Kampung Tabong Singai Community

Kampung Tabong Singai Community TIMOGAH itulah cara kami
MAJU itulah misi kami
TIRUKUM itulah imej kami

TIMOGAH . MAJU . TIRUKUM

Sabtu (11.10.2025) - Kami JKKK Tabong dan seluruh warga Kampung Tabong Singai ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada ...
11/10/2025

Sabtu (11.10.2025) - Kami JKKK Tabong dan seluruh warga Kampung Tabong Singai ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Henry Harry Jinep atas pengurniaan Pangkat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) sempena Hari Keputeraan Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak yang membawa gelaran 'Datuk'. Semoga YB Datuk terus dikurniakan kebijaksanaan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan tugas menyantuni rakyat. Tahniah YB DHHJ!!

TIMOGAH . MAJU . TIRUKUM



Masih belum terlambat lagi untuk saya, Admin Kampung Tabong Singai Community mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2025. ...
03/06/2025

Masih belum terlambat lagi untuk saya, Admin Kampung Tabong Singai Community mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2025. Tuhan memberkati kita semua dengan rezeki yang melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik. Amen 🙏.

Timogah . Maju . Tirukum



16/05/2025

Hai warga Kampung Tabong. Esok jangan lupa yaa pegi rotong royong 🫡✌️ . Bawa pekakas² yang diperlukan

Tahniah pasukan futsal Kampung Tabong iaitu TFT yang telah berjaya menjadi Johan bagi Kejohanan Futsal Gereja 2025 yang ...
06/04/2025

Tahniah pasukan futsal Kampung Tabong iaitu TFT yang telah berjaya menjadi Johan bagi Kejohanan Futsal Gereja 2025 yang diadakan di Dewan Futsal Redeems pada 31.3.2025 yang lalu. Ini merupakan kejayaan pertama untuk tahun 2025 ini, mari kita sama-sama doakan agar pasukan ini terus berjaya di masa mendatang dan dapat melahirkan lagi generasi muda yang berbakat dalam sukan futsal ini. Tahniah sekali lagi kita ucapkan.

Timogah . Maju . Tirukum


Pasukan TFT juara Kejohanan Futsal Gereja 2025 dari Suara Sarawak

25 Mac 2025 - Pada awal bulan Mac yang lalu. Penduduk Kampung Tabong Singai telah menerima sumbangan bantuan tangki air ...
25/03/2025

25 Mac 2025 - Pada awal bulan Mac yang lalu. Penduduk Kampung Tabong Singai telah menerima sumbangan bantuan tangki air yang telah dipohon pada tahun 2018-2019. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan GPS atas bantuan yang telah diberikan ini. Pihak JKKK telah bertungkus tumus mengagihkan bantuan tangki air ini kepada penduduk yang telah memohon untuk permohonan 2018-2019. Kepada penduduk yang baru memohon bagi tahun 2022-2023, pihak JKKK memohon maaf kepada KIR dan berharap ada lagi bantuan tangki air ini untuk fasa seterusnya. Terima kasih kepada semua penduduk yang memberi kerjasama dan bersabar untuk menanti sumbangan bantuan ini. 🙏

Timogah . Maju . Tirukum





Address

Bau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Tabong Singai Community posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kampung Tabong Singai Community:

Share