Perkim Bahagian Negeri P. Pinang

Call Website Contact the organization

Perkim Bahagian Negeri P. Pinang PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA [PERKIM] BAHAGIAN NEGERI PULAU PINANG
PPM-002-14-01051961-000041

Lima elemen utama menggerakkan hala tuju PERKIM:
1.

Dakwah Islamiah
2. Pendidikan Islam
3. Kerja kebajikan
4. Amal Jariah
5. kerjasama luar

JEMPUTAN KE KULIAH DHUHA PERDANAAssalamualaikum w.b.t.📖 IBU Bidadari SYURGA KULIAH DHUHA PERDANA PARLIMEN NIBONG TEBALJo...
01/10/2026

JEMPUTAN KE KULIAH DHUHA PERDANA

Assalamualaikum w.b.t.

📖 IBU Bidadari SYURGA KULIAH DHUHA PERDANA PARLIMEN NIBONG TEBAL

Jom kita luangkan masa bersama-sama menghadiri majlis ilmu yang penuh dengan pengisian, nasihat dan peringatan yang insyaAllah memberi manfaat buat diri, keluarga dan kehidupan kita.

Bersama:
Ustaz Zul Ramli M. Razali
Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara

📅 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 pagi – 11.30 pagi
📍 Masjid Nurul Iman, Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal

Ayuh kita hadir beramai-ramai.
Bawa bersama ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak serta sahabat handai.

Semoga langkah kita menuju majlis ilmu ini menjadi langkah yang membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT.

🌹 Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan menghayati pengorbanan seorang ibu insan yang sentiasa dekat dengan pintu syurga.

InsyaAllah, kita jumpa di Masjid Nurul Iman.
Jemput hadir, jemput sebarkan.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam...
01/10/2026

Tahniah diucapkan kepada Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Semoga di bawah kepimpinan beliau, kecemerlangan akan terus melakar dan memberi impak positif kepada agama, masyarakat dan negara.

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐇𝐀𝐒𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Keba...
28/09/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇𝐘𝐀𝐑𝐇𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍 𝐃𝐑. 𝐇𝐀𝐒𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐀𝐋𝐈

Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan ucapan takziah yang setulus-tulusnya kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Penasihat Khas PERKIM, serta seluruh ahli keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN), pada usia 100 tahun.

Pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.

PERKIM amat berdukacita atas kehilangan seorang tokoh wanita yang telah melalui perjalanan kehidupan yang panjang serta menjadi pendamping setia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Allahyarhamah turut dikenali sebagai seorang insan yang mempunyai ketokohan dan sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan negara.

Sesungguhnya, ajal dan maut merupakan ketetapan Allah SWT.

15/09/2026
Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Mohd Asrul Bin Ismail (Naib Pengerusi PERKIM Cawangan Tanjung Tokong/ mantan ahli ...
15/09/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Mohd Asrul Bin Ismail (Naib Pengerusi PERKIM Cawangan Tanjung Tokong/ mantan ahli jawatankuasa Perkim Bahagian Negeri P. Pinang) telah kembali ke Rahmatullah jam 8 malam pada 14 Sept 2026.

Allahyarham telah berkhidmat dengan PERKIM sejak dari usia muda dan masih berbakti kepada PERKIM sehingga ke hujung usianya. Pihak Perkim Bahagian Negeri P. Pinang mendoakan semoga Allahyarham diberikan keampunan dan rahmat Ilahi, dimasukkan dalam golongan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Semoga ahli keluarga bertabah dengan ujian kehilangan ini.

07/09/2026
DAKWAH JALANAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 20265 SEPT 2026- Perkim Bahagian Negeri P. Pinang mengambil ke...
07/09/2026

DAKWAH JALANAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2026

5 SEPT 2026- Perkim Bahagian Negeri P. Pinang mengambil kesempatan berkomunikasi dan membuka ruang perbualan bersama pelancong luar dan yang belum Muslim dalam program Dakwah Jalanan di sekitar Armenian Street, Kapitan Keling dan Lebuh Acheh. Kehadiran pelancong dari pelbagai pelosok dunia membuka ruang unik kepada PERKIM untuk memperkenalkan Islam dalam suasana yang lebih santai.

Program anjuran PERKIM Kebangsaan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama PERKIM Bahagian Negeri Pulau Pinang ini berlangsung awal pagi dengan tumpuan diberikan kepada pelancong dan pengunjung bukan Islam.

Selain perbualan awal dimulai dengan pertanyaan khabar dan sapaan ringkas, pasukan PERKIM turut menggunakan cenderahati sebagai medium untuk memulakan komunikasi dua hala. Pendekatan interaksi dua hala turut diperkenalkan menerusi satu sudut khas yang mengajak pengunjung menjawab soalan “Where are you from?” selain meninggalkan pesanan melalui ruangan “Leave a Message”.

Ruang tersebut memberikan peluang kepada pengunjung untuk berkongsi negara asal dan meninggalkan pesanan, sekali gus menjadikan interaksi antara petugas dengan mad‘u lebih terbuka dan tidak terlalu formal.

Dalam pada itu, bahan dakwah turut disampaikan menerusi pamphlet dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris yang dimasukkan bersama beg cenderahati. Kaedah tersebut membolehkan mesej berkaitan Islam disampaikan dengan mengambil kira kepelbagaian bahasa dan latar belakang pelancong yang ditemui.

“Dakwah kepada non Muslim disampaikan melalui pamphlet dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris yang dimasukkan bersama beg cenderahati, selain interaksi secara langsung dengan mad‘u.

Perkim Pulau Pinang amat berterima kasih kepada pihak PERKIM Kebangsaan yang diwakili oleh Eksekutif Dakwah PERKIM Kebangsaan, Ustaz Farhan Tee Abdullah, Eksekutif Dakwah 3, Nur Syahirah Musa, Timb. Eksekutif Kewangan 2, Mohd Azrol Mohd Azmi & unit media Perkim Kebangsaan, Ummi Musfirah di atas kesudian memilih negeri Pulau Pinang sebagai destinasi dakwah jalanan. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada para sukarelawan yang setia membantu, En. Khalled KumarraVarman, Cik Aqilah & Cik Farhana, mudah-mudahan program ini meninggalkan satu pengalaman yang bermakna buat kalian.

"Sampaikanlah daripadaku walau hanya satu ayat" _riwayat al-Bukhari_

Bersama kita hidupkan dakwah, menuju keredhaan Allah.


04/09/2026

Rasulullah SAW mengajar kita untuk menyampaikan ilmu, mengajak kepada kebaikan dan membimbing manusia menuju jalan Allah.

Hari ini kita mungkin tidak bersama Rasulullah SAW dalam perjuangan dakwah, tapi kita masih mampu menyambung amanah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Jom sokong usaha membina generasi kembali kepada Allah SWT.


🌏 Santunan Saudara Kita, Untuk SemuaKompleks Darul Hidayah terus komited memberikan khidmat dan santunan kepada Saudara ...
02/09/2026

🌏 Santunan Saudara Kita, Untuk Semua

Kompleks Darul Hidayah terus komited memberikan khidmat dan santunan kepada Saudara Kita daripada pelbagai latar belakang, termasuk dalam kalangan bukan warganegara.

Sehingga kini, khidmat dan santunan telah melibatkan Saudara Kita daripada 17 buah negara.

Dalam menyantuni kepelbagaian ini, aspek bahasa turut diberikan perhatian. Pendekatan penyampaian akan disesuaikan dan diperluas mengikut tahap kefahaman serta bahasa yang boleh digunakan oleh Saudara Kita, khususnya dalam penyampaian ilmu dan bimbingan berkaitan Islam.

Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap Saudara Kita mendapat maklumat yang jelas, kefahaman yang baik dan pengalaman santunan yang positif, tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan latar belakang.

Skop khidmat turut merangkumi urusan pengislaman, pembelajaran Islam, kebajikan dan santunan serta pengurusan jenazah Saudara Kita beragama Islam dengan melibatkan pihak kedutaan dan agensi berkaitan.

Berbeza bahasa dan budaya, tetapi tetap satu dalam ukhuwah.
Kompleks Darul Hidayah akan terus memperkasa pendekatan khidmat dan santunan agar lebih inklusif, responsif dan bersesuaian dengan keperluan Saudara Kita.
Insya-Allah🩵🤍💛

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَي...
02/09/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dengan penuh rasa dukacita, Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga serta waris Allahyarham Alfian bin Mohamad Marzuki anak kepada Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, Dato’ Dr. Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar.

Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

ألفاتحة..

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇
𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒
𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐈𝐌

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali.

Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, seluruh Warga serta Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan salam takziah kepada YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar, Setiausaha Agung Kehormat PERKIM serta seluruh ahli keluarga dan waris atas kembalinya ke rahmatullah anakanda beliau yang dikasihi, Allahyarham Alfian bin Mohamad Marzuki.

Sesungguhnya, pemergian insan yang dikasihi merupakan suatu kehilangan yang amat besar. Namun, setiap yang bernyawa pasti akan kembali menghadap Allah SWT pada waktu yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Seluruh Warga dan Kepimpinan Tertinggi PERKIM bersama-sama menzahirkan rasa simpati serta dukacita yang mendalam kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan. Semoga Dato’ Dr. Haji Mohamad Marzuki Mohamad Omar sekeluarga terus dikurniakan kekuatan, ketabahan, kesabaran serta kecekalan dalam menghadapi ujian dan ketentuan Allah SWT ini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham Alfian bin Mohamad Marzuki sentiasa dicucuri rahmat dan keampunan oleh Allah SWT, dilapangkan serta diterangi kuburnya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman, soleh dan dikasihi-Nya.

ألفاتحة..

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾

𝘿𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖:
𝙎𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝 𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙥𝙞𝙢𝙥𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙧𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙞
𝙋𝙚𝙧𝙩𝙪𝙗𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙗𝙖𝙟𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙈𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨𝙞𝙖 (𝙋𝙀𝙍𝙆𝙄𝙈)

Address

19, Jalan Aziz Ibrahim, Pantai Jerjak
Bayan Lepas
11900

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60136429807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkim Bahagian Negeri P. Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkim Bahagian Negeri P. Pinang:

Shortcuts

Share