Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu

Call Contact the organization

Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu (PPBMKT:3251/13/23) merupakan satu kelab yang telah diregister pada tahun 2023.

Kelab ini telah bergiat untuk mengasahkan bakat orang muda untuk pergi lebih daripada biasa.

04/07/2026

Perjumpaan Pertama Projek Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Bintulu, 4 Julai - 5 orang peserta ARP telah buat perjumpaan Pertama bersama Pemimpin bertauliah iaitu Encik Mohamad Amirrul Mukminin.
Perjumpaan pertama ini menerangkan tentang ARP dan perancangan mereka utk jalankan program. Mereka ambil ARP Peringkat Gangsa dan perlu habis aktiviti selama 3 hingga 6 bulan.
Ada berminat nak sertai ARP? Antara 14 hingga 24 tahun, boleh PM Kami.

πŸ”₯ KUASA ORANG MUDA πŸ”₯πŸ“… Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)πŸ•‘ Masa: 2.00 – 4.00 PetangπŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna IKBN MiriPenganjur...
24/06/2026

πŸ”₯ KUASA ORANG MUDA πŸ”₯

πŸ“… Tarikh: 21 Mei 2026 (Khamis)

πŸ•‘ Masa: 2.00 – 4.00 Petang

πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna IKBN Miri

Penganjur & Rakan Kolaborasi

Penganjur: IMPACT

Bersama: Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu

Tujuan Program

Memberi penerangan tentang kepentingan undi dalam mempengaruhi hala tuju negara.

Memberi kesedaran tentang pemilihan dengan pemikiran kritis.

Memberi keterangan tentang penilaian selepas pengundian dan peranan rakyat selepas memilih.

Penyertaan

Program ini dijangka menghimpunkan 500 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IKBN Miri dan ILP Miri.

16 MEI, UPM Bintulu - Bengkel Canva dan Penyediaan Penyuntingan Video Tahun  2026 Peringkat  Bahagian Bintulu  telah dil...
23/06/2026

16 MEI, UPM Bintulu - Bengkel Canva dan Penyediaan Penyuntingan Video Tahun 2026 Peringkat Bahagian Bintulu telah dilaksanakan pada Sabtu lepas bertempat di Bilik Kuliah 2, UPM Sarawak dengan penyertaan yang menggalakkan daripada golongan belia dan peserta sekitar Bahagian Bintulu.

Program yang diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi Canva serta asas penyuntingan video bagi membantu menghasilkan bahan promosi dan kandungan digital yang lebih kreatif dan berkualiti.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta diberikan pendedahan berkaitan teknik asas reka bentuk grafik menggunakan Canva termasuk penyediaan poster, bunting dan kandungan media sosial. Selain itu, peserta turut mempelajari kaedah penyuntingan video seperti pemotongan klip, penggunaan audio, transisi serta penyusunan visual yang menarik.

Penceramah dan fasilitator bengkel turut berkongsi pelbagai tips dan teknik penghasilan kandungan digital yang efektif bagi membantu peserta mengembangkan kreativiti serta meningkatkan kemahiran dalam bidang multimedia dan komunikasi digital.
Pelaksanaan bengkel ini juga diharap dapat melahirkan lebih ramai golongan belia yang celik teknologi dan mampu menghasilkan kandungan kreatif untuk kegunaan program, organisasi serta aktiviti komuniti setempat.Program diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan dan sesi bergambar sebagai kenangan bersama semua peserta dan urus setia program.





Address

Bintulu
97000

Telephone

+60102161486

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu:

Shortcuts

Share