela masa dirobohkan kerana milikan tanah bertukar tuan.
Tak pernah kita dengar (atau, saya tak pernah dengar) ada tanah ganti, ada pampasan kepada jawatankuasa penubuhan surau agar surau baru dapat dibangunkan semula. Yang hak tetap hak. Yang batil tetap batil.
Tapi, bagi binaan kuil atas tanah bukan miliknya, bagi tahun 2025, kita benar benar merasa sangat hairan. Bila tiba masanya tuan tanah ingin mengusahakan tanahnya, tiba tiba ada bantahan.
Bantahan apa jika struktur yang dibina itu bukan atas tanah milik mereka? Menggerunkan kita, ahli politik pun masuk sama menyokong bantahan berkenaan.
Benar, kita mesti menjaga perpaduan kaum dan agama. Adakah agama mengajar kita mencuri hak orang lain?
Jika mencuri itu dibenarkan, maka itu bukan sesekali datang dari ajaran agama. Itu adalah ajaran extremis. Ajaran yang datang dari mereka yang tiada kefahaman dalam beragama.
Bahasa mudah, perbuatan itu bukan dari agama tetapi dari kelompok puak yang rakus mempergunakan agama demi keuntungan sendiri.
Bila orang politik masuk campur, sentimen mencuri sudah bertukar menjadi sentimen kaum. Masing masing nak tunjuk hero. Akhirnya yang berlaku?
"Ini tanah ganti untuk kau, buat kuil di sini"
Bolehkah begitu?
Persatuan Christian bersungguh-sungguh cari duit nak beli tanah, nak bina gereja. Persatuan Buddhism bersungguh-sungguh mencari duit nak beli tanah, nak membina tokong. Jawatankuasa penubuhan masjid bersungguh-sungguh cari siapa boleh mewakafkan tanah supaya masjid dapat dibina.
Tiba tiba yang bina kuil secara tidak sah ini, mudah sungguh laluan mereka mendapat tanah dengan bermodalkan bina struktur di tanah kosong bukan milik mereka, bila sampai masa perlu pindah, diberi p**a tanah baru sebagai ganti.
Ini sangat tidak munasabah!
Benar, Menteri Wilayah Persekutuan mengatakan pemberian tanah ganti itu sebagai One off, tidak boleh dijadikan "precedent".
Ini bukan tentang "precedent", ini tentang kesatuan orang lain bertungkus lumus berusaha bersungguh-sungguh menjaga dakwah agama mereka secara bermaruah dan mengikut lunas undang-undang di Malaysia.
Maka berita ini menggambarkan jawatankuasa kuil termasuk ahli politik yang membela mereka tidak langsung memiliki sekelumit zarah bangga diri dalam membela maruah agama mereka.
Kita sangat faham, dengan keadaan pilihanraya kecil yang sedang berlaku, isu ini akan mempengaruhi angka mereka yang akan menyokong kerajaan Madani.
Maka DBKL melalui Menteri Wilayah Persekutuan perlu menyelesaikan isu ini melalui tawaran tanah 4000kps sebagai ganti.
Siapa rakyat Malaysia yang boleh terima berita ini? Pengikut Hindu yang bermaruah tidak akan sesekali dapat menerima berita ini.
Saya yang pernah menyaksikan runtuhnya Madrasah Salihiah Kanchut, Alor Setar, yang berusia lebih dari 100 tahun sebab nak bagi laluan pada pembinaan Aman Sentral pun tak akan tak dapat nak memproses berita luar biasa ini.
Bandar Alor Setar lebih lama wujudnya berbanding Kuala Lumpur. Sejarah Kedah ini lebih lama dari sejarah Melaka.
Banyak komentar dalam media sosial dari penganut Hindu yang bermaruah, yang memahami agama, pun setuju kuil yang dibangunkan atas tanah bukan milik perlu dirobohkan.
Tak perlu nak ganti tanah. Perkara yang melanggar undang-undang adalah perkara yang tetap melanggar undang-undang.
Kepada DBKL, perbuatan memberi tanah ganti percuma kepada kuil yang dibina atas bukan tanah milik jawatankuasa kuil adalah perbuatan yang tidak patut.
Belajarlah dari peristiwa rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman tahun 2018.
Jika benar komuniti mereka perlukan kuil, maka DBKL harus tawarkan tanah sebesar 4000kps itu sebagai tanah ganti yang wajib dibayar oleh jawatankuasa kuil berkenaan pada harga pasaran. Bukan diberi percuma kerana ada ahli politik yang terlibat dalam bantahan.
Kita rakyat Malaysia wajib ikut undang-undang. Golongan minoriti atau majoriti, semuanya dibawah takluk undang-undang.
Berhentilah dari tunduk pada desakan extremis yang mempergunakan kuil sebagai batu loncatan dapat mendapat tanah percuma dari kerajaan.
Kita tidak bermusuhan dengan penganut agama Hindu. Kita sedang bermusuhan dengan extremis yang mempergunakan agama Hindu demo kepentingan sendiri.
Seperti mana kita sedang bermusuhan dengan extremis yang mempergunakan agama Islam dalam mendapatkan sokongan penyokong politik agar kekal taksub. Bila perintah negeri duit tak pandai urus, mulalah menuduh kerajaan Pusat itu dan ini.
Kedaulatan undang-undang menjamin hak setiap Rakyat Malaysia hidup aman sentosa.
Barangsiapa yang membaca sampai habis, tahniah. Selalunya tulisan panjang panjang sebegini orang skip sahaja.