MPKK Batu Uban

  • Home
  • MPKK Batu Uban

MPKK Batu Uban Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Batu Uban

13/05/2026

“Biar jasa jadi kenangan, biar pengorbanan menjadi ingatan.”

MPKK Batu Uban merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Kumaresan Aramugam, ADUN Batu Uban atas usaha, komitmen dan siri rundingan yang telah dijalankan sehingga berjaya mencapai penyelesaian terbaik buat penduduk Kampung Batu Uban.

Alhamdulillah, seramai 21 keluarga berjaya memperoleh pampasan sebanyak RM200,000 bagi setiap unit rumah, manakala 11 penduduk p**a menerima tawaran keutamaan bagi pembelian Rumah Mutiaraku Jenis B di Harmony Vista, Teluk Kumbar.

Semoga segala usaha yang dilakukan demi menjaga kebajikan rakyat dan masa depan penduduk akan terus dikenang dan dihargai oleh masyarakat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu penduduk Kampung Batu Uban.






12/05/2026

YB Kumaresan Aramugam akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan petang ini sekitar jam 1.30 petang hingga 2.00 petang.

YB akan membangkitkan beberapa isu penting melibatkan kawasan dan kepentingan rakyat.

All the best YB, terima kasih kerana cakna dan sentiasa responsif untuk mengatasi permasalahan penduduk di Batu Uban ini.

Alhamdulillah, pada 29 April 2026 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Majlis Taklimat Pertubuhan Dan Pertunjukan ...
08/05/2026

Alhamdulillah, pada 29 April 2026 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Majlis Taklimat Pertubuhan Dan Pertunjukan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia di Padang Batu Uban.

Pihak MPKK Batu Uban amat bersyukur dan berbesar hati kerana jemputan kami telah sudi dipenuhi oleh pihak Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (Cawangan Seberang Jaya), dan lebih membanggakan apabila sesi latihan silat akan diteruskan secara mingguan di Padang Batu Uban selepas ini.

Inisiatif ini diadakan sebagai usaha untuk menghidupkan kembali seni silat warisan bangsa, di samping memberi ruang kepada anak-anak muda mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat, berdisiplin serta mempelajari ilmu mempertahankan diri.

MPKK Batu Uban turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tok Guru Baid Nawi, Tok Guru Shaik Diwan, Al Fadhil Ustaz Fadzlee Bin Daie selaku Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Tn. Manimaran Samba Sivam selaku Ahli Majlis MBPP serta seluruh penduduk kampung dan ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan menunjukkan minat untuk menghantar anak-anak menyertai Silat Pusaka Gayong ini.

Walaupun hujan renyai-renyai turun membasahi bumi pada malam tersebut, semangat para pesilat dan hadirin tetap utuh dan tidak berganjak sehingga majlis selesai sepenuhnya. Semangat inilah yang membuktikan bahawa seni warisan bangsa masih mendapat tempat di hati masyarakat.

Untuk makluman, sesi latihan silat akan dijalankan pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di Padang Batu Uban bermula pada malam ini. Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai latihan ini boleh menghubungi:

📞 Cikgu Azwan – 01173511786
📞 Cikgu Azri – 0175655067

“Takkan Melayu Hilang Di Dunia” 💪🏻🔥

**aupinang

30 April 2026 | Mesyuarat Penyelarasan Isu Penempatan Penduduk Kampung Batu UbanMPKK Batu Uban telah diberi mandat oleh ...
02/05/2026

30 April 2026 | Mesyuarat Penyelarasan Isu Penempatan Penduduk Kampung Batu Uban

MPKK Batu Uban telah diberi mandat oleh YB Kumaresan Aramugam untuk menyelaras satu mesyuarat penting di Tgkt 53, KOMTAR bersama Encik Mathis (Pegawai Khas EXCO Perumahan), Encik Aizuddin dan Puan Haslizatulfaiza, pegawai daripada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, serta wakil penduduk Kampung Batu Uban yang terkesan dengan notis pemindahan daripada pihak tuan tanah. Turut hadir bersama Encik Manimaran Samba Sivam, Ahli Majlis MBPP.

Sejak isu ini timbul, YB Kumaresan Aramugam telah beri komitmen tinggi dengan turun padang, mendengar sendiri rintihan penduduk dan mengadakan rundingan bersama pihak tuan tanah. Hasil usaha berterusan ini, satu persetujuan berjaya dicapai dengan bayaran ex gratia sebanyak RM200,000 bagi setiap unit rumah, satu jumlah yang lebih munasabah dan memberi kelegaan kepada penduduk yang terlibat.

Dalam masa yang sama, beliau turut memainkan peranan penting dalam membantu penduduk mendapatkan penempatan semula melalui permohonan Rumah MutiaraKu. Perkara ini telah dibawa terus kepada perhatian pihak YB Dato Seri Sundarajoo Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, bagi memohon pertimbangan khas memandangkan situasi ini melibatkan keperluan asas tempat berteduh untuk lebih 10 buah keluarga.

Inisiatif Rumah MutiaraKu merupakan satu usaha proaktif oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti dan inklusif kepada rakyat negeri ini.

Sebagai badan penghubung di peringkat komuniti, MPKK Batu Uban akan terus memainkan peranan aktif dalam memastikan kebajikan penduduk sentiasa terbela. Kami komited menjadi jambatan antara rakyat dan pihak berkuasa, serta memastikan setiap isu diselesaikan secara tersusun, berhemah dan berkesan.

MPKK Batu Uban juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Kumaresan Aramugam atas komitmen dan keprihatinan beliau dalam membantu penduduk yang terkesan, serta kepada YB Dato Seri Sundarajoo Somu, pihak Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, dan semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan usaha ini, semoga kerjasama erat ini terus diperkukuhkan demi kesejahteraan komuniti Batu Uban.

InsyaAllah, kami akan terus berdiri bersama penduduk Batu Uban.


**aupinang

28/04/2026

📢 JEMPUTAN KEPADA SEMUA PENDUDUK BATU UBAN📢

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Uban dengan kerjasama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (Cawangan Seberang Jaya) dengan penuh rendah diri ingin menjemput seluruh warga Batu Uban dan kawasan sekitar untuk hadir ke program:

🔥 Taklimat Pertubuhan & Persembahan Silat🔥

🗓 Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
📍 Tempat: Padang Batu Uban
⏰ Masa: 9.00 malam

Saksikan persembahan seni silat yang penuh warisan dan semangat, di samping mendapatkan maklumat mengenai penyertaan sebagai ahli.

Ayuh sama-sama kita memeriahkan program komuniti ini! Kehadiran anda amat dialu-alukan.

💥 Yuran keahlian hanya RM30/bulan bagi setiap pelajar.

Sebarang pertanyaan, hubungi:
📞 Cikgu Azwan: 011-73511786
📞 Cikgu Azri: 017-5655067

📣 JEMPUTAN KEPADA PENDUDUK BATU UBAN 📣Assalamualaikum dan salam sejahtera,Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu...
24/04/2026

📣 JEMPUTAN KEPADA PENDUDUK BATU UBAN 📣

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Uban dan Pejabat ADUN Batu Uban dengan sukacitanya menjemput seluruh penduduk Batu Uban untuk hadir memeriahkan Jualan Rahmah Kasih Sayang yang akan diadakan seperti berikut:

🗓 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 3:00 petang
📍 Lokasi: Sunny Point

Pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan pada harga berpatutan untuk membantu meringankan kos sara hidup anda.

Ayuh datang beramai-ramai bersama keluarga dan jiran tetangga! Sokongan anda amat dihargai bagi menjayakan program komuniti ini.

Jumpa anda di sana! 🤝

Sekian, terima kasih.

**aupinang

LAPORAN AKTIVITI & PRIHATIN KOMUNITI MPKK BATU UBANHari ini, beberapa perkara penting melibatkan kebajikan dan kesejahte...
23/04/2026

LAPORAN AKTIVITI & PRIHATIN KOMUNITI MPKK BATU UBAN

Hari ini, beberapa perkara penting melibatkan kebajikan dan kesejahteraan penduduk Kampung Batu Uban telah diberi perhatian serius oleh pihak MPKK bersama agensi berkaitan.

1️⃣ Lawatan Tapak Isu Banjir Air Pasang

Susulan fenomena air pasang yang menyebabkan limpahan air ke kawasan perumahan, satu lawatan tapak telah diadakan melibatkan wakil MPKK Batu Uban bersama Encik Manimaran Samba Sivam, Ahli Majlis MBPP, Encik Mohd Na’im Bin Sulaiman, Jurutera Daerah JPS Timur Laut serta pegawai JPS, Encik Fikri Zainol.

Lawatan ini bertujuan mengenal pasti punca kejadian serta merangka langkah penambahbaikan sistem saliran dan perparitan. Pihak JPS turut menasihati penduduk agar tidak membuka flap gate secara manual bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Penyelenggaraan berkala akan dipertingkatkan, dan cadangan menaikkan tebing saliran juga akan dikaji sekiranya keadaan semakin kritikal.

2️⃣ Tindakan Tegas Isu Pembuangan Sampah Haram

Semasa berada di lokasi, pihak kami mendapati terdapat pihak luar membuang sampah pukal di kawasan pengump**an sampah kampung.

Encik Manimaran telah mengambil tindakan segera dengan menegur dan memberi amaran tegas kepada individu terbabit. Perkara ini akan dibawa ke perbincangan lanjut bagi memastikan isu ini tidak berulang.

3️⃣ Tinjauan Infrastruktur Kampung & Inisiatif Gotong-Royong

Satu tinjauan turut dilakukan di dalam kawasan kampung bagi melihat keadaan infrastruktur asas seperti sistem perparitan. Beberapa penambahbaikan dikenal pasti perlu dilaksanakan.

Encik Manimaran turut menyatakan komitmen untuk menganjurkan program gotong-royong bersama penduduk, dengan sokongan peralatan daripada pihak MBPP.

4️⃣ Sentuhan Prihatin – Ziarah & Bantuan

Dalam masa yang sama, Encik Manimaran bersama wakil MPKK turut menziarahi sebuah keluarga yang memerlukan bantuan lampin pakai buang. Sumbangan telah disampaikan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat demi kesejahteraan Kampung Batu Uban. MPKK Batu Uban akan terus komited menjadi penghubung antara rakyat dan agensi, demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara.

Alhamdulillah, keprihatinan terus dizahirkan buat penduduk setempat.Pihak MPKK Batu Uban merakamkan ucapan terima kasih ...
15/04/2026

Alhamdulillah, keprihatinan terus dizahirkan buat penduduk setempat.

Pihak MPKK Batu Uban merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mani Maran, Ahli Majlis MBPP, atas kesudian beliau menyantuni Puan Rosinah serta menyampaikan bantuan tongkat yang dipohon bagi memudahkan pergerakan harian beliau.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan meringankan urusan Puan Rosinah. MPKK Batu Uban akan terus komited dalam menjaga kebajikan komuniti setempat.

**aupinang

Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa suatu hari kami akan diberi amanah untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat ...
08/04/2026

Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa suatu hari kami akan diberi amanah untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu Uban. Kita hanya mampu merancang, namun Allah SWT jua yang menentukan segalanya. Alhamdulillah, hari ini MPKK Batu Uban terus memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada penduduk dalam menangani pelbagai isu kebajikan, infrastruktur serta kemudahan awam setempat.

MPKK Batu Uban juga komited melaksanakan pelbagai program yang bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan penduduk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada YB Tuan Sim Tze Tzin serta wakil Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Tuan Kumaresan Aramugam serta wakil Pejabat ADUN Batu Uban, Tn Ismasuhaimi Shariff, Pegawai Daerah Timur Laut, Tn Qushairy Ishak, Penghulu Daerah Timur Laut, Ustaz Fadzlee Daie, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Ahli Majlis MBPP kawasan Tuan Manimaran, Tuan Khairul Ali, Tuan Khairani Shukor, Tuan Haji Yusoff Noor, Tuan Aidil Fitri dan Tuan Chan Soon Aun atas segala bantuan, sokongan dan komitmen dalam membantu menyelesaikan pelbagai isu penduduk serta menjadi penghubung dengan agensi-agensi seperti MBPP, PBAPP, JKR, JPS, TNB dan lain-lain. Jutaan terima kasih juga kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Zakat Pulau Pinang, individu persendirian serta NGO-NGO yang telah menyumbang demi kesejahteraan penduduk kami.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan dan wakil penduduk di Masjid Jamek Batu Uban, Kg Batu Uban, VSK, Flat Taman Utara, Flat Desa Riang, Desa Bestari, N-Park, E-Park, Sunnyville dan Sunny Point yang sentiasa memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti setempat.

Semoga segala usaha ini menjadi penanda aras dan kayu ukur (KPI) kepada kesinambungan kecemerlangan pengurusan MPKK Batu Uban pada masa akan datang. 🙏🏻

Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada seluruh penduduk Batu Uban atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan kami. Segala komitmen dan kebersamaan inilah yang menjadi kekuatan kepada kami untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah dan dedikasi demi kesejahteraan komuniti bersama.

Alhamdulillah, MPKK Batu Uban serta Encik Suharaj dari Yayasan Era Suria telah menyerahkan sebuah bakul makanan kepada s...
07/04/2026

Alhamdulillah, MPKK Batu Uban serta Encik Suharaj dari Yayasan Era Suria telah menyerahkan sebuah bakul makanan kepada sebuah keluarga yang sedang diuji.

Pihak MPKK Batu Uban dengan bantuan dari Pejabat YB ADUN Batu Uban juga akan cuba membantu keluarga ini untuk mendapatkan bantuan daripada pihak JKM dan Zakat Pulau Pinang untuk meringankan kos rawatan secara berkala untuk penyakit yang dihidapi pakcik ini.

Penduduk di Batu Uban terus disantuni dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Pihak MPKK juga turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak serta keluarga tersebut bagi meringankan beban dan menceriakan sambutan Aidilfitri mereka.

Semoga segala usaha kecil ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti. 🤲✨

Address

Dewan MPKK Batu Uban

11700

Telephone

+60164644144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPKK Batu Uban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share