DACS Batu Pahat

DACS Batu Pahat Jabatan seni, budaya dan sukan (DACS) merupakan Jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Batu Pahat. Motto kami adalah "Duta anak muda".

30/01/2026

Cara Kita Untuk Kuatkan ARC Kawasan.
Road To Gathering ARC Malaysia 2026.

Perkongsian dan panduan ini saya kongsikan untuk kita semua ahli dan pimpinan ARC di peringkat kawasan.

Di peringkat kawasan, setiap TTS (Teh Tarik Session) bukan sekadar lepak kosong. Ia adalah program yang boleh kita katakan wajib dan menjadi nadi untuk kita kuatkan gerak kerja ARC di bawah.

Setiap TTS perlu ada 5 perkara utama:
1️⃣ Engagement dengan kelab & komuniti pemotoran setempat.
2️⃣ Penyerahan ahli baharu secara rasmi.
3️⃣ Kaunter ARC (pendaftaran & produk).
4️⃣ Elemen tarbiah dan dakwah, walau ringkas.
5️⃣ Makluman program & hala tuju ARC selepas ini

Bila benda ni kita jaga dan gerakkan, insyallah:
✔️ Ahli rasa dihargai
✔️ Kawasan jadi hidup
✔️ Keahlian bertambah
✔️ Arah perjuangan jelas

ARC bukan sekadar ride.
Ia tentang riadah, ukhuwwah dan dakwah.

Jalan sama-sama, kuat sama-sama, berjuang bersama-sama.

“We Ride For Charity”
Riadah | Ukhuwah | Dakwah

Alternative Riding Club [ ARC Malaysia ]


Presiden
ARC Malaysia

06/11/2025

Innalillahiwa inna ilaihiraajiun ..

Al-Fatihah.

Mendapat perkhabaran duka dimaklumkan Naqib ARC johor Ustaz Ali Akbar telah pun dijemput Ilahi pagi ni dirumahnya kulai.

Ya Allah! Engkau ampunilah segala dosanya, tempatkanlah Allahyarham Ustaz Ali Akbar bersama orang yang beriman. Engkau terimalah segala amal ibadahnya dan keringat dalam kerja-kerja dakwah.

ARC Malaysia
We Ride For Charity
Riadah | Ukhuwah | Dakwah

30/10/2025

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan kepada ARC Malaysia dan tahniah diucapkan kepada wakil dari Johor yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa ARC Malaysia sesi 2025-2027.

Ketua Sektor Latihan & Tarbiah ;
Ustaz Mohd Makhfoz bin Borham

Ketua Sektor Program & Aktiviti ;
Tuan Muhammad Nazrun bin Sanderiman

Semoga Allah SWT bantu dan permudahkan urusan kita semua.

سيروا على بركة الله!
"Bergeraklah dengan keberkatan dari Allah!"

Ikhlas daripada,

Hj Muhd Amin bin Sailan@Sazali
Pengarah DACS
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Address

Batu Pahat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DACS Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share