Halaqat Muqarrabin Bota Kiri Perak Tengah

Website

Halaqat Muqarrabin Bota Kiri Perak Tengah PERSATUAN HALAQAT MUQARRABIN BOTA KIRI
PERAK TENGAH PERAK
( PPM - 002-08-09072013 )

selamat datang
07/07/2026

selamat datang

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Seluruh warga Hospital Seri Iskandar merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Dr. Nor Sahliza binti Rahman atas pelantikan sebagai Pengarah Hospital Seri Iskandar.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, berlandaskan integriti, profesionalisme dan kebijaksanaan. Diharapkan Hospital Seri Iskandar akan terus mencatat pelbagai pencapaian serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti demi kesejahteraan masyarakat.

Selamat menjalankan tugas dan semoga kehadiran Dr. Nor Sahliza menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh budaya kerja berpasukan, memperkasa kecemerlangan organisasi serta meneruskan aspirasi Hospital Seri Iskandar dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Hospital Seri Iskandar

29/06/2026
Moh KomeKacau Bubur Asyura Halaqat Muqarrabin Pada 29 Jun 26Masa 8 pagiTempat Rumah Cikgu Abdul Razak Taman Binjai T**i ...
23/06/2026

Moh Kome
Kacau Bubur Asyura Halaqat Muqarrabin

Pada 29 Jun 26
Masa 8 pagi
Tempat Rumah Cikgu Abdul Razak Taman Binjai T**i Gantung

Mesyuarat Kali 1 Sessi 2026 - 202823 Jun 269.30 malam PKM Bota Kanan
23/06/2026

Mesyuarat Kali 1 Sessi 2026 - 2028
23 Jun 26
9.30 malam
PKM Bota Kanan

MESYUARAT AJK HM-1, SESI 2026-2028Insya Allah mesyuarat di atas akan diadakan seperti butiran berikut:- ✒️23 Jun 2026✒️H...
22/06/2026

MESYUARAT AJK HM-1, SESI 2026-2028

Insya Allah mesyuarat di atas akan diadakan seperti butiran berikut:-

✒️23 Jun 2026
✒️Hari Selasa
✒️Jam 8.30 mlm
✒️Di PKM Bota

Agenda mesyuarat:-
1. Aluan pengerusi
2. Sah minit lalu
3. Perkara berbangkit
4. Laporan kewangan
5. Laporan korban
6. Program bubur Asyura
7. Lawatan dan baju batik
8. Hal-hal lain

Semua ajk diwajibkan hadir.

Terima kasih

Setiausaha
Persatuan Halaqat Muqarrabin Bota Kiri Perak Tengah Perak.

21/06/2026

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐤𝐳𝐢𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐫𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Badaruddin yang telah kembali ke rahmatullah di Kampung Senin.

Sesungguhnya pemergian ini amat dirasai oleh keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Buat keluarga Allahyarham, semoga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian kehilangan ini. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan kepada Allah jualah kita semua akan kembali.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar segala urusan pengurusan jenazah dipermudahkan.

Al-Fatihah.

YB Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib
Ahli Parlimen Parit

Address

Bota Kiri
Bota
32600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaqat Muqarrabin Bota Kiri Perak Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share