Rasmi - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat

Rasmi - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rasmi - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat, Non-Governmental Organization (NGO), Batu Pahat.

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP) adalah sebuah organisasi yang berdedikasi untuk membantu dan membela nasib anak-anak yatim di Batu Pahat.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H25 Ogos 2026 | SelasaMarilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan be...
25/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H

25 Ogos 2026 | Selasa

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan meneladani akhlak Baginda serta menyemai kasih sayang, amanah, ihsan dan persaudaraan dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi pedoman dalam setiap langkah kehidupan. 🀍

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΩˆΩŽΨ³ΩŽΩ„ΩΩ‘Ω…Ω’ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Salam Maulidur Rasul daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP).

Alhamdulillah,Sabtu, 15 Ogos 2026.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PN Asmah Group, Singapura a...
15/08/2026

Alhamdulillah,

Sabtu, 15 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PN Asmah Group, Singapura atas kesudian mengadakan kunjungan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP).

Terima kasih atas kunjungan, keprihatinan serta sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim di PKAYIBP. Kehadiran rombongan dari Singapura amat kami hargai dan menjadi satu tanda persahabatan serta jalinan ukhuwah yang merentasi sempadan negara. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡ΈπŸ‡¬

Semoga segala usaha kebajikan ini diterima Allah SWT, dilimpahkan keberkatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Semoga jalinan silaturahim ini terus berkekalan dan memberi manfaat kepada semua. πŸ€²πŸ»πŸ’™

05/08/2026

✨ Sorotan Video Lawatan Mahabbah ✨

Alhamdulillah, terima kasih kepada Muhd Zuhaili Services & Quran Centre, Singapura MZ Quran Centre atas kesudian mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP) serta sumbangan yang telah diberikan.

Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah yang diberkati Allah SWT dan semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan. πŸ€²πŸ»πŸ’™

[v02]

Alhamdulillah, Rabu, 5 Ogos 2026.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Muhd Zuhaili Services & Qura...
05/08/2026

Alhamdulillah,

Rabu, 5 Ogos 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Muhd Zuhaili Services & Quran Centre, Singapura MZ Quran Centre atas kesudian mengadakan lawatan ke Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP).

Terima kasih atas sumbangan dan keprihatinan yang telah diberikan kepada anak-anak yatim di PKAYIBP. Kehadiran rombongan dari Singapura amat kami hargai dan menjadi bukti bahawa semangat ukhuwah serta kasih sayang mampu merapatkan hubungan merentasi sempadan negara.

Semoga segala amal kebajikan ini diterima Allah SWT, dilimpahkan keberkatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Semoga jalinan silaturahim ini terus berkekalan dan memberi manfaat kepada semua. πŸ€²πŸ»πŸ’™

03/08/2026
Alhamdulillah.Pihak Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan da...
30/07/2026

Alhamdulillah.

Pihak Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Raymond Tan serta Aqua Coffee Roaster atas keprihatinan dan sumbangan yang telah diberikan kepada anak-anak di Wisma Anak Yatim.

Semoga segala kebaikan, keikhlasan dan kemurahan hati yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berterusan serta dikurniakan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih kerana bersama-sama kami dalam menyebarkan kasih sayang, memberi harapan dan menceriakan kehidupan anak-anak yang memerlukan. Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama ini terus berkekalan pada masa akan datang. 🀲❀️

πŽπ…π…πˆπ‚πˆπ€π‹ : πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐕𝐀𝐍 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π π€ππ€πŠ π˜π€π“πˆπŒ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 (ππŠπ€π˜πˆππ...
26/07/2026

πŽπ…π…πˆπ‚πˆπ€π‹ : πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π 𝐕𝐀𝐍 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π π€ππ€πŠ π˜π€π“πˆπŒ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 (ππŠπ€π˜πˆππ)

Ahad, 26 Julai 2026

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Van Peringkat Negeri Johor kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat (PKAYIBP) di Dataran Utama, Wisma PKAYIBP, Batu Pahat, Johor.

Majlis dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Awang bin Mohamad, (YDP PKAYIBP), Encik Zafri bin Ab Halim, (Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad), serta wakil-wakil daripada Islamic Aid Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Etiqa Takaful Malaysia dan Islamic Aid Malaysia atas sumbangan van yang diberikan. Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan memudahkan urusan kebajikan PKAYIBP.

Gotong royong 1.0Ahad 19 Julai 2026Alhamdulillah telah berjaya program gotong royong 1.0 di Pertubuhan Kebajikan Anak Ya...
22/07/2026

Gotong royong 1.0
Ahad 19 Julai 2026
Alhamdulillah telah berjaya program gotong royong 1.0 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat bersama barisan Ahli Jawatan Kuasa, staf, pelajar dan bantuan dari pihak JKM Batu Pahat.
Program ini memupuk kerja berpasukan dan kerjasama serta melahirkan nilai murni dikalangan warga PKAYI BP.
Program dimulai dengan taklimat yang dipimpin oleh Timbalan YDP Hjh Maimunah Binti Sujak dan diiringi Pen. S/usaha Hjh Saidatul Aini binti Mustapa

Program berjalan lancar seperti yang telah rencanakan.
Jutaan terima kasih kepada terlibat secara am nya dan khususnya kepada bantuan dari pihak JKM. Semoga prgram-program sebegini dapat diterus dari masa kesemasa.

Address

Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rasmi - Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share