Pondok Bukit Durian Melaka

Pondok Bukit Durian Melaka Tempat pengajian fardhu ain berkitab yang berlandaskan sistem Pondok di Malaysia.

🧱 JOM WAKAF SIMEN 🧱Fasa 2 Pembangunan Pondok Pendidikan Bukit Durian MelakaAlhamdulillah, kerja-kerja pembersihan, merat...
11/06/2026

🧱 JOM WAKAF SIMEN 🧱

Fasa 2 Pembangunan Pondok Pendidikan Bukit Durian Melaka

Alhamdulillah, kerja-kerja pembersihan, meratakan tapak dan pembinaan infrastruktur asas telah selesai dilaksanakan. Kini kami sedang mengumpulkan dana bagi memulakan pembinaan tempat pengajian (balasoh) dan kemudahan pengajian di tapak Pondok Bukit Durian Melaka.

Melalui kempen Wakaf Simen, kami mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha membangunkan pusat pendidikan Islam yang bakal memberi manfaat kepada generasi akan datang.

🧱 Pilihan Wakaf Simen
• RM25 = 1 Beg Simen
• RM50 = 2 Beg Simen
• RM100 = 4 Beg Simen
• RM250 = 10 Beg Simen
• RM500 = 20 Beg Simen

🤲 Sebarang jumlah sumbangan amat dialu-alukan.

🏗️ Tapak sebenar Pondok Bukit Durian Melaka telah siap diratakan dan kini bersedia untuk fasa pembinaan.

💳 Sumbangan boleh disalurkan ke:

Akaun Rasmi Pondok Bukit Durian Melaka

🏦 Maybank
554110567408

📱 WhatsApp:
https://wa.me/60126891942

📞 +60 12-689 1942

📌 No. Kelulusan Kutipan Dana:
800-4/2/217

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan dan saham akhirat yang berkekalan.


Bersama Bina, Bersama Berkat.

📚 PENGAJIAN PONDOK DI MELAKABersama Baba Mat Yusoff Bin Md Razali📍 Lokasi:Madrasah Ihya’ Turathiyah (Rumah Ngaji Melaka)...
11/06/2026

📚 PENGAJIAN PONDOK DI MELAKA
Bersama Baba Mat Yusoff Bin Md Razali

📍 Lokasi:
Madrasah Ihya’ Turathiyah (Rumah Ngaji Melaka) @ Bukit Beruang Melaka

✨ Antara kitab yang dipelajari:
• Matan Al Jurumiyyah
• Matan Bina & Matan ‘Izzi
• Risalah Tauhid
• Safinatun Najah
• Hidayatus Sibyan
• Khulasah Minhajul Abidin
• Taqribul Ikhwan
• Asas I’tiqod
• Penawar Bagi Hati

💥 Pengajian PERCUMA
📖 Kitab disediakan

ZIARAH MAHABBAH KE KELANTAN• Pondok Baba Rahim - Aur China, Pasir MasAlhamdulillah, pada hari ini rombongan Rumah Ngaji ...
06/06/2026

ZIARAH MAHABBAH KE KELANTAN
• Pondok Baba Rahim - Aur China, Pasir Mas

Alhamdulillah, pada hari ini rombongan Rumah Ngaji Melaka dan Pondok Bukit Durian Melaka telah berkesempatan menziarahi Pondok Aur China, Pasir Mas, Kelantan bagi menghadiri Majlis Pernikahan anak kepada Tuan Guru Baba Rahim.

Rombongan ini diketuai oleh Baba Mat Yusoff bin Md Razali dan Ustaz Mohd Nidzam Bin Hj Omar, bersama beberapa sahabat dan admin Rumah Ngaji Melaka serta Pondok Bukit Durian Melaka, Saudara Muhammad Fairuz & Saudara Khairil.

Kehadiran ini bukan sahaja bagi memenuhi jemputan walimatulurus, bahkan sebagai tanda ukhuwah, kasih sayang dan hubungan baik yang telah sekian lama terjalin antara Tuan Guru di Kelantan serta sahabat sahabat pondok.

Semoga majlis yang berlangsung diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan, mawaddah dan rahmah kepada pasangan pengantin, serta terus mengeratkan hubungan silaturrahim antara pusat-pusat pengajian dan para pencinta ilmu.

Rumah Ngaji Melaka, Bersama Dalam Ilmu.
✨ Bersama Bina, Bersama Berkat

🌿 PERKEMBANGAN TERKINI PONDOK BUKIT DURIAN MELAKAAlhamdulillah, proses pembangunan Fasa 2 Pondok Bukit Durian Melaka sed...
05/06/2026

🌿 PERKEMBANGAN TERKINI PONDOK BUKIT DURIAN MELAKA

Alhamdulillah, proses pembangunan Fasa 2 Pondok Bukit Durian Melaka sedang memasuki peringkat penyediaan pelan oleh pihak arkitek dan jurutera.

Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan di tapak belum dapat dimulakan sementara menunggu pelan teknikal disiapkan dan diselaraskan.

Insya-Allah, sebaik sahaja proses ini selesai, kerja penandaan tapak dan pembinaan akan dimulakan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang sentiasa bertanya khabar dan mendoakan perkembangan pondok ini.

Mohon terus doakan agar segala urusan dipermudahkan dan pembangunan pusat pengajian ini dapat direalisasikan demi manfaat umat.

✨ Bersama Bina, Bersama Berkat

📞 WhatsApp Admin:
https://wa.me/60126891942

SUMBANGAN IKHLAS ANDA BOLEH DISALURKAN TERUS KE AKAUN RASMI PONDOK BUKIT DURIAN MELAKA
🏦 Maybank Islamic
554110567408
(Pondok Bukit Durian Melaka)

PEMAKLUMAN RASMI PENUTUPAN PENYERTAAN IBADAH QURBAN BERSAMA RUMAH NGAJI MELAKA & RNM QURBAN 1447H / 2026Alhamdulillah, d...
25/05/2026

PEMAKLUMAN RASMI PENUTUPAN PENYERTAAN IBADAH QURBAN BERSAMA RUMAH NGAJI MELAKA & RNM QURBAN 1447H / 2026

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah Ta‘ala, dimaklumkan bahawa penyertaan ibadah qurban bersama Rumah Ngaji Melaka & RNM Qurban telah DITUTUP secara rasmi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua sahabat, peserta, penyumbang dan ahli keluarga yang telah memilih serta memberikan kepercayaan kepada kami untuk membantu urusan pelaksanaan ibadah qurban pada tahun ini.

Terima kasih kerana bersama-sama berusaha menyempurnakan ibadah yang mulia ini dengan penuh amanah, teliti dan mengikut syarak — daripada urusan pendaftaran, akad salam, wakalah, pemilihan haiwan, pelaksanaan sembelihan hinggalah kepada agihan.

📍 Jadual Pelaksanaan Ibadah Qurban 1447H / 2026

🐐 MEKAH AL-MUKARRAMAH
Pelaksanaan qurban kambing akan dilaksanakan pada Hari Raya Pertama di Mekah di Kilo ‘Asharah, tertakluk kepada pengisytiharan rasmi Hari Raya oleh Kerajaan Arab Saudi.

🐄 MADRASAH TAHFIZUL ULUM, TUMPAT, KELANTAN
Pelaksanaan qurban lembu akan dibuat pada Hari Raya Pertama (27 Mei – Rabu) bermula sekitar 8.30 pagi insya-Allah.

🐐 MELAKA – SURAU AL-QAMAR, TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUANG
Pelaksanaan sembelihan kambing qurban akan dilaksanakan pada Hari Raya Kedua (28 Mei) bermula sekitar 8.30 pagi insya-Allah.

Mohon semua peserta mengambil maklum jadual pelaksanaan masing-masing dan terus berada dalam kumpulan rasmi untuk hebahan gambar, video, perkembangan semasa, makluman agihan serta dokumentasi pelaksanaan.

Doakan agar seluruh pelaksanaan ibadah qurban tahun ini dipermudahkan, dipelihara daripada segala kekurangan dan diterima oleh Allah Ta‘ala sebagai amal soleh buat semua peserta.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. 🤍

SETIAP IBADAH PERLU DISULAM DENGAN ILMU - PERKEMASKAN SETIAP IBADAHAlhamdulillah, hari ini Wakil dari Pondok Bukit Duria...
24/05/2026

SETIAP IBADAH PERLU DISULAM DENGAN ILMU - PERKEMASKAN SETIAP IBADAH

Alhamdulillah, hari ini Wakil dari Pondok Bukit Durian Melak, Admin RNM Qurban & Rumah Ngaji Melaka berkesempatan menghadiri Daurah Fiqh Qurban dan Sembelihan di Melaka.

Program ilmiah ini telah disampaikan oleh Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah bin Haji Hussin, penulis kitab Fiqh Korban & Sembelihan Menurut Mazhab Syafi‘i yang menjadi rujukan dalam daurah tersebut.

Daurah berlangsung di Masjid As-Saadah bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang, dianjurkan bersama oleh pihak masjid dan Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka.

Banyak perbincangan dan peringatan penting disentuh berkaitan fiqh ibadah qurban dan sembelihan menurut Mazhab Syafi‘i, khususnya supaya pelaksanaan qurban tidak hanya menjadi urusan penyembelihan semata-mata tetapi benar-benar menepati syarat, rukun dan amanah ibadah.

Insya-Allah ilmu dan manfaat yang diperoleh hari ini akan turut membantu terus memperkemaskan pelaksanaan ibadah qurban tahun ini agar lebih teliti, berhati-hati dan mengikut syarak sebaiknya — daripada akad, wakalah, pemilihan haiwan, sembelihan sehinggalah agihan.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas ruang ilmu yang sangat bermanfaat.

Pelaksanaan Ibadah Qurban Melaka 1447H / 2026MInsya-Allah pelaksanaan ibadah Qurban bersama Rumah Ngaji Melaka & RNM Qur...
24/05/2026

Pelaksanaan Ibadah Qurban Melaka 1447H / 2026M

Insya-Allah pelaksanaan ibadah Qurban bersama Rumah Ngaji Melaka & RNM Qurban akan berlangsung seperti berikut:

📍 Surau Al-Qamar
Taman Bunga Raya
Bukit Beruang, Melaka
🗓️ Khamis | 28 Mei 2026 | Hari Raya Kedua
🕣 8.30 Pagi

Bersama:
• Baba Mat Yusoff Bin Md Razali
• Ustaz Mohd Nidzam Bin Hj Omar
• Imam Ahmad Afidz Bin Mohlisin

Pelaksanaan ini sebagai usaha menyempurnakan ibadah Qurban dengan penuh amanah, teliti dan sebaik-baiknya mengikut tuntutan syarak — daripada pembelian haiwan qurban, persiapan, sembelihan, lapahan hingga agihan.

Anjuran:
Rumah Ngaji Melaka & RNM Qurban

SAHABAT MUSLIMAT (LELAKI SAHAJA) : Dijemput hadir bagi bersama-sama membantu menjayakan pelaksanaan ibadah ini.

INFO ||| 012-689 1942

PANGGILAN TERAKHIR DAFTAR! 🚨Tinggal beberapa hari sahaja sebelum tarikh tutup pendaftaran – 25 Mei 2025.Masih mencari pe...
23/05/2026

PANGGILAN TERAKHIR DAFTAR! 🚨
Tinggal beberapa hari sahaja sebelum tarikh tutup pendaftaran – 25 Mei 2025.

Masih mencari peluang untuk melaksanakan Ibadah Qurban di Mekah dengan urusan yang mudah, cepat dan dipercayai? Inilah masanya.

✅ Harga RM399 / Seekor Kambing / Mekah
✅ Urusan pendaftaran dipermudahkan
✅ Hebahan & pelaksanaan melalui saluran rasmi RNM Qurban

JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR

📌 Daftar segera sekarang
Klik WhatsApp admin untuk daftar & pertanyaan:
https://wa.me/60126891942

WhatsApp Admin RNM Qurban (+60126891942)
Minggu terakhir pendaftaran. Tarikh tutup: 25 Mei 2025.
Semoga Allah memudahkan urusan dan menerima ibadah qurban kita semua. 🤲

Shukran, Alhamdulillah 🤲🐄Persediaan awal bagi pelaksanaan Ibadah Qurban di Pondok Bechah Resak, Tumpat, Kelantan kini se...
23/05/2026

Shukran, Alhamdulillah 🤲🐄

Persediaan awal bagi pelaksanaan Ibadah Qurban di Pondok Bechah Resak, Tumpat, Kelantan kini sedang berjalan dengan baik dan sebahagian lembu bagi peserta telah mula disediakan.

Alhamdulillah, semoga segala urusan dipermudahkan dan dipelihara Allah Ta‘ala sehingga hari pelaksanaan nanti.

Bagi sahabat-sahabat yang masih mencari peluang untuk menyertai ibadah qurban tahun ini, masih lagi dibuka kekosongan bagi penyertaan lembu qurban.

📌 1 Bahagian Lembu – RM900 sahaja
📍 Lokasi pelaksanaan: Madrasah Tahfizul Ulum, Pondok Bechah Resak, Tumpat, Kelantan
🕌 Insya-Allah pelaksanaan pada Hari Raya pertama

Penyertaan dan pertanyaan boleh dibuat terus kepada Saudara Qatar – RNM Qurban & Rumah Ngaji Melaka:

📲 WhatsApp:
Klik sini untuk daftar segera

Jangan lepaskan peluang ibadah setahun sekali.
Mudah-mudahan Allah menerima ibadah qurban kita semua, meluaskan rezeki dan mengurniakan keberkatan kepada para peserta.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin 🤲

Address

Lot 2938 Bukit Durian, Mukim Bukit Lintang
Bukit Lintang
75460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Bukit Durian Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pondok Bukit Durian Melaka:

Share